Followers

Monday 9 February 2015

TALAM JAGUNG

Assalamualaikum youu..
Sekarang nih kan..i suka mencuba kuih muih kampung macam talam nih kan..sebabnya tempoh hari i berjaya la juga buat talam seri muka..faham-faham jerla kan..bila sudah menjadi satu..mula la nak mencuba yang lain-lain juga. Minngu lepas ada cuba talam ubi kayu tapi tak jadi uu..nyampah tau..tapi takpe..esok lusa tulat i cuba lagi kay. Tak mahu putus asa. Sabarr..kan kan..

Ok..
Talam jagung nih i nak buat dari semalam lagi tapi pagi nih baru siap. Rasanya ermm boleh laa..setiap talam kan punya rasa berbeza..dan setiap deria rasa seseorang juga berbeza kan..tapi i suka buat sebab jadi jugak laa..bolehlah kann..

Resepi pula i ambil dari Google dan rata-rata juga kata resepi dari Chef Asma. Terima kasih pada Chef Asma dan sahabat-sahabat yang sudi berkongsi. Cumanya untuk bahagian lapisan atas i menggunakan daun pandan yang dikisar. Jom tengok.






Bahan-bahan lapisan bawah..
350 gm tepung beras*
60 gm tepung gandum*
1 sdb tepung ubi* - *satukan dan ayak
350 gm santan pekat
700 gm air
120 gm gula kastor
300 gm jagung manis (dalam tin)
1/2 sdk garam
1 sdk pewarna kuning

Bahan-bahan lapisan atas..
150 gm tepung gandum - ayakkan
150 gm gula kastor
250 gm santan pekat
450 gm air masak*
20 gm daun pandan* - *kisar halus dan tapiskan
2 biji telur
1 sdk perasa pandan

Cara-caranya..
1. Sediakan loyang bersaiz 10x10x3 inci. Lapik plastik melebihi dari loyang. Ketepikan.
2. Panaskan periuk kukusan.
3. Dalam mangkok besar, satukan 3 jenis tepung yang telah diayak bersama santan pekat dan air. Kacau sebati sehingga tidak berbintil.
4. Tapiskan adunan kedalam periuk.
5. Masuk pula gula kastor, jagung manis, garam dan pewarna, gaul sebati.
6. Panaskan atas api, kacau sentiasa dan biarkan sehingga naik wap.
7. Tuang adunan dalam loyang yang telah tersedia dan ratakan.
8. Kukus selama 25 minit.
9. Sediakan lapisan atas pula.
10. Dalam mangkok besar, satukan kesemua bahan-bahan lapisan atas, kacau sebati dan tapiskan dalam periuk.
11. Masak atas api sambil dikacau sentiasa sehingga naik wap.
12. Setelah lapisan bawah masak, lorekkan dengan garfu.
13. Perlahan-lahan, tuang adunan atas sehingga rata dan kukus lagi selama 25 minit.
14. Tutup api pengukus, angkat dan sejukkan atas redai.
15. Biarkan talam jagung benar-benar sejuk baru dipotong.




Sunday 8 February 2015

CHILLED OREO CHEESECAKE

Assalamualaikum..
Memang lama sangat tak buat cheesecake, baik untuk makan-makan atau untuk jualan. Semalam Awin tiba-tiba terindu nak buat cheese cake..jadi i pun sediakanlah mana-mana bahan yang tidak cukup.

Dan kebetulan juga nak hantar tempahan cheese tart pada customer merangkap kawan kepada my sis..so i pun suruh Awin buat lebih untuk di beri pada my sis sempena ulangtahun beliau. Selamat ulangtahun ya kakkk muuaahh..









Bahan-bahan..
300 gm biskut oreo - hancur halus
80 gm mentega - cairkan
360 gm cream cheese
300 gm uht whipping cream
1 sdk jus lemon
80 gm gula kastor
2 sdk gelatin*
60 gm air panas* - *satukan dan cairkan secara double boiler
150 gm coklat putih - cairkan secara double boiler
150 gm biskut oreo - patah-patahkan

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk, satukan biskut oreo yang talah hancur halus bersama mentega dan gaul sebati.
2. Sediakan loyang springfoam bersaiz 8 inci, isikan adunan oreo dan ratakan pada dasar loyang sehingga ketepi-tepi loyang dengan menggunakan perata fondant.
3. Sejukkan dalam peti sejuk sementara menyediakan adunan cheese.
4. Dalam mangkuk pengadun, masukkan cream cheese dan pukul sebati.
5. Tuangkan uht whipping cream bersama jus lemon dan gula, pukul lagi sehingga gula larut.
6. Masukkan cairan gelatin dan gaul rata diikuti coklat putih yang telah dicairkan dan pukul rata.
7. Matikan mesin pengadun, keluarkan loyang biskut yang disejukkan tadi dan tuang adunan cheese separuh bahagian.
8. Tenggelamkan sebahagian biskut oreo yang telah dipatah-patahkan kedalam adunan cheese.
9. Tuang kesemua baki adunan cheese, ratakan dan susun lagi biskut oreo diatasnya.
10. Sejukkan semula cheese cake dalam peti sejuk semalaman atau sekurang-kurangnya 4 jam.
11. Sedia dipotong dan dihidangkan.





