Followers

Saturday 31 March 2012

BANANA CAKE

ASSALAMUALAIKUMM..
Dan selamat pagi..wahhh dari awal pagi2 tadi memang dah hujann..sampai sekarang dah jam 8 pagi pun masih hujann..hujan2 macam nih kalau tidurr memangg nyenyakk..dah la hujan..gelap pulak tuu..sekali tengok en. suami ku masih tidur lagi..agaknya x sedap apa la tu kann..tak pe la kan..kasik 'can' en. suami tidor..lagipun nih kan hari sabtu..ok..kita cerita tentang kek pulak..yang nih lagi satu resepi dari chef peter lim..menggunakan marjerin daisy..wah wah wahh..promot nampakkk hehehhe..xde laa..tapi sedap jugak guna marjerin nih..tak caya sudahh..pastu kek nih makan selepas sehari buat..lagi sedapp..x caya jugakk..x caya..cuba terai test hehehhe..


memang sedappp..


alamakk gunung berapi pulakk..


nak sedap lagi simpan kek nih semalaman baru makan..

Bahan2..
230 gm pisang berangan*
1 sdk esen vanilla*
1 sdk perasa pisang* - *satukan - lecek lumat - simpan dalam fridge 1 jam
335 gm tepung superfine**
1/2 sdk garam halus**
1/2 sdk baking powder**
1 sdk baking soda** - **satukan dan ayak
265 gm telur
60 gm susu segar
320 gm gula castor
17 gm ovallete
215 gm marjerin daisy@minyak - cairkan

Cara2nya..
1. Dalam mixer dengan kelajuan perlahan, pukul telur, susu segar dan gula castor sehingga sebati.
2. Masukkan adunan tepung sedikit2 sambil terus pukul.
3. Tambahkan ovallete, naik kelajuan pada tahap yang laju, pukul sehingga naik 2 kali ganda.
4. Masukkan pisang yang telah di lecek dan pukul dengan kelajuan sederhana.
5. Masih kelajuan sederhana, tuang marjerin cair atau minyak dan pukul sehingga sebati sahaja.
6. Tuang dalam loyang yang di rasakan sesuai.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 35 minit atau sehingga masak.
8. Sejukkan atas redai. Siap di hidangkan.


i guna bekas nih untuk bakar..


loyang nih pun bole digunakan..lapik dengan kertas minyak dulu yaa..kurangkan masa pembakaran kalu menggunakan loyang berwarna hitam..

Monday 26 March 2012

AMERICAN CHOCOLATE CAKE

BISMILLAHHIRROHMANNIRROHHIM..
ASSALAMUALAIKUM SAHABAT2KU..
Hari sabtu dan ahad yang lepas i ade sertai satu kelas yang di anjurkan DELIGHT BAKE..dan chef jemputannya pula ialah CHEF PETER LIM..dua hari bersama chef peter memang menyeronokkan walaupun mukanya nampak ganassss..hahahha..tapi hatinya baikk..segala macam tips yang diberi dan hampir 10 jenis resepi yang di ajar oleh chef peter..semua resepi2nya memang sedappp..memang tak tifuu tauuu..lagi2 i memang dah muak makan kek..tapi bila i rase kek chef peter buat i masih lagi boleh makan..sebab sedapp..antara kek yang chef ajar ialah kek nih..petang semalam i balik rumah, anak2 makan, semua kata sedapp sangat, anak gadis pulak tak sempat2 suruh i buat jugak semalam..tu yang i buat jugak..jom tengok resepinya..


Bahan2 ganache..
250 gm uht whipping cream
250 gm dark converture - potong halus*
90 gm butter* - *satukan

Cara2nya..
1. Panaskan uht whipping cream secara double boiler.
2. Tuang dalam adunan coklat dan gaul sehingga coklat larut.
3. Sejukkan adunan coklat dalam peti sejuk sehingga jadi pekat.
4. Kalau guna coklat compound, jangan simpan dalam peti sejuk lama2, cukup dalam 30 minit sahaja.

