Followers

Friday 27 April 2012

STRAWBERRY SPONGE CAKE

As-salam sahabatt semuanyaa..
Tempahan hari ini semuanya nak berasaskan strawberry, tempahan dari my ustazah untuk anaknya MUJAHID berusia 12 tahun, selamat ulangtahun mujahid, semoga menjadi anak yang soleh aminn..sebenarnya i pun tak pernah buat kek span strawberry nih, selalunya vanilla atau coklat aje..dalam masa yang sama design "basket wave" tu pun i tak pernah buat hehehhe, hari ini tetiba pulak kan nak buat segala macam yang tak pernah buat sebelum nih, bagus jugak kan dan alhamdulillah menjadi semuanyaa aminnn, resepi kek nih macam biasa i gunakan untuk kek2 span yang pernah i buat sebelum ini cuma i tambahkan strawberry emulco dan pewarna sikit..


basket wavee..


selamat ulangtahun adik MUJAHID..


Bahan2 kek..
250 gm tepung optima@sponge mix
4 biji telur A
50 gm susu segar
1 sdb strawberry emulco
1/2 sdb pewarna pink
80 gm butter - cairkan @ minyak

Bahan buttercream..
300 gm krimwell
100 gm shortening
50 gm butter
150 gm gula aising - ayakkan
1 sdk strawberry emulco
1 sdk pewarna pink

Cara2 buttercream..
1. Pukul krimwell, shortening dan butter sehingga sebati.
2. Tambahkan gula aising dan terus pukul lagi selama 10 minit.
3. Tuangkan strawberry emulco dan pewarna dan pukul bagi rata.

Cara2nya kek..



1. Menggunakan mixer dengan kelajuan yang tinggi, pukul tepung, telur dan susu selama 10 minit.


2. Masukkan strawberry emulco dan pewarna, pukul lagi sehingga rata.


3. Tuang butter cair, pukul dengan kelajuan perlahan cukup sehingga sebati dan rata sahaja.

4. Tuang dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah digris dan dilapik kertas minyak.
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 35 minit, keluarkan dan sejukkan atas redai.
6. Potong kek kepada 3 lapisan, letak 1 keping lapisan di atas papan kek.


7. Sapu buttercream pada kek dan tindihkan kek lapisan kedua, sapu lagi buttercream sehingga lapisan ketiga dan sapu buttercream pada keseluruhan kek.


8. Boleh hias ikut citarasa masing2 atau ikut cara "basket wave" dibawah dan hias dengan strawberry segar.



i gunakan nozel nombor 48..


ok la kann..

Wednesday 25 April 2012

CHOCOLATE ORANGE ROULADE TORTE

ASSALAMUALAIKUMM..
Salam sejahtera kepada semuaa..i tahu kek nih dari seorang kawan, kawan i pun tahu dari kawan dia hehehe, tapi tak dapat resepi, kiranya kek nih pun kontroversi jugakk laa, lama dah kami nak buat, masa tu walaupun takde resepi tapi kami orang dah boleh agak macamana nak buat, i pulak tak boleh buat selagi kawan i tak buat..nanti kang dia kata i potong jalan pulak kann hahhaha, jangan marah yaa siss..muuaaahhh..so bila dia dah buat baru i boleh buatt..kemudian i ada bercerita tentang kek nih pada kawan i 1 lagi, rupa2nya resepi kek nih ada dalam buku chef alex goh, so kawan i pun hadiahkan i buku tuu, alaaaa kawan i tu dia suka beli buku ajee tapi tak buat punn hehehhe..ok lah ok lahh, kepada yang berkaitan dengan cerita di atas jangan marahhh tauuu, gurau2 manjee jeee heheheh..resepi nih i memang tak ikut resepi chef alex goh sebab hari ini i "terlebih rajin" nak membancuh dua adunan hehhehe, chef alex goh menggunakan adunan asli kek span, i pulak guna tepung "ready mix" hehhehe..jom kita tengokk..


akhirnyaaaaaa..


jeng jengggg..lub lubb uuu..


amaciammm ok x??


buatttt ajeee makannya tidakkk..nih nak kasik jiran jauh laa..

Bahan2..
750 gm tepung optima
12 biji telur A
150 gm susu segar
240 gm butter - cairkan
1/2 sdb coklat emulco
1 1/2 sdb orange emulco

Cara2nya..


1. Dalam mixer, pukul tepung optima, telur dan susu segar dengan kelajuan yang tinggi selama 10 minit.
2. Perlahankan mixer dan tuang butter cair, pukul sehingga sebati sahaja.
3. Ambil 400 gm adunan dan gaulkan dengan coklat emulco sebati, tuang dalam loyang size 9 inci yang telah digris, lapik kertas minyak, ratakan, bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 35 minit. Sejukkan atas redai.


2 loyang 16x12x1 inci & 1 loyang saiz 9 inci..


