Followers

Thursday 29 November 2012

STEAM BUTTERCREAM PERSONAL CLASS

As-salam semuaa..
'Steam buttercream personal class' untuk sahabat FB CIK PUAN ROHAYATI yang berlangsung pada tanggal 27hb November 2012 yang lepas, hari ini baru i berkesempatan updated.

Semalam i sakit kepala yang amat sangat sehingga takde mood nak updated, mungkin kerana i makan kari daging yang i buat masa kelas tempoh hari, sebenarnya i memang tak boleh makan daging selepas melahirkan anak bongsu tapi degil sangat..nak jugak makan daging..haaa amek la denyut-denyut dari pagi sampai malam. Pagi ini baru lega yang amat sangat, kepala pun jadi ringan, barulah jari jemari i pun ringan nak menaip hehehe..

Okke, sambung cerita kelas tempoh hari.
Syukur alhamdulillah kelas berjalan dengan lancar sehingga selesai. Cik puan rohayati juga cepat menangkap apa yang dipelajari, alhamdulillah. Al-maklum laa yang belajar nih pun toke kek juga hehe. Kelas berakhir jam 6 petang, sepatutnya kelas boleh habis cepat tapi i rasa dek kerana celoteh kami yang panjang, itu yang menjadikan kelas habis lewat, mana tidaknya, selalunya kami berbual di FB dan di telefon, kelmarin berdepan mata itu yang panjang berborak sakan hihi, ada saja perkara yang kami bualkan hehe..

Terima kasih kepada Cik puan rohayati yang sudi menjalani 'steam buttercream class', semoga dapat manfaatkan segala yang dipelajari, mohon halal jika ada yang terkurang, juga mohon maaf jika ada terkasar bahasa.

Kepada sahabat-sahabat diluar sana yang ingin sertai kelas ini, bolehlah terus hubungi di talian 0167614744 atau inbox di FACEBOOK atau PAGE.

Jom lihat gambar-gambar kek yang dihasilkan oleh Cik puan rohayati.






penuh kusyuk..


dan fokussss..






Cik Puan Rohayati yang ceria..

Sunday 18 November 2012

BUBUR DURIAN

As-salam semuaa..
Sekarang nih durian crepe kan tengah meletop-letop..pergi sana durian crepe, pergi sini pun durian crepe, wall sana durian..wal sini durian crepee..adoooiii gawat dehhh..semua-semuanya duriannnn terusss..tapi enak kan durian crepe..alaaa mesti u all dah cuba kan..jangan tifuuu..mesti masa makan tak toleh depan belakang kan..kikikiki..(dalam hati - i pun sama hihihi)..

Occay..tadi i pergi beli durian, alaa i beli 2 biji saja, 1 biji tu katanya durian IOI..i pun tak tahu apsal namanya IOI, yang 1 biji lagi katanya durian musang king..asalnya i nak buat cream puff esok bubuh durian filling, sampai rumah dah jadi lain, anak gadis i (awin) minta buatkan bubur. Dengan rasa kesiannya i pun buatkan lahhh..yerlaaa anak yang minta mestilah kita sebagai ibu buatkan..betul tak??? betullll...

Nih, i buat resepi main campak-campak dan yang paling senang sekali, walaupun campak-campak i ingat sukatannya okke hehehe..jom..


Bahan2..
10 ulas durian - di lenyekkan sedikit agar terkeluar sedikit dari biji
200 gm santan KARA
300 gm air suam
3 sdb gula merah
3 sdb gula kasar
1/4 sdk garam
2 helai daun pandan


Cara2nya..
1. Masukkan durian bersama biji, santan, air suam kedalam periuk dan panaskan.
2. Tunggu sehingga sedikit mendidih, masukkan gula merah, gula kasar, garam dan daun pandan, gaul sebati.
3. Biarkan mendidih dengan api sederhana selama 20 minit.
4. Jika inginkan kuah yang pekat biarkan lama diatas api sehingga pekat.
5. Hidangkan bersama roti kosong atau pulut atau roti jala.


jom makannn..


i beli tadi..
gambar atas katanya durian IOI..haizz mcm nama shopping mal pulak kan kikiki..
gambar bawah pulak katanya musang king..
i memang tak tahu jenis-jenis durian nih, kalau penjual tu tipu pun i tak tahu hahahha..
nasib laa labuuuu..
lagipun i bukanlah hantu durian, makan 1 2 ulas boleh laaa..

Saturday 17 November 2012

BERSYUKUR DENGAN TEMPAHAN & KELAS

As-salam sahabat-sahabat sekeliannya..
Alhamdulillah dengan tempahan dan kelas, itulah tajuk entry hari ini, disebabkan lebih 10 hari tidak ada entry baru disebabkan masa mencemburui i (hahaha..amboiii ayat kemain bersastera lagik ehhh), kini i terbitkan apa saja yang i ingat okke..

