Followers

Wednesday 28 August 2013

LEGIT TOBLERONE

Assalamualaikum dan selamat pagi Rabu..
Masih lagi bersama kek lapis iaitu Lapis Toblerone. Kek lapis ini i buat bersama dengan Lapis Prune tempoh hari tapi tidak berkesempatan nak meng'update' atas urusan melayan tetamu yang bermalam dirumah sehingga hari Ahad dan kemudian i pula buru-buru ke Kuala Lumpur atas urusan lain. Memang tidak dinafikan sedikit letih dengan aktiviti yang ada. Sekali sekala takpe, apa-apa pun tetamu mesti di utamakan.

Sebenarnya kek lapis ini adalah permintaan dari tetamu merangkap sahabat i yang datangnya daru utara. Jadi kebetulan oven i boleh masuk banyak loyang, i mencuba membuat kek lapis dengan 2 loyang berlainan jenis lapis.

Resepi ini pula asal dari pembuat kek terkenal dari Indonesia iaitu Ny. Liem. Asalnya resepi kek ini adalah dari "Brona Cake" iaitu gabungan antara brownies, kek lapis dan kek span dan i hanya mengambil resepi kek lapis dan gandakan menjadi 1 adunan untuk kek lapis dan i membuat tambahan coklat Toblerone di dalam adunan tersebut.

Hasil pembikinan kek lapis ini, rata-rata sahabat-sahabat mengatakan sangat sedap walau pun rupanya kurang memberangsangakan hehe..takpe..inilah permulaan cita-cita i untuk bersama kek lapis, Insyaallah i akan datang i akan cuba buat yang lebih baik lagi, dan yang penting rasa dah ada..Alhamdulillah..







Bahan-bahan A..
650 gm kuning telur (42 biji)
200 gm gula aising - ayakkan
1/2 sdk serbuk vanilla

Bahan-bahan B..
40 gm tepung hong kong*
40 gm susu tepung* - *satukan dan ayak

Bahan-bahan C..
600 gm mentega - kualiti tinggi
2 sdb susu pekat manis
1 1/2 sdk spekuk

Bahan D..
300 gm toblerone - sagat halus

Cara-caranya..
1. Pukul bahan-bahan A sehingga putih dan mengembang berganda.
2. Masukkan bahan-bahan B sedikit demi sedikit hingga rata dan ketepikan.


3. Dalam bekas mixer yang lain, pukul bahan-bahan C sehingga mengembang dan putih.

4. Campurkan kedalam adunan tadi (adunan telur + tepung) dan gaul sehingga tercampur rata.
5. Sediakan loyang bersaiz 8 x 8 x 3 inci atau 7 x 7 x 3 inci yang siap dilapik kertas minyak dan di oles mentega.
6. Tuang 1 senduk ke dalam loyang dan ratakan.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 175C selama 7 minit dengan api atas bawah.
8. Tuang 1 senduk lagi untuk lapisan kedua, dan kali ini bakar hanya api atas sahaja selama 7 minit. Ini bermakna mulai lapisan kedua sehingga lapisan terakhir hanya api atas sahaja yang digunakan.


sagat halus lebih bagus dari potong dadu seperti ini..

9. Buat sehingga ke lapisan keempat kemudian tabur toblerone sehingga rata. Toblerone di tabur setiap 4 lapisan. Buat sehingga ke lapisan terakhir.


10. Mulai lapisan ketiga, selesai setiap pembakaran untuk setiap lapisan, tekan-tekankan kek dengan menggunakan perata fondant supaya kek lebih padat.

11. Untuk lapisan terakhir bakar dengan api atas bawah selama 10 minit dengan suhu 150C.


12. Keluarkan kek, sejukkan sebentar atas redai, kemudian kikis ditepi-tepi loyang baru dikeluarkankek dari loyang.

13. Bungkus kek dengan 'cling plastik' atau 'aluminium foil' dan simpan dalam peti sejuk semalaman.


Saturday 24 August 2013

LAPIS PRUNE

Assalamualaikum semua..
Percubaan kali kedua untuk jenis kek lapis yang i buat, yang pertama dulu Lapis Cuppochino, kali ini i mencuba Lapis Prune untuk hidangan tetamu i untuk hari ini. Sepatutnya i buat 3 hari lepas supaya kek akan lebih sedap di makan selepas 3 hari.

Walau macamana pun i masih sangat tidak berpuas hati dengan hasil untuk kek lapis ini. Lapisan yang tidak cantik, tekanan yang tidak begitu kuat (tak pasti macam mana nak terangkan) menyebabkan ada lubang-lubang di beberapa tempat, jalur garisan yang tidak ketara..aduuhhh macam-macam la yang i tidak puas hati tapi sangat syukur Alhamdulillah sahabat-sahabat yang mencuba mengata sedap (harap-harap sedappp betul-betul ya hehe), suami juga mengatakan hal yang sama, Syukur Alhamdulillah.., Insyaallah jika tiada aral i bercita-cita untuk mempelajari kek lapis ini.

