Followers

Tuesday 31 January 2012

RED VELVET CUPCAKES

As-salam sahabat2 semuaa..
Dah lama i x kongsi gambar red velvet nih, selalunya buat tapi x share pun, arini teringin pulak nak updated yang baru..resepi sama macam resepi kek red velvet di SINI tapi yang ini i tukarkan kepada bahasa melayu, jadi semua bole faham kan..jom kita tengok..


lame x makan sedappp jugakkk..


arini i buat x merah sangat, pewarna dah abiss huhuu..


nih order dari jiran i kat kl..

Bahan2 kek..
1/2 cawan butter - suhu bilik
1 cawan gula castor
2 biji telur
1/4 cawan serbuk koko*
1 sdb serbuk nescafe* - *ayakkan
4 sdb pewarna merah
1 cawan sourcream@buttermilk
1 sdk esen vanilla
2 1/4 cawan tepung cake
1 sdk baking soda
1 sdb cuka

Bahan2 frosting..
450 gm cream cheese
1 cawan butter
1 sdk esen vanilla
1 1/2 cawan gula aising - ayakkan

Cara2 frosting..
1. Dalam mixer, pukul cream cheese bersama butter sehingga sebati.
2. Tambahkan esen vanilla dan gula aising, terus pukul sehingga sebati.

Cara2nya..
1. Dalam mixer, pukul butter dan gula sehingga berkrim.
2. Tambahkan telur dan terus pukul lagi sehingga sebati.
3. Dalam mangkuk kecil, satukan serbuk koko, serbuk nescafe dan pewarna merah, gaul sehingga jadi pes.
4. Masukkan dalam adunan butter dan pukul sebati.
5. Tuang sourcream dan esen vanilla, pukul lagi.
6. Tambahkan tepung sedikit2 dan kaupbalikkan sehingga betol2 rata.
7. Dalam piring kecil, letak baking soda dan cuka, kacau rata sehingga hilang buihnya terus tuang ke dalama adunan kek, gaul lagi biar sebati.
8. Masukkan adunan dalam piping bag, pipekan dalam papercup yang sesuai sehingga 3/4 penuh, buat sehingga habis.
9. Bakar dalam oven yang telah di panaskan dengan suhu 180C selama 30 minit.
10. Sejukkan di atas redai sebelum di hiaskan bersama cream cheese frosting.
11. Ambil 1 cup kek, hancur2kan dan taburkan atas cream cheese frosting tadi. Siap di hidangkan atau untuk jualan.


nih namanya x cukup pewarna ya puan2 hehehhe..


jom rase cket..

Saturday 28 January 2012

CHOCOLATE MOIST CAKE

As-salam semuaaa..
Ok x kek nih?? harini ulangtahun anak sulung i, "selamat ulangtahun awinn, mama doakan semoga awin lebih berjaya di tahun2 akan datang, panjang umur, murah rizki dan menjadi anak yang solehah, aminn", sebenarnya dia mintak i buatkan kek coklat dengan fondant, copy design gucci tapi fondant kebetulan dah xde stock kat umah nih, jadi fikir punya fikir, i buat design nih, bagi i simple dan cantik, lame nak buat design nih, arini tersampai la serunyaaa, sebenarnya macam2 i nak buat tau tapi ade yang x sempat ade yang telah terlaksana, mane2 x sempat tu xpe i akan buat pelan2..ok resepi kek coklat nih di syorkan oleh kawan i, resepi asal dari puan MUNIRAH BAHAROM yang fofular kt FB tu..sis, terima kasih banyak2 ya sudi share resepi kek yg gebu nih tapi i ade buat penambahan sedikit pada tepungnya, memang mengancam..memang gebu..kepada sahabat2 yang nak cuba resepi silakan ya..


tangkap leleh uuuu..


cubee la buattt..


amaciam ok x kek nih??


dah puas tengok gambar jom tengok resepi..

