Followers

Tuesday 8 September 2015

KEK PISANG dahhh viralll..

Assalamualaikum..
Kek Pisang tiba-tiba menjadi viral. Ini semua kerana Sis Duyung Lalink kita tu kan..dialah menjadi saspek utama dalam kek pisang viral nih hahahha..jangan pengsan atau saket dada kay lalinkk mucukkk..makaseh kerana meng'viral'kan KEK PISANG..hahaha..

Ramai dah mencuba tetapi tak pasti sama ada resepi yang sama dengan lalink atau resepi yang berbeda. Besar kemungkinan berbeda sebab rata-rata i lihat resepi yang dikongsikan itu adalah dari pelbagai blogger..tapi takpe..selera masing-masing kan berlainan..tak sama pun tak pe..

Resepi ini pula i dapat dari rumah Sis Azlita Aziz kita. Izinkan i berkongsi disini pula ya sis. Terima kasih. I ada buat tambahan isi pisang dan setelah dilecek i perapkan semamlam seperti yang pernah i belajar sebelum ini. I juga telah ubahkan ke sukatan gram. I lebih suka dengan sukatan gram berbanding sukatan cawan, kalau guna sukatan cawan, kena guna 2 ke 3 jenis sukatan cawan mengikut resepi, berbanding dengan gram hanya menggunakan 1 bekas sahaja untuk pelbagai sukatan.




KEK PISANG

Bahan-bahan..
350 gm pisang*
1 sdk serbuk soda*
1 sdk perasa pisang* - satukan dan lecekkan - perap semalaman
4 biji telur A
220 gm gula kastor
1 sdk perasa vanila
1 sdk ovalette
150 gm mentega - dicairkan dan disejukkan suhu bilik
300 gm tepung gandum**
1 sdk serbuk penaik** - **satukan dan ayak
3 biji pisang - belah 2 memanjang - hiasan

Cara-caranya..
1. Pisang yang dilecek dibiarkan sekurang-kurangnya 1 jam atau lebih baik semalaman.
2. Dalam mangkuk pengadun, satukan telur, gula, perasa vanila dan ovalette, pukul sehingga kembang 2 kali ganda.
3. Masukkan mentega cair dan pukul sebati.
4. Masukkan pula pisang lecek dan gaul rata.
5. Masuk pula adunan tepung sedikit demi sedikit dan kaup balikkan sahaja.
6. Tuang dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dioles dengan mentega atau 'spray cooking', lapik kertas minyak dan oles sedikit lagi.
7. Susun pisang yang dibelah 2.
8. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170C selama 50 - 60 minit atau sehingga keperang-perangan.
9. Keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai.


Friday 21 August 2015

KERUTUK DAGING

Assalamualaikum..
Pertama kali mencuba resepi KERUTUK DAGING setelah mendapat rempah kerutuk pemberian dari sahabat FB Aizsha Saibon. Diam-diam aja dia dok pos eyyhh..memang disuruh masak la kan..kebetulan daging pun ada dalam stok maka jadi sangatlah. Terima kasih yayunkk iii..semoga u dilimpahi rizki berganda..

Aizsha ada kasik i resepi tapi i tak boleh nak agak jika tiada sukatan. Makanya i jumpa resepi yang mudah di blog Puan Hanieliza. Terima kasih sis berkongsi resepi, i kongsikan disini pula ya.





KERUTUK DAGING

Bahan-bahan..
1 kg daging - potong tebal - cuci - toskan
1 batang kulit kayu manis
3 sdb rempah kerutup - jadikan pes
2 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
2 sdk + 1/2 cawan air asam jawa ADABI
2 sdb gula merah
2 sdk garam
2 sdb kerisik

Bahan-bahan kisar..
10 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
20 tangkai cili kering - hiris - rendam dalam air panas @ 10 sdb cili kisar
6 biji cili api merah

Cara-caranya..
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis kulit kayu manis.
2. Satukan pes kerutuk bersama bahan-bahan kisar, sebatikan dan tumis bersama kulit kayu manis sehingga naik minyak.
3. Masukkan daging dan gaul rata selama 5 minit.
4. Tuang santan pekat, santan cair, air asam jawa, gula merah dan garam, gaul sebati dan renehkan dengan api sederhana sehingga separuh kering.
5. Masukkan kerisik dan reneh lagi sehingga kering atau mengikut kesukaan anda. Setelah kerisik dimasukkan , pastikan kerutuk sentiasa dikacau.
5. Siap dan hidangkan bersama nasi pilihan.