4. Baki adunan campurkan orange emulco dan gaul rata, bahagikan kepada 2 bahagian dalam 600 gm setiap satu dan tuang dalam 2 loyang saiz 16x12x1 inci, bakar selama 15 minit, jangan terlebih masak nanti jadi keras, sejukkan atas redai.


kek orange nih jangan terlebih masak yaa..


dah sejuk, buang kulitnya yaa..


anak2 i suke makan kulit kek nih hehhe..




5. Potong kek coklat kepada 2 lapisan, letak sekeping kek coklat atas papan kek, sapu 1 cawan buttercream (resepi dibawah), ratakan.


6. Potong kesemua kek orange selebar 5 cm (kalau nak buat 4 cm pun boleh, 6 cm tidak digalakkan sebab nanti kek lebih tinggi).
7. Sapu coklat ganache (resepi dibawah) pada setiap keping kek.


8. Gulungkan kek orange bersambung2 dengan kepingan yang lain sehingga cukup dengan saiz kek coklat. Jangan risau kalu ade pecah2 sedikit, kek tetap jadi.


9. Letakkan kek orange gulung ke atas kek coklat dan sapu buttercream pada keseluruhan kek, kalu gulungan tu ade retak2 cket xpe tampal aja dengan filling, jangan risau kek tetap jadi, tapi kalu sume retakk eerrmmm xyah leerr buatt heheheh..


10. Letak pula sekeping lagi kek coklat diatas kek gulung dan sapu rata keseluruhan kek dengan buttercream.
11. Hias ikut kreativiti masing2 dan sejukkan dulu dalam peti sejuk selama 2 jam baru dipotong dan hidangkan.


occayyy dah siappp sumenyaa..


jom mamamm..


resepi asal dalam buku nih..

Bahan2 buttercream..(pukul semua bahan sebati selama 10 minit)
500 gm krimwell
100 gm shortening
200 gm gula aising - ayakkan

Bahan2 ganache..
100 ml uht whipping cream
300 gm coklat compound - sagat halus

Cara2nya..
1. Panaskan whipping cream sehingga berbuih ditepi2 periuk. Tutup api.
2. Tuang whipping cream dalam coklat dan gaul sehingga coklat larut.
3. Biarkan pekat sebentar.

Monday 23 April 2012

CREAM PUFF

Assalamualaikumm semuaaa..
Ingatkan hari ini tak nak mem'baking' apa2..akhirnya buat jugakk laa..memang dah lama sangat i tak buat cream puff nih..memandangkan ramai yang tanya tentang resepi nih tak jadi bila sahabat2 buat (resepi lama - jangan ikut tau!!), so i pun cuba buat semula ikut resepi yang lama juga..memang i buat pun tak jadi, cair, resepi tu memang gebuu, i rasa i tertinggal sukatan cawan tu laa uurrmmm, memang i pasti ada salah ketika i updated resepi tu dulu, i rasa bersalah sangat kepada telah membuat dan tak jadi..di sini dengan rasa rendah dirinya i pada sahabat2 yang telah mencuba, i memohon maaf di atas kesilapan yang telah i lakukan..dengan itu i telah mencuba resepi baru dari chef alex goh dan alhamdulillah menjadi dan gebu..boleh cuba yaa..


nih macam anak ayam pun adooo..


yang nih memang bagus adunannya..

Bahan2..
100 gm butter
250 gm air
1/2 sdk gula castor
Secubit garam
150 gm tepung gandum - ayakkan
3 biji telur
300 gm non-dairy whipping cream - pukul sehingga bertanduk - filling
1 sdb gula aising - hiasan - ayak

Cara2nya..
1. Dalam periuk, masak butter, air, gula castor, garam sehingga mendidih.
2. Masukkan tepung gandum dan gaul sehingga licin. Tutup api.
3. Tuang adunan dalam mixer dan pukul sehingga suam.
4. Tambahkan telur sedikit2 dan terus pukul sehingga sebati dan rata.
5. Masukkan adunan dalam 'piping bag' dengan nozel bintang besar, pipe kan atas dulang yang telah di gris.
6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 200C selama 30-40 minit.
7. Keluarkan dari oven dan sejukkan.
8. Buatkan sedikit lubang di bawah 'puff', masukkan filling ke dalam piping bag bersama nozel bulat, pipekan filling ke dalam puff.
9. Sejukkan dan siap di hidangkan.

Note : Boleh juga menggunakan filling lain seperti custard, blueberry, coklat dan lain2 lagi.


ikuti cara2 nombor 1..


nombor 2..


nombor 3 & 4..


nombor 5 & 6..
nih pipe orang nak cepat huhuhu..u all pipe lawo2 lagi yaa..


simple dan sedapp..


resepi asal di sini..