Bahan2 A..
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko HERSHEY - ayakkan
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak jagung

Bahan2 B..
1 1/4 cawan tepung gandum* - (resepi asal 3/4 cawan)
1 1/2 sdk baking powder* - (resepi asal 1 sdk)
1 sdk baking soda* - *satukan dan ayak

Bahan2 C..
4 biji telur A

Bahan2 hiasan..
50 gm whipping cream
200 gm coklat compound - sagat halus
23 biji rasberry

Cara2nya..
1. Satukan bahan2 A dalam periuk, gaul sebati, pasang api kecil dan biarkan betul2 sebati lagi, tutup api dan biarkan sejuk sebentar.
2. Tuang bahan2 B bergilir2 dengan bahan C ke dalam adunan coklat tadi, gaul sebati.
3. Tuang ke dalam loyang bulat 9 inci (seperti gambar bawah) yang telah di sapu butter atau spray cooking dan ratakan adunan.
4. Kukus dalam pengukus yang telah di panaskan terdahulu selama 1 jam, balut penutup pengukus dengan aluminium foil, supaya air tidak menitis ke atas kek.
5. Angkat dan sejukkan sebentar.
6. Panaskan whipping cream dalam periuk kecik dengan api paling kecil sehingga berbuih di tepi2 periuk.
7. Tutup api, masukkan coklat compound yang telah disagat dan gaul sehingga semua coklat cair.
8. Tuang coklat dalam piping bag, pipekan atas kek tadi secara zigzag.
9. Hias dengan rasberry atau hiasan yang lain mengikut kreativiti masing2. Hidangkan.


cara2 nombor 3..sebelum di kukus..


selepas di kukus..


dah siapppppp..


sedapppp..

AYAM MASAK KICAP

As-salam semuaa..
Semalam i x sempat nak updated menu nih, lepas tetamu semua balik i updated 1 menu..pagi2 sebelum i mensibukkan diri baik i updated dulu..resepi nih memang i selalu buat dari dulu lagi..


Bahan2..
1 ekor ayam - potong sederhana - cuci bersih - goreng separuh masak
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
1 biji bawang merah besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 cm lengkuas* - *tumbuk lumat
1 sdb cili kering kisar
1 1/2 cawan air panas
2 sdb kicap pekat
5 sdb kicap manis
1 sdb kicap masin
1 sdb sos worcestershire
2 keping asam gelugor
3 sdb sos cili
1 genggam daun ketumbar - hiasan

Cara2nya..
1. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan2 kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
2. Tumis pula bahan2 tumbuk dan masak sehingga naik bau.
3. Tambahkan cili kering kisar dan biar cili masak baru tuangkan air panas, biar mendidih.
4. Masukkan kicap pekat, kicap manis, kicap masin, sos worcestershire, ayam goreng dan asam gelugor, gaul rata baru tuangkan cili sos, biar mereneh sehingga sedikit kering.
5. Siap dihidangkan dan tabur daun ketumbar.

Friday 27 January 2012

FRUIT PASTRY CAKE

As-salamm semuaa..
Hari ini anak bongsu i happy sangat2 sebab ramai kawan2 adik datang rumah, mana x nya kawan2 i datang bawak anak masing2..yang puan LILIWATI KASDI bawak seorang anak..puan NORMA AZWA bawak 4 orang anak dan puan IEDA HIJAU bawak 2 orang anak..waaahhhh rumah i tadi kalu u all tengaok dah macam taskaaa dah..nampak sangat adik happy..kitaorang nih saja2 laa berkumpul sebelum cuti sekolah bukak kann..nanti sekolah dah bukak dah xde masa nak berkumpul..masa tu semua dah sibuk dengan sekolah anak2..so hidangan yang i hidangkan buat sahabat2 yang datang..antara menunya ialah 'fruit pastry cake'..dah lama resepi nih i 'print' tapi x berkesempatan nak buat..fikir punya fikir haaaaa buat pun pagi tadi untuk hidangan sahabat2ku..


bule tahan sedap kek nih..i kasik 4/5 bintang..


i guna rasberry n nectarine..nak cepat punya pasal lupe nak sapu piping jelly kasik kilat huhuhu..


memang gebuuu isinyaa.., resepi asal klik SINI yaa..tapi tadi i xde sour cream so i buat buttermilk..terima kasih pada blog berkenaan sudi share resepi nih..tq sis..