Sunday 9 August 2015

TELUR MASIN

Assalamualaikum..
Semoga semua sahabat sihat walafiat hendaknya ya. Tanggal 23hb yang lepas berkesempatan mencuba membuat sendiri telur masin selepas melihat rakan FB kita sis NekIbu Shida buat semasa Ramadhan yang lepas. Masa Ramadhan pula tak tahu dimana telur itik ada terjual di Kulaijaya nih.

Kebetulan semasa Lebaran tempoh hari balik ke kampung mertua dan ternampak pula signboard orang menjual telur itik, jadi dapatlah membeli. Sekurang-kurangnya dapatlah juga kita mencuba buat sendiri telur itik nih kan..suami pun memang suka telur masin nih..





TELUR MASIN

Bahan-bahan..
20 biji telur itik - cuci bersih - keringkan
500 gm garam kasar
1500 gm air

Cara-caranya..
1. Masukkan telur itik yang telah dicuci bersih dalam balang kaca atau bekas yang sesuai.
2. Masak garam dan air sehingga garam larut. Biarkan semalaman.
3. Tapis dan tuang air garam dalam balang/bekas yang berisi telur itik sehingga penuh.
4. Tutup balang/bekas dan tulis tarikh.
5. Buka selepas 2 atau 3 minggu dan boleh direbus.


Friday 19 June 2015

INTI KELAPA GULA MERAH

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan..
Hari ini adalah hari ke 2 kita berpuasa. Syukur Alhamdulillah dapat bertemu Ramadhan kali ini. Semoga Allah memberi kesihatan tubuh badan yang baik dan dapat menjalankan ibadah dengan sempurna. Insyaallah.

Semalam terlihat Sis Liza Othman kita buat inti nih, biasalah..bulan puasa nih nampak apa aja terliur..jadinya pagi-pagi nih siap i buat inti kelapa gula merah dan kebetulan stok kelapa parut memang ada di sejukbeku kan. Apa nak buat..itu belum pasti..bak kata sis kita..buat inti dulu..kuih kemudian fikir..yeahhhh..betul2..



INTI KELAPA GULA MERAH

Bahan-bahan..
130 gm air
200 gm gula kabung
1/2 sdk garam
2 helai daun pandan - disimpul
300 gm kelapa parut putih
2 sdb tepung gandum

Cara-caranya..
1. Panaskan air dalam kuali sehingga mendidih.
2. Masukkan gula kabung, garam dan daun pandan, kacau sehingga gula larut.
3. Masukkan kelapa parut putih, kacau sehingga kering dengan api sederhana.
4. Tabur tepung gandum dan gaul sebati. Fungsi tepung gandum supaya adunan kelapa melekat dan tidak berderai.

Tuesday 16 June 2015

RIZKI DARI ALLAH..

Assalamualaikum..
Antara tempahan-tempahan yang telah diterima. Dapat masuk mana yang sempat aja..mana-mana yang tertinggal boleh lihat di Facebook atau Instagram ya..

Terima kasih buat seluruh pelanggan-pelanggan JUICY CAFE & CAKES. Mohon maaf jika ada yang terkurang..




















Antara tempahan yang telah diterima. Jazakallah khoir buat seluruhnya..





Wednesday 10 June 2015

ORANGE CAKE

Assalamualaikum dan Selamat pagi kalian..
Sepanjang yang i ingat, cuma hanya beberapa kali sahaja i buat kek oren nih. Kali terakhir kalau tak silap Hari Lebaran tahun lepas. Itu pun i buat sebab atas permintaan dari mak.

Semalam sekali lagi i buat atas sebab hujung minggu ini akan ada tempahan kek oren. Yerla sebelum kita betul-betul nak jual, adalah lebih bagus jika kita cuba dulu kann..

Bahan-bahannya cukup mudah. Jika dirumah sentiasa ada buah oren bila-bila masa pun boleh buat kann..