Friday 20 April 2012

RICH NEW YORK CHEESECAKE

ASSALAMUALAIKUMM SAHABAT2..
makkkkk oooiiiii sedapnyyeerrr kek nihhh..bukan la nak naik lift tekan sendiri kann hahhahaha tapi memang kek nih sedapp sesangat..hasil dari AWIN, i bagi markah penuh..nak cerita laa..kat rumah nih i dengan awin, memang peminat tegar "cheesecake"..huhuhu memang tak boleh nak di nafikan dan tak boleh dipisahkannn..betapa syiiookkknyaaa..hari ini awin buat cheesecake lagi..kali nih cheesecake yang popular jugak di secret recipe..i pernah makan sekali..lepas nih tak perlu beli lagi..buat aja yaa hehehe..resepi i amek dari buku "FANTASTIC CHEESECAKE" dari chef terkenal "CHEF ALEX GOH"..i selalu mencuba resepi2 dari beliau, sume resepinya memang menjadi..tapi kepada sahabat2 yang ingin mencuba cheesecake nih, i nasihatkan tarik nafas panjang2 yaa bila tengok sukatan cream cheese nya hehehhe..u all jangan sesakk nafas sudah, kalu tesesak jugak suruh laa orang rumah kasik bantuan pernafasan yaaa hikhikhik..jom tengok..


sedappppp sesangattttttt..


memang tak sabar nak tunggu sampai esokkkk..


ehem ehemm..jom..i nak potong duluuuu..

Bahan2 based..
200 gm biskut marie - kisar halus*
80 gm butter - cairkan* - *gaul sebati

Bahan2 cheese..
750 gm cream cheese
130 gm gula castor
30 gm tepung gandum - ayakkan
1/2 sdb esen vanilla
1 biji lemon - sagat dan ambil kulitnya
2 sdb jus lemon
2 biji telur
1 kuning telur
150 gm sour cream

Cara2nya..
1. Tuang adunan biskut dalam loyang springfoam saiz 8 inci, tekan2 biar rata dan sejukkan dalam peti sejuk.
2. Dalam mixer dengan kelajuan sederhana, pukul cream cheese bersama gula sehingga sebati.
3. Tambahkan tepung gandum, esen vanilla, kulit lemon dan jus lemon, pukul lagi sehingga semua bahan sebati dan mesra.
4. Masukkan telur sedikit2 sambil terus pukul di ikuti dengan sour cream dan pukul terus sehingga rata.
5. Tuang adunan cheese dalam loyang biskut tadi dan ratakan.
6. Bakar secara "water bath" dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 160C selama 70 minit.
7. Buang air dalam oven dan sejukkan cheesecake dalam oven dengan pintu oven terbuka sedikit selama 1 jam.
8. Keluarkan kek, kikis tepi2 loyang kek dengan spatula, biarkan sejuk di luar sebentar, tutup permukaan loyang baru disejukkan dalam peti sejuk selama 5 jam atau semalaman.
9. Keluarkan kek dari loyang, letak kek di atas papan kek dan hias dengan sedikit buttercream di atasnya bersama daun pudina dan kulit lemon.
10. Siap di hidangkan.

Bahan2 buttercream..(pukul sebati)
200 gm krimwell
50 gm gula aising - ayakkan
1/2 sdk jus lemon


ikuti cara2 nombor 1..


cara2 nombor 2, 3 dan 4..


nombor 5..


nombor 6..


nombor 7..


dah siap potonggg..


resepi asal dari buku ini..


ini laa CHEF ALEX GOH..thanks cheff for sharing the recipe..


MENGENALI CHEF ALEX GOH

Alex Goh telah menceburi industri pembuatan kek sejak 20 tahun yang lalu khususnya dalam membuat pastri Cina dan Barat.
Beliau membuat keputusan untuk berkecimpung dalam kerjaya pembuatan kek setelah dipengaruhi oleh abangnya yang telah menceburi bidang ini.
Alex Goh bermula sebagai seorang pelatih membuat kek dan lama kelamaan minat beliau semakin bertambah.
Atas ketekunan dan kegigihan beliau, Alex Goh dinaikkan pangkat menjadi chef pastri dalam masa yang begitu singkat.
Pada tahun 1983/1984, beliau berkhidmat sebagai chef pastri untuk Equatorial Hotel, Carnation Cake House dan Madeleine Bakery Cafe.
Tahun 1985 merupa titik perubahan yang penting dalam kerjaya beliau.
Alex mula mengadakan kelas mengajar memasak walaupun tanpa perancangan terperinci selama 15 tahun. Beliau juga sering mengadakan pelbagai lawatan mendemonstrasi cara-cara pembuatan kek di merata-dunia. Lebih 2000 orang telah menghadiri kelas beliau.
Selain mangajar, Alex Goh sentiasa melengkapi diri dengan mempelajari dan memperbaharui kemahiran membuat kek dan pastri dari negara-negara lain.
Pada tahun 1993, beliau telah memenangi pertandingan mencipta resepi kek yang dianjurkan oleh Syarikat Hero Company of Switzerland.
Pada masa yang sama, beliau juga pernah dijemput oleh syarikat NESTLE dan beberapa stesen radio untuk membuat demonstrasi pembuatan kek dalam beberapa program masakan.
Kini, walaupun beliau lebih berkhidmat penasihat profesional bebas kepada beberapa syarikat besar, beliau masih mengadakan kelas membuat kek, ini adalah kerana minat yang mendalam untuk bertukar pendapat dan pengalaman tentang apa yang telah dipelajari dengan peminat-peminat membuat kek serta pastri tetap di sanubarinya.