Bahan2..
100 gm butter
150 castor sugar
50 gm buttermilk
3 biji telur
1 sdk esen vanilla
1 sdk jus lemon
210 gm tepung gandum*
1 sdk baking powder* - *satukan dan ayak
3 biji nectarine
10 biji rasberry
1 sdb gula aising - hiasan

Cara2nya..
1. Pukul butter, gula dan buttermilk sehingga berkrim.
2. Tambahkan telur dan pukul lagi sehingga sebati sambil tambahkan esen vanilla dan jus lemon.
3. Masukkan adunan tepung sedikit2 dan kaupbalik adunan biar rata.
4. Tuang adunan dalam loyang 8 inci yang telah di gris dengan butter, lapik kertas minyak dan sapu butter sedikit lagi.
5. Susun buah nectarine dan rasberry mengikut kreativiti masing2, jangan tekan cuma letak saja.
6. Bakar dalam oven yang telah di panaskan dengan suhu 180C selama 45 minit.
7. Tutup loyang dengan aliminium foil kemudian bakar lagi 15 minit, ini supaya buah di atas kek tidak terlebih gelap.
8. Keluarkan dan sejukkan atas redai, biarkan sejuk, ayakkan gula aising sebagai hiasan. Hidangkan.
9. Anda juga bule gunakan buah2 segar atau buah2 dalam tin, kalu dalam tin sila toskan airnya.


loyang 8 inci dah sesuai sangat2..ini cara2 no. 7..


i susun macam ni aje hehehe..ok la yaa..no.5..


no. 7..tutup macam ni aje..


memangg gebuu sis..

Wednesday 25 January 2012

SHEPHERD'S PIE

As-salam semuaaa..hari ini i betol2 senang, tiada tempahan, tengahari tadi pun i masak yang sungguh simple..sambal cili api ikan bilis dan telur dadar dan ikan goreng..dahhh..kemudian i terus goyang kaki sampai jam 3 tadi, memang terasa relek laa..tapi dalam2 relek tu tangan i x bule nak dok diam arrr..ade aje bende yang nak di buat..cek2 peti sejuk bahan2 banyak so i buat la shepherd's pie nih..menu nih pun dalam list jugak nih, sekarang baru sampai seruu nak membuatnya..resepi asalnya i ambil di SINI ..tapi macam biasa la ajaa aje yang i buat terkurang laa tertambah laa..memandai2 aje kan hehehe..


1st time buat..anak2 suka..suami pun suka..alhamdulillah..


menu untuk petang nih..


bestt kee???


sedappp jugakk..

Bahan2..
5 biji kentang - buang kulit - potong kecil - rebus lembut bersama secubit garam
30 gm butter
80 ml susu segar
1 sdb butter - cairkan
4 sdb minyak zaitun
1 labu bawang holland - potong dadu
1 batang lobak merah - potong dadu
400 gm daging cincang
2 sdb tepung gandum
2 cawan air panas
1 kiub lembu
1 helai daun bay kering
1 sdb worcestershire sos
1 sdb tomato puri
1 sdk serbuk lada hitam

Cara2nya..
1. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang holland sehingga naik bau, masukkan lobak merah dan gaul sehingga separuh masak.
2. Masukkan daging cincang, biarkan daging masak sehingga bertukar warna.
3. Tambahkan tepung gandum, air panas, kiub lembu, daun bay, worcestershire sos, tomato puri dan serbuk lada hitam, gaulkan biar semua bahan sebati, biarkan mereneh dengan api kecil sehingga kering.
4. Apabila kentang sudah empuk, toskan, lenyekkan kentang bersama butter sehingga kentang hancur.
5. Masukkan adunan kentang dalam periuk, gunakan api kecil dan gaul lagi sambil masukkan susu segar.
6. Gaul sehingga kentang sebati dengan susu. Padam api dan angkat.
7. Sudukan inti dalam bekas remekins atau bekas casserol atau bekas yang sesuai, isikan inti separuh penuh, kemudian tutup inti dengan kentang lecek tadi.
8. Sapukan butter cair di atas kentang.
9. Bakar dalam oven yang telah di panaskan dengan suhu 200C selama 30 minit atau sehingga keperang2an. Hidangkan.


cara2 no. 1..


no. 2..


no. 3..


no. 4..


no. 5..


no. 7..


no. 9..