ORANGE CAKE
Sumber : Google Minah Saleh

Bahan-bahan..
190 gm mentega
170 gm gula kastor
3 biji telur A
1 biji parutan kulit oren - perah jusnya
1 sdk pati oren sunquik
1 sdk pes oren KOEPOE
185 gm tepung gandum*
1 sdk serbuk penaik* - *satukan dan ayak
70 gm jus oren - dari parutan kulit tadi

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk pengadun, masukkan mentega dan gula kastor dan pukul sehingga berkrim atau mengambil masa dalam 10 minit.
2. Masukkan telur satu persatu. Sebiji telur pukul dalam 2 minit dan seterusnya.
3. Masuk pula parutan kulit oren, pati oren sunquik dan pes oren, pukul lagi sehingga sebati lebih kurang 5 minit.
4. Jika adunan telur berbintil, masukkan 2 sudu besar tepung dan pukul lagi sehingga rata diikuti dengan baki adunan tepung sedikit demi sedikit.
5. Tuang jus oren dan pukul hanya sebati dan rata.
6. Sediakan loyang bersaiz 7 x 7 inci, lapik dengan kertas minyak dan spray sedikit.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170C selama 45 minit atau sehingga masak.
8. Keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai 5 minit baru dikeluarkan dari loyang.
9. Siap dihidangkan.



Thursday 14 May 2015

CHOCOLATE BROWNIES 'KEDUT'

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Sahabat..
Demam kan..demam apa? Alaa demam brownies kedut-kedut..sana sini nak buat brownies kedut-kedut nih. Sebelum-sebelum nih memang biasa kita buat brownies kan tapi tak la demam macam brownies kedut nih..resepi pun lebih kurang sama juga. Apa yang membuatkannya KEDUT? Siapa boleh jawab sila komen ya..

Baiklah..teruskan celoteh pagi ini. Semnalam bila masuk jer gambar brownies nih kat FB ramai yang minta resepi..rata-rata ramai yang dah tak tahan nak buat hehehe..ada yg inbox..bagi komen nak buat malam nih jugak hahaha..sweet la korang..dah buat brownies nih lagi sweet kan hehehe..

Tapi semalam bukan tak nak update..cuma masa tak mengizinkan..macam hal semalam..kemudian faham-faham la kan..nak masuk gambar lagi..nak pok pek pok pek dengan korang lagi..mana dan masa yang ciput..yer dak yer dak..hihi..

Apa-pa pun i ucapkan jutaan terima kasih pada sahabat Instagram Sis Cik Cek kita yang telah menerai n error resepi ini dan dikongsikan pula oleh sis Ayu kita yang comel tuuu..dan diintai pula oleh iiii hehehhe..itulah kisahnya. Terima kasih buat kalian berdua. Semoga kalain terus menerus dimurahkan rizki..diberi keberkahan didunia dan akhirat. Aminn..

Resepi ini i buat 2 adunan dan i telah jadikan sepenuhnya dalam sukatan gram. Kalau mengikut resepi yang dikongsikan oleh Sis Cik Cek kita melalaui Sis Ayu mereka menggunakan sukatan gram dan cawan. Jadinya untuk lebih mudah bagi i dimasa akan datang i lebih suka dengan sukatan gram. Kepada yang ingin mencuba silakan ya. I telah mendapat keizinan dari pihak mereka berdua melalui sis Ayu. Jom kita tengok..








CHOCOLATE BROWNIES 'KEDUT'

400 gm coklat kompound - potong kasar
150 gm mentega
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur
1 sdk perasa vanila
100 gm tepung naik sendiri*
30 gm serbuk koko* - *satukan dan ayak

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk stainless steel, satukan coklat kompound dan mentega. Cairkan adunan dengan kaedah 'double boiler'. Tutup api dan angkat.
2. Dalam mangkuk lain, satukan pula gula perang, gula kastor, telur dan perasa vanila, gaul sebati.
3. Tuang dalam mangkuk adunan coklat dan gaul sehingga kesemua adunan rata dan sebati.
4. Masuk sedikit demi sedikit adunan tepung dan gaul rata.
5. Sediakan loyang bersaiz 10 x 10 inci, lapik kertas minyak dengan melebihkan sehingga paras ketinggian loyang. Ini supaya senang untuk ditarik keluar dari loyang dan oles sedikit mentega.
6. Tuang dalam loyang dan ratakan.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 160C selama 30 minit atau mengikut kesesuaian oven masing-masing.
8. Tutup suis oven, biarkan brownies dalam oven dengan pintu terbuka selama lebih kurang 15 minit.
9. Keluarkan dan potong mengikut pilihan anda.

Nota :-
- Jika mahu buat separuh adunan gunakan loyang bersaiz 8 x 8 inci.
- Boleh juga guna tepung gandum cuma tambahkan 1/2 sdk serbuk penaik.
- Gunakan mentega dan coklat kompound yang bermutu tinggi untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap.
- Boleh juga ditambah kekacang 100 gm jika suka.




