Followers

Friday 13 July 2012

TA-Q-BIN YAMATO TRANSPORT (M) S/B

As-salam dan selamat sejahtera semua sahabat2..


YAMATO TRANSPORT (M) SDN. BHD atau TA-Q-BIN adalah syarikat pengangkutan sejukbeku satu-satunya di Malaysia. Baru beroperasi hampir 1 tahun dalam pengangkutan sejukbeku. Memang sesuai bagi para-para 'baker homemade' seperti saya dan sahabat-sahabat diluar sana. Ini adalah satu-satunya peluang anda untuk mengembangkan lagi produk anda kepada mereka yang jauh. Di samping dapat mempertingkatkan ekonomi keluarga anda.

Untuk sementara ini TA-Q-BIN hanya membuat penghantaran hanya di JOHOR (kecuali batu pahat & kluang), SELANGOR (kawasan terpilih), seluruh KUALA LUMPUR, PENANG dan hanya sehingga SUNGAI PETANI, KEDAH. Untuk itu bagi mereka-mereka yang berada diluar kawasan yang tidak dinyatakan harap bersabar, tidak lama lagi bakal ada cawangan di setiap negeri. Di jangkakan MELAKA bakal dibuka pada October tahun ini, diikuti NEGERI SEMBILAN dan IPOH pada tahun hadapan.

Produk-produk diambil terus dari rumah penghantar. Pekerja-pekerja juga memberikan perkhidmatan yang mesra alam bersama pelanggan, itu yang kita mahukan. Waktu operasi adalah pada setiap hari termasuk sabtu dan ahad. Kerana itulah TA-Q-BIN pilihan saya. KOS PENGHANTARAN juga berpatutan.


yang nih namanya AZMAN..hehhe..senyummm jer dia kan..


yang nih pulak ADHAM..ala ala malu malu meoowwww..kihkihkih..


senarai pendek harga penghantaran..


selesai kelulusan barulah boleh dapat slip macam nih dan baru bole guna perkhdmatan ini..


Kepada sahabat-sahabat yang ingin menggunakan perkhidmatan TA-Q-BIN boleh menghubungi terus di talian bebas tol 1800-8-TAQBIN (827246) untuk keterangan lebih lanjut atau juga boleh mendaftar secara ONLINE dan kepada sahabat-sahabat diluar sana yang ingin membuat tempahan kek melalui pos bolehlah tinggalkan pesanan di FB (SHUHAIRI SHUHAINI) atau hubungi saya di talian 016-7614744.

Di bawah antara produk-produk saya yang telah di hantar kepada pelanggan dalam keadaan yang sungguh baik. Setakat ini, memang tiada masalah dan saya berpuashati dengan perkhidmatan yang telah di beri. Terima kasih dari saya kepada PUAN SITI HAFIZAH yang telah memperkenalkan TA-Q-BIN kepada saya.


penghantaran yang pertama pada 4/7/12..di ambil oleh ADAM..
alhamdulillah dua-dua kek dalam keadaan yang sangat baik..


masa nih AZMAN tengah makan kek yang i bagi..ambooiiii suka ko kan man..ekekke..


penghantaran buat kali kedua pada 10/7/12..
di ambil oleh ADHAM..


masa nih ADHAM malu2 bile i amek gambar nih..hehe..


yang nih ADHAM beritahu tempat penyimpanan sejukbeku..suhu dalamnya -20..


penghantaran kali ketiga 11/7/12..
diambil oleh ADHAM sekali lagi..




penghantaran kali keempat pada hari ini 12/7/12..
diambil oleh AZMAN pula..
nih AZMAN tengah tampal2 dan 'key-in bar code tracking number'


hati-hati meoowwww tecikkk..nih AZWAN cakap aekk heheh..


yang nih pulak tempat penyimpanan 'chiller'..


lori dah berlepasssss..byeeee..

41 comments:

  1. hahaha.. kesian kat handbag. kalau azman lupa. sejuk gedik la dia dlm tu. ;P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahha..sis, azman bukan letak dlm chiller tp letak kat luar aje, belakang lori tu kan ade tempat pijak utk naik atas lori..haa kat situ laa..haaiizz azman2..hehehe..

      Delete
  2. Salam Shu.bagus ada servis penghantaran brg gini...siap ruang utk sejuk beku gini...tak payah susah Shu nak hantar kek kat pelanggan kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis mamasya..
      a'aa betul tu sis, dia ada frozen, chiller dan biasa, memudahkan kerja utk saya n juga customer kan..

      Delete
  3. Wah...tak sangka rupanye kuroneko ta-Q-bin dah ada kat Msia... kat Jepun ni pun saya selalu order online barg sejuk beku kuronekoyamato ta-Q-bin ni ler yg antar... kuroneko tu maksud dia kucing hitam... tu la logo dia kucing warna hitam...hihi...lepas ni juicycafe boleh amek order online la kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sis..di Malaysia baru nak masuk setahun..memang dah amek order online dah sis..alhmdlhh..