Tuesday 24 January 2012

CHOCOREO CUPCAKES

As-salammm semuaa..ehem ehem cupcakes ape nihhh..chocoreo tu ape?? alaaa mesti u all dapat agak kan..hehehhe..haaa pandai punn chocolate oreoooo..saja jer i pendekkan ayat tu, nampak la lain sikit kan kan kan..resepi asal i amek kat SINI, tapi i ada buat beberapa tambahan, xpe kan heheh..suke derhaka kat resepi tau..nasib baik jadik kalu x naya gak tadi sebab buat untuk orang punya tempahan sekali..alhamdulillahhhh..

sedap gak cupcakes nih, untuk jiran cina belakang rumah i..happy new year..


bekas tetingkat nih kan 1st time i guna tau..belinya 12 tahun lepasss..lamenyaaa..


cream tu pun ade oreo tau frenn..


anak2 memang sukaa..


jom buattt..


jom tengok resepi kat bawah nih..

Bahan2..
170 gm butter
200 gm gula perang
4 biji telur
2 sdk esen vanilla
320 gm tepung gandum*
100 gm serbuk koko*
1 1/2 sdk baking powder*
1/2 sdk baking soda* - *satukan dan ayak
1 1/2 cawan buttermilk - (1 1/2 cawan susu segar + 3 sdb jus lemon - biarkan 20 minit)
200 gm biskut oreo hancur

Cara2nya..
1. Pukul butter dan gula perang sehingga berkrim.
2. Tambahkan telur sedikit2 bersama esen vanilla dan pukul lagi sehingga sebati.
3. Masukkan adunan tepung yang di ayak bergilir2 dengan buttermilk di akhiri dengan tepung, gaul rata dengan menggunakan spatula.
4. Tambahkan biskut oreo dan gaul rata.
5. Tuang adunan dalam papercup yang sesuai, buat sehingga selesai.
6. Bakar dalam oven yang telah di panaskan dengan suhu 180C selama 30 minit.
7. Keluarkan dan sejukkan atas redai.
8. Hiaskan cupcakes dengan krim oreo, resepi di bawah.

Bahan2 krim oreo..
300 gm krimwell
100 gm shortening
150 gm gula aising - ayakkan
100 gm biskut oreo hancur - kisarkan lagi

Cara2nya..
1. Pukul krimwell dan shortening sehingga sebati.
2. Tambahkan gula aising sedikit2.
3. Akhir sekali tambahkan biskut oreo.


biskut oreo nih la yang i gunakan untuk pacakkan atas cupcakes..biskut nih my sis harfa abdul karim kasik..tqvvvvmmm sis..i miz uu laaa..


yang nih pulak biskut oreo yang i gunakan dalam adunan kek dan krim oreo, biskut oreo nih dah siap2 hancur dah..senang kannn..

Monday 23 January 2012

BANANA CHOCOLATE MUFFIN

As-salamm semuaaa..
Kongsikongsikongsinii..heheheh..GONG XI FA CHAI..i ucapkan sekali lagi pada SHIRLEY dan jiran i, nama xtau sebab i panggil aunty aje hehhehe dan juga seluruh kaum cina..tadi lepas i buat kek carrot i terus buat muffin banana nih untuk di beri hadiah kepada shirley dan my jiran..kebetulan ade pisang kat umah nih yang menanti kebusukan..so sebelum busuk bauk i buat bende yang bule di makan kannnn..


memangg sedapppp..


resepi klik SINI ya sahabat2..


nih tariang naga kat sebelah umah i petang tadi..dung dung cheng dung dung chenggggg..hehehhe..


nih aunty sebelah kasik anak2 i angpow dan limauu..tq aunty..