2 jenis kek yang pertama ini adalah tempahan terbaru iaitu hari ini dan hari ini juga baru i punya waktu untuk beri peluang pada jari jemari i untuk menari ronggeng ala-ala cik kiah..eh eh tak mahu cik kiah laa..kasik nama kak peah.., di lantai lappy yang dah tak berapa nak baru nih..kikiki..jangan gelak sangat malam-malam nih kak peah ooiii..kang kena sampuk terus meroyan tak tahu ehhh..

Dah-dah..apa merapu pulak i nih..ke i yang kena sampuk hahhaha..dah jom skodeng gambar-gambar yang ala-ala biasaaaa jewwww..


cheese brownies..


kiub-kiub nih, i potong kek kecil-kecil pastu sukat dan balut dengan fondant dan buat huruf..


rainbow cake with freshcream..


steam buttercream, personal class with puan qiera xali..


chocolate moist..


rainbow cake with buttercream..


creamless marble cake..


chocolate moist..


rainbow cake..
kek ini amat mengecewakan..


nutella chocolate moist..


red velvet..

daaaaahhhhhhhhhhhhhhhhh..

STEAM BUTTERCREAM CLASS

As-salam dan salam sejahtera semua..

Kelas steam buttercream (SBC) kini kembali diatas permintaan ramai. Kepada sahabat-sahabat yang ingin menyertai dan ingin mengetahui teknik-teknik SBC jomm sertai bersama.

Tarikh kelas boleh ditetapkan atas perbincangan bersama dari hari Isnin sehingga Ahad, bermula dari jam 10.00 pagi sehingga 3.00 petang.

Kelas akan berlangsung di Bandar Putra Kulaijaya, Johor. Alamat penuh akan diberi kepada yang telah membuat bayaran penuh.

Hidangan tengah hari disediakan sepenuhnya oleh Juicy Cafe & Cakes.

Yuran kelas adalah tetap sebanyak RM250 seorang dan peserta bakal membawa 1 biji kek yang telah dihias ketika waktu pembelajaran.

Kepada sahabat-sahabat yang berminat, sila hubungi di talian 016-7614744 atau inbox di Facebook SHUHAIRI SHUHAINI atau JUICY CAFE & CAKES untuk pendaftaran.

Terima kasih..


personal kelas untuk puan qiera xali pada 12hb November 2012..


dari kelas terbaru dari puan qiera xali..
tak pernah buat bunga, bila masuk kelas terus boleh jadi, syukur alhamdulillah..


jom daftar..

Tuesday 6 November 2012

MACADAMIA ORANGE

ASSALAMUALAIKUM..
Salam sejahtera kepada semua sahabat-sahabat yang lainnya. Lama rasanya tak masukkan apa-apa entry, kadang-kadang tengok blog pun rasa kesian hihi..yerla kesian sebab takde cerita baru kannn.., tapi hari ini i buat satu entry ringkas, bukan tak mahu celoteh lebih-lebih tapi kerana sedikit kesibukan yang melanda sejak kebelakangan ini..cewahh..sibuk kewwww.


hanya gambar ini yang sempat i ambil..

Resepi ini i adaptasi dari HAPPY FLOUR, cuma i buat penambahan dan pertukaran mengikut kehendak i dan dalam masa yang sama kek ini juga adalah atas permintaan dari pelanggan setiaku, makaseh sree..semoga memenuhi citarasa dan selera sree ya..terima kasih juga kepada blogger HAPPY FLOUR atas perkongsian resepi ini..

Bahan-bahan..
250 gm butter
200 gm gula kastor
4 biji telur A
90 gm oren jus*
1 sdb kulit oren - yang telah disagat*
1/2 sdk oren emulco*
1/2 sdk pewarna oren* - *satukan dan gaul sebati
250 gm tepung gandum**
1 sdk baking powder** - **satukan dan ayak
35 gm macadamia - kisar halus
35 gm macadamia - dibakar
30 gm macadamia - dibakar - hiasan

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk mixer, pukul butter bersama gula sehingga kembang dan berkrim.
2. Tambahkan telur sedikit-sedikit dan terus pukul sehingga sebati.
3. Masukkan secara berselang-seli bersama adunan jus, adunan tepung dan macadamia yang dikisar halus, kaupbalik sehingga adunan semuanya rata, jika menggunakan mixer, pukul dengan kelajuan paling rendah hanya beberapa saat.
4. Masuk pula macadamia yang dibakar dan gaul bagi rata.
5. Tuang dalam loyang saiz 8 inci yang telah digris, lapik kertas minyak dan gris sekali lagi dan ratakan adunan dengan menggunakan spatula.
6. Tabur macadamia yang dibakar keatas adunan kek.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 55 minit atau sehingga masak.
8. Keluarkan dari oven, kikis ditepi2 loyang, keluarkan kek dari loyang dan sejukkan atas redai.