Bahan2 kek..
250 gm marjerine@butter
280 gm gula castor
3 biji telur A
232 gm tepung superfine*
75 gm serbuk koko*
8 gm soda bikabonat* - *satukan dan ayak
5 gm serbuk nescafe**
250 gm susu segar** - **satukan dan gaul sebati

Cara2nya..
1. Dalam mixer, pukul butter dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan telur sedikit2 dan pukul lagi sehingga gebu.
3. Masukkan adunan tepung dan adunan susu, pukul dengan kelajuan paling perlahan selamat 1 minit.
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, tuang dalam 2 loyang saiz 9 inci, lapikkan kertas minyak.
5. Bakar dalam oven yang telah di panaskan dengan suhu 180C selama 30 minit atau sehingga masak.
6. Keluarkan kek dan sejukkan atas redai.
7. Potong setiap kek kepada 2 keping. Letak 1 keping di atas papan kek.
8. Sapukan ganache pada setiap lapisan kek.
9. Seterusnya sapukan ganache pada keseluruhan kek dan hias ikut kreativiti masing2.


i sukee hijau..


tempahan dari murid2 untuk ulangtahun gurunya..
kek yang ini i bakar guna 2 loyang 14x10x1 inci, kemudian setiap kek dalam setiap loyang i potong jadi 9 inci dan 2 baki kepingan kek yg kecil tu i satukan dan jadikan satu lapisan..jadi kek nih ade 3 lapisan..


pening jap tengok kek nih..


chef peter lim..


antara student2 chef peter lim..

Thursday 22 March 2012

TUTTY FRUITY RAINBOW CAKE

As-salam semuaaa..
Kek untuk hari ini adalahh.."tutty fruity rainbow cakes", sebenarnya kek nih tempahan dari sahabat FB, adik nih dari tahun lepas memang selalu order dengan i, arini dia order 3 biji kek..alhamdulillah rizkiii..dan ini adalah salah satu kek ulangtahun untuk sepupunya..deco dia memang nak simple macam nih aje..nih pertama kali i buat kek rainbow ada buah dalamnya..memang dah banyak kali i buat rainbow nih..antaranya di SINI..cuba la klik..dan resepi yang sebenar2nya i amek kat SINI okkk..so yang bawah nih adalah antara "rainbow cake" yang terbaru..jom tengok..


ni atas nama tu nanti ada lilin dengan huruf HAPPY BIRTHDAY, i x letak sebab nanti bile tutup kotak, kotaknya gerenti x muat..so biar customer yang letak sendiri nanti kan.. 


haaa nih la isi perut dalam kek nihh, memang i sapu nipis ganache tu..customer x suka manis sangat..


yang nih dah letak buah sume, tinggal nak sapu nipis ganache pertama..


nih dah siap sepenuhnyaa..

Bahan2..
1 cawan butter
1 1/2 cawan gula castor
5 biji putih telor
2 sdk esen vanilla
3 cawan tepung gandum*
4 sdk baking powder* - *satukan dan ayak
1 1/2 cawan susu segar
1 sdk pewarna ungu + 1 sdk perasa grape
1 sdk pewarna biru + 1 sdk perasa blueberry
1 sdk pewarna hijau + 1 sdk perasa papermint
1 sdk pewarna kuning + 1 sdk perasa peach
1 sdk pewarna oren + 1 sdk perasa oren
1 sdk pewarna merah + 1 sdk perasa strawberry
6 biji kiwi segar*
10 biji strawberry segar*
1 tin buah peach* - *potong dadu - satukan - toskan airnya

Bahan2 ganache 1..
100 gm whipping cream - tawar
200 gm coklat compound

Cara2nya ganache 1..
1. Dalam periuk kecil, panaskan whipping cream dengan api secil sehingga berbuih2 di tepi periuk.
2. Tutup api dan tuang terus dalam coklat compound yang dihiris tadi, gaul sehingga coklat larut.

