Followers

Monday, 3 June 2013

VANILLA MUFFIN

Assalamualaikum..
Seperti yang telah i janjikan di Facebook untuk berkongsi resepi yang mudah untuk membuat muffin yang gebu dan montok seperti ini, hari ini..malam ini i amat tidaklah sibuk dan inilah masanya i berkongsi resepi ini.

Sahabat-sahabat yang ingin mencuba dipersilakan ya, cuma mohon maaf i sangat terlupa dimana i cedok resepi ini. Terima kasih pada penyumbang.
Kepada yang ingin mencuba bolehlah buat separuh adunan dan jika ikut pada resepi dibawah, boleh menghasilkan 29 biji muffin montok untuk 'papercup' saiz M.

Muffin ini juga adalah atas permintaan adik untuk kudap-kudapan beliau.






inilah wajah ceria selepas mamanya selesai menyiapkan muffin idaman..
dengan rela hati nak sangat bergambar..


Bahan-bahan..
6 biji telur
100 susu segar
2 sdk esen vanilla
410 gm tepung gandum*
3 sdk baking powder*
1/2 sdk garam* - *satukan dan ayak
250 gm gula kastor
170 gm butter - cairkan

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk besar, satukan telur, susu segar, esen vanilla dan gaul perlahan.
2. Masukkan bahan-bahan kering yang telah di ayak bersama gula dan gaul rata dengan spatula, jangan terlebih pukul.
3. Tuang butter cair dan gaul sehingga sebati.
4. Sediakan loyang muffin yang telah tersedia bersama 'papercup', tuang adunan sehingga penuh dalam 'papercup'.
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 20 minit atau sehingga masak mengikut oven masing-masing.




pada pendapat i, dengan menggunakan loyang inilah yang menjadikan muffin anda naik mencanak dengan isian penuh dalam 'papercup'..
i dah cuba beberapa kali dengan resepi yang berlainan..
daannnnnnn..
ini adalah SUSPEK UTAMA..
hahahha..
loyang nih i beli dah lamaaaa sangat kat BAKE WITH YEN dengan harga rm17++..

32 comments:

  1. salam shu....hahaaa baru pecah rahsia besar malam ni tauuu...acuan yang mendalam tuu rupe rupenye yang muffin ni jadik montok gebu naik tinggi...
    si adik yang jadik model ni waahhh come dan kacak sungguh..
    tq tq shu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis..
      haaa mmg pecah rahsia kan hihi, cuba ya sis, i rasa apa resepi pun bule..isi penuh..

      Delete
  2. yer betoi ai pun guna suspek ni,sis guna paper cup saiz berapa sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah..saspek utama nih sis..i guna papercup saiz M sis..

      Delete
  3. love you....mmg sumber inspirasi bab baking....kena cuba sbb saya selalu fail bab buat muffin....

    ReplyDelete
    Replies
    1. loveee u tooo..cuba sis..cuba hingga berjaya ya..

      Delete
  4. geram tgk..resepi x guna mixer ye?xde perkataan putar..just gaul je ye?nak cuba lah..terima kasih share resepi..mudah2 han murah rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa..sis..jgn terlebih pukul ya sis..

      Delete
  5. Replies
    1. nmpk sedap tp xtau la sis sedap ke tdk hihihi..

      Delete
    2. salam sis loyang tu brpe inci tinggi nye ye

      Delete
    3. Insyaallah dlm x sampai 3" sis..

      Delete
  6. Memang tinggi je vanila mufin tu Shu....cantek sangat kejadiannya...leh terai ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba ya sis..tp kena ada saspek utama tu hihi..

      Delete
  7. kena cri ni "suspek utama" nun..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis cuba cari kat bake with yen ya sis..

      Delete
  8. ssh lah cari "suspek utama" tu disini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis cuba cari kat bake with yen ya sis..

      Delete
  9. Susu segar tu 100 ml ke 100 gram...hehehe salin dulu resepinya...rajinnya entah bila :-)

    ReplyDelete
  10. Slm sis klu guna acuan yg kecik buat mini muffin isi dlm papercup penuh2 jgk ker..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis..bule juga tp pastikan acuan tu lebih tinggi dr papercup ya..

      Delete
  11. Teringin nak cuba..Tq sebab sudi berkongsi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 sis, cuma adunan nih x berapa sedap sgt..

      Delete
  12. Sis nsk tanya kenapa saya ikut resepi ni muffin dia warna putih jer ..x menarik pas tu mampat lak tu

    ReplyDelete
  13. Knp mcm tu ya sis..i buat ok pula..

    ReplyDelete
  14. subhanallah...sukanya tengok cupcake tu...nampak sedap sangat

    ReplyDelete
  15. Replies
    1. sis boleh beli di bakery shop ya sis..

      Delete