Followers

Saturday, 7 July 2012

SPONGE CAKE

As-salam dan salam sejahtera buat semuaa..
Hari ini dari pagi sampai tengahari hujann terus..tapi syiookkk, rasa macam nak masuk selimut balik aja, tapi apakan daya, tanggungjawab harus diselesaikan dulu, tempahan dari jiran satu taman untuk hantaran pertunangan saudaranya, alhamdulillah semuanya telah siap, semoga PUAN ANI berpuashati dengan kek ini..maafkan andai ada yang terkurang..








Bahan2..
250 gm tepung optima@sponge mix
4 biji telur
50 gm susu segar
80 gm minyak jagung@masak

Cara2nya..
1. Dalam mixer dengan kelajuan tinggi, pukul tepung optima, telur dan susu segar selama 8-10 minit.
2. Tuang minyak dan pukul dengan kelajuan paling perlahan selama beberapa saat.
3. Tuang dalam loyang saiz 8 inci yang telah digris dan lapik kertas minyak.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 35 minit.
5. Keluarkan dari oven, kikis ditepi2 loyang, keluarkan kek dari loyang dan sejukkan atas redai.
6. Potong kek kepada 3 lapisan, sapukan 'buttercream' pada setiap lapisan dan sapu 'buttercream' pada keseluruhan kek dan hias ikut kreativiti masing2.

Bahan2 buttercream..
350 gm krimwell
150 gm shortening
230 gm susu pekat
1 sdb perasa strawberry tanpa pewarna

Cara2nya..
1. Dalam mixer, pukul krimwell, shortening, susu pekat dan perasa dengan kelajuan paling tinggi selama 8 minit.
2. Siap digunakan, bahagikan adunan jika ingin letak pewarna.

Bahan2 krim bunga..
200 gm shortening
250 gm gula aising - ayakkan
1 sdk perasa strawberry tanpa pewarna

Cara2nya..
1. Satukan adunan dalam mangkuk dan gaul adunan dengan senduk kayu sahaja sehingga sebati.
2. Bahagikan jika ingin tambah pewarna.

4 comments:

  1. cantik nyer...x der tutorial ker how 2 deco cake like this..sgt2 cantik, awesome..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sis..tutorial utk bunga ada tp hanya di FB..

      Delete
  2. Salam..terima kasih di atas resipi/tutorial di atas..kalau sebelum ini saya gunakan air..cake agak kering apabila dibakar..tetapi semalam saya gunakan susu dalam resipi sponge cake..cake naik,sedap & moist..terima kasih kerana sudi 'share'..satu soalan dr saya..bagaimana dengan chocolate sponge cake pula?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis..
      sama2 kembali, untuk choc sponge hanya tambahkan 1/2 sdb choc emulco ya..

      Delete