Cara2nya..
1. Dalam mixer, pukul butter dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan putih telur sedikit2 dan pukul lagi biar rata.
3. Tambahkan esen vanilla dan terus pukul lagi.
4. Masukkan adunan tepung sedikit2 bergilir2 dengan susu segar, di akhiri dengan susu.
5. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian, setiap 1 bahagian seberat 200gm.
6. Tambahkan pewarna dan perasa pada setiap 1 bahagian, tanpa perasa juga boleh.
7. Sediakan 6 loyang bersaiz 8 inci yang disapu dengan sedikit butter dan lapik dengan kertas minyak, sapu butter sedikit lagi pada kertas minyak.
8. Tuang setiap adunan dalam setiap loyang, ratakan.
9. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan sengan suhu 170C selama 18 minit.
10. Boleh bakar satu2 jika oven kecil.
11. Keluarkan kek dan sejukkan atas redai.
12. Sediakan ganache 1. (Kalau nak guna nutella atau coklat pes, abaikan ganache 1)
13. Letak kek warna ungu di atas papan kek, sapu nipis ganache 1, kemudian tabur rata buah2 segar.
14. Di ikuti pula kek warna biru dan ikuti juga langkah seperti cara2 nombor 13. Buat sehingga selesai semua kek.
15. Sapu nipis ganache 1 pada keseluruh bahagian kek. Sejukkan kek dalam peti sejuk dalam 15 minit.
16. Keluarkan kek, letak atas redai bersama dulang di bawah redai, baru sediakan ganache 2.
17. Terus tuang ganache atas kek yang telah tersedia tadi, biarkan ganache mengalir sendiri. Sejukkan dalam peti sejuk sehingga ganache keras.
18. Baru hias kek mengikut citarasa masing2.

Bahan2 ganache 2..
200 gm whipping cream (tawar)
300 gm coklat compound - hiris halus

Cara2nya..
1. Dalam periuk kecil, panaskan whipping cream dengan api secil sehingga berbuih2 di tepi periuk.
2. Tutup api dan tuang terus dalam coklat compound yang dihiris tadi, gaul sehingga coklat larut.

Wednesday 21 March 2012

STRAWBERRY CHOCOLATE CAKES

As-salammm semuaa..
Fuyooooooooooo kek nih memang banyak menggunakan strawberry..sebenarnya fikir banyak kali jugak nak buat kek nih..sebabnya fikirkan buah tu hehhehe, nih i menggunakan 2 bungkus buah strawberry..kat sini mahal tau..tadi i beli 1 pek tu rm11.90..i beli 2 pack..itu pun ada baki strawberry yang lame i dah tambah..maknanya untuk kek nih i menggunakan 2 1/2 pek hahahha..pengsan 5 saat tadii..tapi di sebabkan dah lama teringin nak buat style macam nih i pejam mataaa jee heheheh..keknya pulak alhmadulillah memang moistt..tapi u all jangan terlebih bakar pulak kangg hilang ke'moist'an diaa..laaa ape ayat i nih huhuhuhu..tak pe janji semua faham kann hehehe..tapi kalau u all dah terlebih bakar i xtau aekkk..untuk resepi kek nih i dapat kat SINI..cube la klik tengok yaa..pastu idea menghias i dapat kat SINI.. tapi i ade la ubah sana sini sikit mengikut kesesuaian..


i pun sukee tengok kek nih hehehhe..beratnya 2.3kg..


boleh tahan sedapp dan memang moist..


jeng jeng jenggg..haaa kann dah nampak dahh dalamnyaa..