CHOCOLATE FUDGE BROWNIES

Assalamualaikum..
Selamat pagi minggu kalian. Sudah bersarapan pagi? Pastinya sudah kan..nih pun dah nak masuk tengah hari. takkan la tak sarapan lagi kan..mau kebulur hehehe..

Chocolate Fudge brownies nih kita dah buat kelmarin dan hari ini baru berkesempatan updated. Al maklum la nak kata sibuk..tak jugak..tapi buat-buat sibuk jer hahaha..

Resepi rata-rata i dapat dari Google aja ya..jom lihat..


Bahan-bahan..
130 gm mentega
100 gm coklat kompound
80 gm gula kastor
80 gm gula perang
2 biji telur
1 kuning telur
1 sdk perasa vanila
130 gm tepung gandum*
1 sdk serbuk penaik* - *satukan dan ayak
100 gm coklat chip

Cara-caranya..
1. Satukan mentega dan coklat kompound dalam mangkuk dan cairkan adunan secara 'double boiler'. Tutup api dan angkat.
2. Masukkan gula kastor dan gula perang, gaul sehingga larut.
3. Masukkan telur dan kuning telur sedikit-sedikit bersama perasa vanila dan gaul sebati.
4. Masuk pula adunan tepung yang di ayak sedikit-sedikit dan gaul sehingga rata dan tidak berbintil.
5. Tambah coklat chip dan gaul lagi.
6. Sediakan loyang bersaiz 8 inci yang telah dioles mentega dan dilapik kertas minyak. Boleh juga guna loyang yang sesuai yang dirasakan sesuai.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 30 minit atau sehingga masak.
8. Sejukkan atas redai.
9. Keluarkan dari loyang dan drizzle dengan glaze. (resepi dibawah)

Bahan-bahan glaze..
100 gm gula aising*
2 sdb serbuk koko* - *ayakkan
1/4 sdk perasa vanilla
5 sdk air panas

Cara-caranya..
1. Satukan kesemua bahan-bahan glaze dan gaul sebati.


Thursday 5 February 2015

ROTI LAPIS DAGING BERKEJU

Assalamualaikum..
Entry untuk bulan ini kita mulakan dengan menu yang juga menjadi 'wish list'. Akhirnya terlaksana juga walau pun sudah berkurun. Sebenarnya i dah buat minggu lepas kalau tak silap..tapi macam mana laa boleh lupaa..

Resepi pula i dapat dari mok cik gugel la..mana lagi kann..korang pilih jer mana satu nak. Kini resepi semua di hujung jari. Cumanya i tidak menggunaka cheese slice tetapi digantikan dengan cheddar dan mozarella. Initi pula kalian boleh juga buat ikut kreativiti masing-masing ya.




Bahan-bahan inti..
400 gm daging kisar RAMLY
1 biji bawang holland*
2 ulas bawang putih*
1 cm halia* - *tumbuk halus
5 biji cili api - hiris halus
1 sdk serbuk lada hitam
1 sdk garam
1 sdk gula

Bahan-bahan lain..
3 biji telur*
200 gm susu segar* - *satukan dan kacau sebati
10 keping roti
2 pokok daun bawang - hiris halus
Cheddar dan mozarella secukupnya - satukan dan gaul rata

Cara-cara inti..
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan yang ditumbuk halus sehingga naik bau.
2. Masukkan cili api, tumis beberapa saat dan masukkan daging kisar. Kacau sehingga daging berderai.
3. Tambahkan serbuk lada hitam, garam dan gula. Masak sehingga kering. Tutup api.
4. Sediakan bekas casserol atau yang sesuai dan oleskan dengan mentega.
5. Celup roti didalam adunan telur dan susu, susun dalam casserol sehingga menutup keseluruhannya.
6. Sendukkan sebahagian inti diatas roti dan ratakan.
7. Tabur pula daun bawang diikuti dengan cheddar dan mozarella sepenuhnya.
8. Ulangi cara-cara nombor 5 sehingga nombor 7.
9. Tuang rata baki adunan telur dan susu pada keseluruhan.
10. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 40 minit atau sehingga keperang-perangan.
11. Keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai. Potong dan hidangkan bersama sos pilihan.