Friday 1 May 2015

RED VELVET BROWNIES

Assalamualaikum..
Selamat bercuti kalian. I tak jadi pergi KL hari ini atas sebab-sebab kesihatan. Semalam tiba-tiba sakit pinggang bahagian belakang sebelah dan pagi nih baru ada kurang sikit. Walau macam mana sakit hati tetap nak baking..kali ini dengan bantuan Awin sepenuhnya hehehe..terima kasih sayanggg. 

Dalam masa yang sama pula ada tetamu bakal tiba petang nanti. Insyaallah, katanya sudah dalam perjalanan dari Kl tapi jalam macet sangat-sangat sekarang nih, mungkin sampai lewat petang la tu kan..

Selalu kita tengok di FB sekarang nih memang viral baker-baker bikin Chocolate Brownies..tapi kita buat la Red Velvet kan..chocolate brownies dah selalu buat hehehe..ok tak mahu celoteh panjang-panjang..jomlah kita lihat..







merahnyerrrr mak ngahhhh!!!


RED VELVET BROWNIES

Bahan-bahan..
120 gm coklat kompound - sagat kasar*
200 gm mentega* - *satukan dan cairkan secara 'double boiler'
450 gm gula kastor
3 sdb pewarna merah
2 sdk perasa vanilla
2 sdk cuka epal
4 biji telur A
300 gm tepung gandum*
1 sdk serbuk penaik* - *satukan dan ayak

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk 'stainless steel', satukan coklat kompound dan mentega, panaskan secara 'double boiler' sehingga adunan mencair.
2. Tambahkan gula dan kacau sehingga gula sedikit larut.
3. Masuk pula pewarna merah, perasa vanila dan cuka epal, gaul sebati. Angkat dan sejukkan 10 minit.
4. Tambahkan telur sebiji demi sebiji, kacau sehingga sebati.
5. Tuang adunan tepung 3 bahagian dan gaul sehingga adunan kesemuanya rata dan sebati.
6. Sediakan loyang bersaiz 10 inci yang telah dilapik kertas minyak dan pastikan kertas minyak melebihi ketinggian loyang supaya senang untuk dikeluarkan. Semburkan sedikit 'spray cooking'.
7. Tuang adunan dalam loyang dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 35 - 40 minit.
8. Keluarkan dari loyang dan sejukkan sebentar atas redai.
9. Potong brownies mengikut saiz yang dikehendaki.



Sunday 26 April 2015

BUTTER COOKIES

Assalamualaikum..
Lama sudah i bercita-cita nak buat biskut berbentuk Pretzel nih..dan acuannya kalau tak silap i sudah beli hampir 2 tahun. Selalu tidak ada masa yang sesuai dan selalu terlupa. Hari ini dapat juga buat walau pun dalam adunan yang kecil. 

Kebetulan kat rumah nih pun tak buat apa-apa..daripada membongkang baiklah kita baking-baking yer takkk..resepinya i ada buat penambahan dan penolakan dalam sukatan..biasa laa kannn..hihihi..jom tengok..








BUTTER COOKIES
Sumber : Sassy Haven  & Victoria Bakes

Bahan-bahan..
80 gm mentega GOLDEN CHURN
50 gm gula kastor
1 kuning telur
1/2 sdk perasa vanila
150 gm tepung kek*
1 sdb susu tepung* - *satukan dan ayakkan
1 putih telur
Gula merah kasar

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk pengadun, satukan mentega dan gula kastor, pukul sehingga berkrim.
2. Masukkan kuning telur dan perasa vanila dan pukul lagi biar sebati.
3. Masukkan adunan tepung, pukul dengan kelajuan perlahan sehingga menjadi seperti serbuk roti.
4. Uli bulat supaya sebati dan menjadi doh.
5. Masukkan dalam plastik lutsinar, gelek doh sehingga menjadi kurang lebih ketebalannya 5 mm dan sejukkan dalam peti sejuk selama 30 minit.
6. Keluarkan doh. Tekap dengan acuan yang sesuai. Susun atas loyang dan buat sehingga habis.
7. Sapukan telur putih atas bahagian biskut dan taburkan gula merah kasar.
8. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170C selama 15-18 minit.
9. Angkat dan sejukkan atas redai.

Nota :
- Boleh juga tambah setitis pewarna kuning jika suka.
- Sejukkan semula jika doh menjadi lembut.
- Adunan ini menghasilkan lebih kurang 23 keping biskut.