Bahan2 kek..
1 1/2 cawan gula castor
1 1/3 cawan minyak jagung
1 1/2 cawan buttermilk (1 1/2 cawan susu segar + 2 sdb cuka + 2 sdb jus lemon - rehatkan 20 minit)
3 biji telur A
1 1/2 cawan air panas + 2 sdk nescafe
1 sdk esen vanilla
3 cawan tepung gandum*
1 sdb + 1 sdk baking soda*
1/2 sdk garam halus*
1 cawan serbuk koko hershey* - *satukan dan ayak
2 pek strawberry segar - hiasan

Bahan2 buttercream..(pukul sebati)
100 gm gula aising*
15 gm air* - *satukan dan gaul sebati
250 gm krimwell
1 sdk coklat emulco

Bahan2 ganache..
250 gm whipping cream (tawar)
500 gm coklat compound - hiris halus

Cara2 ganache..
1. Panaskan whipping cream dalam periuk kecil dengan api yang kecil sehingga berbuih2 di tepi2 periuk.
2. Tuang dalam bekas yang berisi coklat, gaul sehingga coklat larut.

Cara2 kek..
1. Dalam mixer pukul sebati gula castor, minyak jagung, buttermilk, 3 biji telur, air panas yang telah di bancuh bersama nescafe dan esen vanilla.
2. Masukkan bahan2 ayak sedikit2 dengan kaedah kaupbalik, jika berbiji2 pukul dengan kelajuan paling rendah dalam 10 saat.
3. Sediakan 2 biji loyang saiz 8 inci, lapikkan dengan kertas minyak dan sapu butter sedikit.
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan tuang ke dalam loyang tadi.
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170C selama 40 minit.
6. Sejukkan kek atas redai.
7. Potong setiap kek kepada 2 bahagian, kalau atasnya merekah, buang sedikit, biar rata.
8. Letak lapisan bawah pada papan kek, sapu buttercream dan susun strawberry yang telah di hiris halus.
9. Susun kek lapisan kedua, di ikuti dengan sapuan buttercrean dan susunan buah strawberry.
10. Untuk lapisan ketiga, ikuti cara2 nombor 9, di akhiri dengan kek lapisan teratas dan sapu buttercream keseluruh bahagian kek.
11. Sejukkan kek dalam peti sejuk dan biarkan buttercream keras.
12. Keluarkan kek, letak atas redai bersama talam, buat adunan untuk ganache, terus tuang atas kek.
13. Lap di tepi2 bahagian papan kek dan sejukkan semula sehingga coklat mengeras.
14. Celup strawberry dalam baki coklat tadi dan hias di atas kek mengikut kreativiti masing2.


cara2 nombor 8..


nombor 9..


nombor 10..


nombor 14..


nakkk..kalu nak cube buat ya hehehe..



coklat nih la yang i susun bawah2 kek tu..hehehe..pandai x hehehe..

Friday 16 March 2012

DAINTY CHEESECAKE

As-salam semuaaa..
Okeyyy..jom kita cerita pasal kek nih, semalam i pergi tesco kulai, nampak kedai buku dan i beli 3 buku..salah satunya adalah buku nih (gambar kat bawah)..sekali bukak buku nih..alamakkk menyelera sungguhhh uu..semuanyaaaa cheesecake..i dan anak gadis i tuu memang peminat cheese..sekali anak gadis i nak sangat buat kek, katanya boring..ok la..buat la kalu rajin, jadi pepagi tadi awin (nama anak gadisku) dah mulakan projeknya..jadi ini laaaa hasilnyaaa..mama x bantu tau sebab mama dari pagi sibuk masak soto ayam buat papa dan tetamu yang datang tengahari tadi..so awin buat la sorang2..i cuma tengok sikit2 ajee..jom tengok resepinya..


seriusss memang sedappp uu..i kasik 4/5 bintangg!!


amacam cheesecake awin ok x??



x caya cube laaa..