      Delete
  4. Mcm mana dgn charge penhantaran, customer yg tanggung ke? tengok cam mahal aje, berbaloi ke? sorry ye, tak de pengalaman delivery kek jauh-jauh ni. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. as-salam sis fatimah..
      kos penghantaran customer yg tanggung..kalu rasa berbaloi bule gunakan sis..kalu tanya i mmg berbaloi, lgpun tiada penghantaran sejukbeku kat malaysia nih kan..

      Delete
  5. Sy ada interview Cmpny Yamato ni nanti..
    Dekat Selangor.
    Hope best offer & dpt kerja hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo bagus tu uncle dyn..
      insyaallah dapat ya..

      Delete
  6. cmne kira charges dia..x brape phm?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis kena daftar dulu dgn ssm..apply nti baru taqbin beri harga utk sis..

      Delete
  7. Salam perkenalan sis..Sy pun dah mula dapatkan quo dari cmpny ni...so mmg confident la bila dah baca entry ni,even kawan hasben one of staff yg rekemen,tapi dah ada clientnya yg ada pengalaman dgn servis dorg ni lagi yakin..dari quote yg dia bg mmg harga berpatutan walau dari Selangor kr Johor. Hope sy jugak akan jadi mcm sis satu hari nanti...ni baru nak buka langkah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis..
      syukur alhmdlh, sama2 kite memajukan bisnes kita ya sis..

      Delete
  8. Salam, juicy cafe, kalo dah ada ssm pastu register kat taqbin, dia akan bagi harga kos special ker kat kite?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis..
      iya betul sis..dah daftar dgn SSM..nti tunggu approval dr HQ, br dorg akan beri harga..

      Delete
  9. salam sis...nak tnyela..kalau nk gune servis ni mmg kene daftar dgn ssm dlu ek? sbb saya call cust servis,.,,die tnye da ade akaun ke belom...sy pon xtau nk daftar akaun tu kat mn...mintak tunjuk ajar step by step sis...thanx..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis..
      iya betul..utk daftar mesti ade SSM..call hotline taqbin..mintak nombor cawangan yg berhampiran dgn rumah u, call nti dorg akan beri step2 nya ya..

      Delete
  10. salam kak...bleh ajar saya mcm mn nak wat acc dgn taqbin ni..sy call cust service die..asek tnaya pasal acc...tgk kat website xde pon tpt nk register,.,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis..
      ok, nti u call hotline tu..pastu u mintak nombor fon cawangan yg berhampiran dgn rumah u..pastu call dan nti dorg akan hantar document2 yg perlu diisi, tapi sebelum tu kalu nk register mesti ada SSM ya..

      Delete
  11. salam sis, nak tanya..
    ada akaun n x da akaun rate dia beza banyak ke? or kalo xda akaun langsung xleh guna servis dorang?

    bagi pencerahan sket.. tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm wbt sis..
      If xde acct mmg x boleh nak register dan charge sgt2 berbeza..sebagai contoh jika ada acct mgkn dikenakan rm20 dan tanpa acct mgkn dlm rm30-40..

      Delete
  12. Salam . Nak tanya . Area kluang msih belom ada ye

    ReplyDelete
  13. Replies
    1. Assalamualaikum..

      Sila baca penerangan diatas dengan teliti ya. Saya bukan bekerja dengan taqbin..saya hanya bantu promot pada sahabat2 saya yg ingin menggunakan perkhidmatan taqbin.

      Terima kasih.

      Delete
  14. Hai. Syaa nak tanya . Ada tak num fon org taqbin . urgent sgt .

    ReplyDelete
  15. Hai. Syaa nak tanya . Ada tak num fon org taqbin . urgent sgt .

    ReplyDelete
  16. Saya nak pos daging kambing perap sejuk beku..nak tahu ofis kat ne

    ReplyDelete
  17. Saya nak pos daging kambing perap sejuk beku..nak tahu ofis kat ne

    ReplyDelete
  18. Assalammualaikum.ipoh dah buka?

    ReplyDelete
  19. Assalammualaikum.ipoh dah buka?

    ReplyDelete
  20. sy nk post lekor frozen dr cheras ke perak dll,sy ada register ssm

    ReplyDelete
  21. salam sis. nak tanya taqbin ni ambil masa berapa hari ye selalu nya hantar ke luar2 negeri selangor?cik bukak account tak?

    amirah 0196649388

    ReplyDelete
  22. Terima Kasih bagi info yang berguna. Tak Sangka ada perkhimatan sebegini.

    ReplyDelete
  23. boleh tau macam mana nak hubungi syarikat ni..tolong whatsaap saya 0196868652..

    ReplyDelete
  24. Ada buat lagi ke delivery?

    ReplyDelete