Followers

Sunday, 31 August 2014

NUTELLA PODS

Assalamualaikum..
Hari ini hampir sebulan i tak masukkan apa-apa entry. Kesian blog i..kosonggg jer. Hari ini juga berkesempatan untuk kongsikan Nutella Pods yang i buat hari Rabu yang lepas.

Sebenarnya lama tak mem'baking' i jadi sangat gian. Mencari-cari resepi yang mudah dan senang, jadinya inilah resepi yang mudah dan cepat untuk disiapkan.

Nutella pods yang i buat ini besar, jika kalian ingin mencuba, kalian boleh gunakan loyang yang lebih kecil. Ini adalah saiz jumbo dimana i buat mengikut kesesuaian loyang yang sama saiz dengan penekan tat i.

Sumber resepi i dapat dari blogger barat tapi i dah tak jumpa yang mana satu. Banyak sangat sampai dah tak tahu i ambil yang mana. Terima kasih kepada empunya resepi.








Bahan-bahan..
225 gm mentega
130 gm gula perang
130 gm gula kastor
2 biji telur
2 sdk esen vanila
350 gm tepung gandum*
1 sdk baking soda* - *satukan dan ayak
Nutella secukupnya

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk besar, pukul mentega bersama kedua-dua jenis gula sehingga berkrim dan kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji bersama esen vanila kemudian pukul lagi sehingga sedikit mengembang.
3. Akhir sekali masukkan adunan tepung yang diayak sedikit demi sedikit dan gaul sehingga sebati dan rata.


i guna loyang yang sedia ada dan kebetulan match dengan penekan tat itu..




4. Sediakan loyang berlubang kecil, oleskan mentega atau 'spray cooking', skopkan 1 skop kecil, kemudian ratakan dengan menggunakan penekan tat, balut penekan tat dengan plastik supaya semasa menekan doh tidak melekat. Boleh juga gunakan botol air mineral kecil yang diterbalikkan.

5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 13 minit.
6. Pods akan mengembang dan jangan risau. Keluarkan sebentar loyang kemudian tekankan sekali lagi dengan penekan tat pada setiap lubang supaya pods rata dan turun semula.
7. Bakar sekali lagi dengan suhu yang sama selama 8 minit atau sehingga keperang-perangan.
8. Keluarkan loyang, sejukkan atas redai selama 3 minit kemudian keluarkan pods dari loyang dan sejukkan sepenuhnya atas redai.
9. Masukkan nutella dalam 'piping bag' kemudian picitkan ke dalam pods mengikut kepenuhan yang dikehendaki.




5 comments:

  1. Ada yg letak serbuk almond@walnut . Mb rasa lg a bit rich . Tpi tgk pods u pun npk sedap tu.

    ReplyDelete