Bahan2 kek..
125 gm tepung optima
2 biji telur
25 ml susu segar coklat
1/2 sdk coklat emulco
40 ml minyak jagung

Cara2nya..
1. Pukul tepung dengan telur selama 8 minit.
2. Tuang susu segar coklat dan coklat emulco, pukul lagi selama 2 minit.
3. Masukkan minyak jagung dan kaupbalikkan adunan sehingga sebati.
4. Tuang dalam loyang saiz 8 inci, bakar dalam oven yang telah di panaskan dengan suhu 180C selama 20 minit atau sehingga masak.
5. Sejukkan atas redai dan potong kepada 2 bahagian, guna cuma 1 bahagian sahaja.

Bahan2 cheese layer..
120 ml susu segar
2 kuning telur
350 gm cream cheese
80 gm gula castor
1 sdb gelatin halagel
400 gm fresh cream

Bahan2 perasa dan pewarna..
1/4 sdk strawberry emulco + 1/4 sdk pewarna pink
1/4 sdk perasa pandan + 1/4 sdk pewarna hijau
1/4 sdk coklat emulco
1/4 sdk esen vanilla
1/4 sdk orange emulco + 1/4 sdk pewarna oren

Cara2nya..
1. Satukan susu segar, kuning telur, cream cheese, gula castor dan gelatin dalam periuk, masak secara "double boiler" sehingga semua adunan sebati dan cair. Padam api dan sejukkan sebentar.
2. Pukul fresh cream sehingga bertanduk dan satukan bersama adunan cheese dan pukul lagi biar sebati.
3. Bahagikan kepada 5 bahagian, setiap bahagian lebih kurang dalam 185 gram.
4. Tambahkan perasa dan pewarna pada setiap 1 bahagian adunan cheese.
5. Potong kek span sehingga mencukupi masuk ke dalam loyang springfoam bersaiz 7 inci.
6. Tuang adunan cheese starwberry, ratakan dan sejukkan dalam peti sejuk selama 10 minit.
7. Keluarkan, tuang pula adunan cheese pandan, ratakan dan sejukkan lagi dalam peti sejuk selama 10 minit.
8. Ikuti langkah2 di atas untuk lapisan seterusnya, kemuadian sejukkan semalaman.
9. Keluarkan cheese cake dari loyang dan hias ikut kreativiti masing2.


i ikut dari buku nih laaa..

Thursday 15 March 2012

TETAMU-TETAMUKUUU..

As-salamm..
Hari sabtu lepas ramai tetamu yang datang, dari hari sabtu 3 keluarga datang, mula2 sahabat dari ampang datang 1 kereta, mereka sampai lebih kurang jam 5 petang tapi mereka pulang lebih kurang jam 11 malam..kemudian jam 8 malam i g amek 2 lagi tetamu iaitu kakak i dengan keluarganya dan mak cik i..anak dia 5 orang, kakak i..abang ipar dan makcik i..alamak cukup ke sejibik kereta kan..dah sudah..kang x pasal2 keta ku x nampak tayar..yerla dengan anak2 i pun semuaa nak ituttt..sekali i dah sampai stesen keretapi..i nampak teksi..cepat2 i suruh anak bujang tahan..alaaaa x sempat nak tahan dah teksi tu larik..apaaraaaahh..tunggu lagii tetamu pun x sampai2..time nih jangan kata tetamu..kepala keretapi pun x nampak tapi bunyi macam dah dengar dahh hehehhe..tapi xde pong..huuhhh tunggguuu lagiii..sekali datang lak 1 teksi nih, agaknya dia hantar keluarga dia kot..so ape lagi i suh anak bujang i terjah cepat22..hahhahaha kali nih dapat uuu..alhamdulillahhh..nasib abang teksi tu nak tunggu..x lama lepas tu dalam jam 9 lebih keretapi muncull..masyaallahhh anak bujang i dan anak dara i terus keluar kereta..nak sambut la kan hehehhe..semua siap cium mium lagiii..yerlaa lama x jumpe kann..so pas dah cemolot2 dengan kakak, anak2 buah, makcik semua..(abang ipor xyah lee kan) i suh dorg naik teksi separuh, naik dengan i separuh..tapi i p beli "nasi lemak wak kentot" (orang yang duduk di kulai memang tau nasi lemak nih fofularr uu) dulu utk dinner tetamu..jom bace citer bawah lagi lak..