WALNUT CARROT CAKE

As-salam kepada semua sahabat2 di luar sana..
Selamat tahun baru buat semua rakan2 yang berbangsa cina di luar sana, tadi jiran sebelah rumah ade buat tarian naga, i dan anak2 berebut2 nak tengok hahahha..naga tu siap lompat2 baring2 lagii..sempat gak anak gadis i amek gambar tadi, siap panjat kerusi dan dok celah2 pokok lagi sebab nak amek gambar heheh..dapat gak amekk..dung dung chengg dung dungg chennggg aiyaaaa..tapi anak kecik i (adik) takutt..dia kata nanti naga tu kejar adik hehehhe..
Ok dah dah dah..kita cerita pasal kek pulak yaa, i buat walnut carrot cake lagi untuk kawan i SHIRLEY, dia nak bawak pergi kl esok untuk kaum keluarga di sana, di harap shirley dan keluarga berpuashati dengan kek yang i cadangkan ini..


banyaknya carrotttttt..


ehem ehem..


kek nih pun i x pernah rase tauu!!


beart kek nih dalam 4kg..sahabat2 yang nak cube resepi nih klik SINI yaa..


nih la tarian naga tadi..dung dung cheng dung dung cheng..sanggup anak gadis i amek celah2 pokok..

Sunday 22 January 2012

BUTTERFLY ALMOND COOKIES

As-salam buat kali ketiga hari nih..alhamdulillahhh..
Harini rasa macam banyak sangat masa terluang, daripada xde buat ape2, i pun buat laa cookies yang memang dah lama berada dalam list..butterfly cookies..eerrmm amacam ok x?? macam ok macam k.o hehhe..cookies nih dulu i pernah buat masa raya tahun lepas, cube tengok SINI , tapi kali nih i gunakan resepi yang sama untuk jadikan cookies butterfly nih, bagi i cookies nih memang ranggup dan sedap, kalu makan kosong macam tu aje pun sedap tauu..


butterfly cookies..


rama rama nak terbang nihhh..


jom tengok resepi..

Bahan2 biskut..
140 gm butter
40 gm shortening
100 gm gula castor
40 gm serbuk almond
200 gm tepung red rose*
150 gm tepung arrow root@tepung sagu* - *satukan dan ayak

Bahan2 royal icing..(pukul semua bahan2 sehingga kental bahagikan dan tambah pewarna)
20 gm putih telur
100 gm gula aising*
2 sdb tepung jagung* - *satukan dan ayak
Pewarna pink dan biru 

Cara2nya..
1. Pukul butter, shortening dan gula castor sehingga berkrim.
2. Masukkan serbuk almond dan terus pukul lagi.
3. Kemudian tambahkan sedikit2 adunan tepung dan uli sehingga menjadi doh.
4. Canaikan doh atas plastik setebal 1 cm dan terapkan dengan acuan butterfly, buat sehingga selesai.
5. Susun biskut yang di terap dalam loyang.
6. Bakar dalam oven yang telah di panaskan dengan suhu 170c selama 20 minit.
7. Keluakan biskut, paipkan biskut dengan royal icing warna pink kemudian ratakan dengan spatula.
8. Buat garisan di tengah2 dan di sekeliling butterfly, kemudian buat dot2 di dalam bulatan butterfly atau bole la hias biskut mengikut citarasa masing2.
9. Keringkan biskut kemudian masukkan dalam bekas kedap udara.



doh yang telah siap di uli..


canai dan terap..


susun dan bakar..


ratakan royal aising dengan spatula..alamak hitamnya tangan..


lukis garisan putih tu yaa..


pastu u all buat la dot2 cenggini atau nak deco macamane pun xpe yaa..


i guna acuan yang tengah2..


adik pun nak bantu mama tapi adik guna acuan mickey mouse..