Wednesday 22 April 2015

TEPUNG PELITA

Assalamualaikum..
Masih lagi dengan menu yang menggunakan daun pisang dan hari ini i buat Tepung Pelita. Dari semalam lagi i sudah siapkan kelongsongnya. Jadi pagi-pagi tadi baru buat.

Dulu, i pernah buat sekali tapi tak menjadi..mungkin terlebih kukus kot tu yang jadi berterabur hahaha..dan Alhamdulillah hari ini buat jadi la kot..kannn..boleh lah dari langsung tak pernah buat..

Resepi pula i rujuk dari Blogger RESEPIBDARIAH dan terima kasih sis atas perkongsian resepinya. Izinkan i kongsi disini pula ya. Cara-cara kelongsong pula i rujuk dari Google juga tapi cari-cari tadi nama Blogger dah tak jumpa pulak..maaf sangat-sangat..terima kasih ya sudi berkongsi..






TEPUNG PELITA

Bahan lapisan bawah..
110 gm tepung beras
50 gm gula kastor
1100 gm air
7 helai daun pandan - kisar dengan sedikit air diatas - tapis - ambil jusnya
1/2 sdk pewarna hijau
1/2 sdk air kapur
Gula secukupnya - tabur dalam kelongsong

Bahan lapisan atas..
600 gm santan KARA
300 gm air
4 sdb tepung beras
1 sdk garam

Cara-caranya..
1. Sediakan dan susun kelongsong rapat-rapat dalam loyang dan panaskan periuk kukusan.
2. Isikan 1 sudu kecil dalam setiap kelongsong.
3. Dalam mangkuk besar, satukan kesemua bahan-bahan lapisan bawah dan kacau dengan whisk sehingga tidak berbintil.
4. Tapis dan tuang dalam periuk, masak sehingga naik wap atau sedikit kental.


5. Skop adunan bawah dan tuang dalam kelongsong separuh penuh. Buat sehingga selesai.

6. Kukus selama 20 minit.
7. Sementara itu, sediakan adunan lapisan atas.
8. Dalam mangkuk sederhana besar, satukan juga kesemua bahan-bahan lapisan atas, gaul sebati.
9. Tapis, masuk dalam periuk dan masak sehingga naik wap.
10. Skop dantuang atas lapisan bawah sehingga penuh.
11. Kukus lagi dalam 8 minit.
12. Angkat dan sejukkan.






Nota :-
- Daun pisang bersaiz 15 x 10 cm atau ikut ukuran kotak mancis.
- 1 adunan menghasilkan kurang lebih 35 - 40 kelongsong.
- Sebaik-baiknya gunakan pencukil gigi berbanding stapler.
- Siap kelongsong, gunting jika ada daun pisang berlebihan.

Tuesday 21 April 2015

PULUT KUNING

Assalamualaikum..
Pagi ini i buat Pulut Kuning. Ini semua kerana daun pisang hehehe..iya..jika kita kukus dengan menggunakan daun pisang baunya memang sangat harum. Dalam masa yang sama baki rendang tempoh hari masih ada lagi memang kenalah dengan pulut kannn..

Resepi i rujuk dari rumah MAT GEBU, akan tetapi ada i buat penambahan dan penolakan mengikut keperluan yang ada. Terima kasih pada Cik Mat Gebu kita ya..







PULUT KUNING
Sumber : MAT GEBU

Bahan-bahan..
800 gm beras pulut*
1 keping asam gelugor*
1 sdb serbuk kunyit*
Air secukupnya* - *satukan kesemua bahan dan rendam semalaman
2 helai daun pandai - simpulkan
400 gm santan KARA
50 gm air
2 sdk garam
1 sdb minyak zaitun
Daun pandan secukupnya

Cara-caranya..
1. Panaskan periuk kukusan.
2. Cuci bersih beras pulut, buang asam gelugor dan toskan.
3. Lapik kukusan dengan daun pisang, isikan beras pulut bersama daun pandan dan kukus selama 10 minit.
4. Satukan santan, air, garam dan minyak. Panaskan atas dapur dengan api kecil. Cukup sekadar panas sahaja dan tak perlu mendidih.
5. Keluarkan pulut dan isikan dalam loyang yang dilapik daun pisang.
6. Tuang sedikit demi sedikit santan yang dipanaskan tadi dan gaul sebati pada keseluruhan pulut.
7. Masukkan dalam periuk kukusan dan kukus lagi selama 20 minit sambil digaul pada minit ke 10.
8. Angkat dan siap dihidangkan bersama rendang pilihan.