nih tetamu cilikku..anak buah i..cuteee kan..nih malam 10/3/12


nasi lemak nih memang glemer tau kat kulaiii..


keesokkan harinya pagi2 11/3/12, i dah gerak g pontian hantar kek orang kawen..


lepas g rumah orang kawen tu..kitaorg terusss zaasss ke "black water"..ayer hitammm daaa hehehehe..ape lagi i macam biasa la borong buah2 aje..


nih perjalanan pulang ke rumah selepas penat bersopping..adek kononnya baca peta la nih kan..padahal buku peta seberang hahahha..dalam perjalanan balik 2 lagi tetamu dalam perjalan datang kerumah..


sampai rumah aje..i terus buat chocolate tart permintaan dari tetamu yang bakal datang..tetamu datang lebih kurang jam 4 petang dan balik jam 7 malam..
nih makcik i hehehhe..dah senjaa dah makcik i ekekkeke..


yang nih adek dan anak2 buah i..


roti blueberry pun sempat di siapkan..tengok laa si cilik nih cute kan..


keesokkan harinya 12/3/12, i bawak makcik i dan kakak i g angsana..shopping kat romantikaa..mak ooiii mak cik dan kakak i jadi orang gilerr kejap tengok barang murah2 kat sana..balik dari angsana makcik i buat karipap pusinggg..errrmmm sedapp lame x makan karipap mak cik i..


nih pulak keesokkannya lagi 13/312, kakak i buat sambal belacan..pastu dia mintak piring nak tutup muka takut cili terpercik..rumah i xde piring yang transparent tu..ape lagi i serkup aje dengan plastik nih hahahha..amek la ko kakkk..


nih 2 pelajar sedang mempelajari buat roti..hehehhe..bagussss anak murid..


dahh siap rotii anak2 murid ku hehehhe..


13/3/12 jam 2.45 petang..sampai la masanya tetamu ku pulang huhuhu..sedeyy la pulakkk..


nih la antara beg2 yang di bawa oleh makcik dan kakak i..uuiihhh gilerr tau dorg nih sopping..x ingat dunia hahahha..yang baju kuning tu my abang ipar..encem kan hehhehe..


sementara tunggu keretapi datang sempat adek main cak2 dengan sepupunya..


akhirrnyaaa..keretapi sampaiii huhuhu lagi la sedeyyy..sedeyy campur jakunn hahhaha..i naik keretapi sekali aje mase kecik2 dulu..anak2 i lagi jakun x pernah naik keretapi hehehhe..


tengok laa ramaii orang kann..ingatkan keretapi nih dah ketinggalan zaman..i tengok ramai mat2 minah2 saleh naik tauu..tengok tu abang ipar i hangkut barang2 yang kakak i beli hehehhe..


nih anak bujang i bantu bawakkan barang2..lepas nih sampai kl sentral xtau la sape nak bawak heheheh..nasib la labu labii..sape suh sopping banyak2 hahahha..apahal anak bujang i tu pakai jaket adekk..laaa saborr jerlaa hehehhe..


masing2 penuh dengan bag..


baikk mak cik i kasik cucu2nya naik dulu..


byeeee mak tehhhh..huwaaaaaaaaa rase nak naness tauuu!!


nampak kat cermin tu anak2 buah i melambai2 hehehhe..seronok dorang kann..


keretapi dah jalannn daaaa..


keretapi dah jalan dahhh..


abang keretapi pun nak enteprem jugakkk hehhehe..


byeeeeeeeeeeeeeeeeeee..


ini la perhentiannyaaa..
sekiaannnnnnnn..