Resepi asal dari warga Indonesia dan dikongsikan oleh SIS RIMA DARI BISOUS A TOI. Terima kasih sis berkongsi resepi yang enak ini, mohon berkongsi disini pula ya. I memilih resepi dari pelbagai blogger kerana i rasa i sangat cerewet dengan kek lapis kerana asal usulnya i sangat tidak suka dengan kek lapis walau apa pun perasanya sehinggalah i menerima buah tangan kek lapis dari my sis dan i merasa tersangaaaattttttttlah sedap keknya. I berulang kali menempah dan kini tempahan sudah tidak diterima dan kerana itulah i cuba-cuba mencari dan terjumpa di rumah Sis Rima dan amat tertarik dengan bahan-bahannya. Mohon berkongsi disini pula ya sis..terima kasih..







Bahan-bahan A..
800 gm mentega (kualiti tinggi)
440 gm gula aising - ayakkan
1 gm garam halus
100 gm susu pekat manis
1 sdb serbuk vanillin

Bahan B..
900 gm kuning telur / 50-52 biji

Bahan-bahan C..
190 gm tepung hong kong
1/2 sdk spekuk

Bahan D..
350 gm prune - potong kasar

Cara-caranya..


1. Pukul bahan-bahan A agar sebati dahulu kemudian guna kelajuan tinggi pukul selama 12 minit atau sehingga naik berganda.


2. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit dan terus pukul dengan kelajuan tinggi sehingga sebati selama 10 minit.




3. Perlahankan mixer, masukkan bahan-bahan C dan pukul cukup sekadar rata.




4. Sediakan loyang bersaiz 8 x 8 x 3 inci atau 9 x 9 x 3 inci, lapikkan dengan kertas minyak dan oleskan dengan sedikit butter atau 'spray cooking'.
5. Tuang anggaran dalam 100 - 120 gram ke dalam loyang, ratakan dengan spatula.

6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan api atas bawah bersama suhu 175C selama 7 minit atau sehingga sedikit gelap pada kulit atasnya.
7. Keluarkan loyang dari oven, tekan sedikit pada kek dengan menggunakan perata fondant.
8. Tuang lagi adunan dengan sukatan yang sama, ratakan dan bakar semula dengan hanya menggunakan api atas sahaja.


9. Ulangi cara-cara nombor 5, 6 dan 7 sehingga lapisan keempat, kemudian taburkan buah prune. Ini bermakna setiap 4 lapisan di taburkan dengan buah prune.

10. Buat sehingga adunan terakhir dan bakar selama 10 minit bersama api atas dan bawah.
11. Keluarkan kek dari oven, kikis dengan spatula ditepi-tepi loyang supaya kek merenggang dan sejukkan sebentar atas redai.
12. Keluarkan kek dari loyang, biarkan semalaman baru dipotong.


prune yang telah dihiris dadu..


cuci telur sebelum digunakan..

Wednesday 21 August 2013

MEE GORENG

Assalamualaikum semua..
Hidangan untuk tetamu yang hadir sebentar tadi. Di sebabkan masa terlalu suntuk untuk menyediakan pelbagai juadah, akhirnya i buat apa yang tersedia dirumah. Syukur Alhamdulillah tetamu makan habis licin semuanya termasuk i hehehe..

Untuk entry kali ini wajib 'update' disebabkan Awin bakal meninggalkan i untuk meneruskan pembelajarannya, sambil masak-masak tadi Awin sempat berseloroh.., "nanti dah duduk berjauhan dengan mama bolehlah Awin cuba masak sendiri", i pun terus jawab.., "takpe, Awin kan boleh tengok dapur bergerak mama hehehe". jadi kerana itulah i wajib update walaupun menu yang senang.





Bahan-bahan..
1 bungkus mee kuning - cuci bersih
1 biji bawang merah besar*
3 ulas bawang putih*
1 cm halia* - *tumbuk kasar
1 sdb cili kering kisar
10 ekor udang - cuci bersih
1 keping isi ayam - hiris halus
1/2 cawan air
1 ikat sawi - cuci bersih - potong kasar
2 sdb sos tiram
3 sdb kicap manis
1 sdb kicap pekat
1 sdk kiub ayam
Garam dan perasa
2 genggam taugeh - cuci bersih
6 sdb sos cili MAGGI

Cara-caranya..
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bahan-bahan tumbuk sehingga naik bau.
2. Masuukan cili kering kisar dan biarkan sehingga cili masak.
3. Masuk udang dan ayam, biarkan separuh masak dan masukkan air, biar sehingga mendidih.
4. Masukkan sawi, sos tiram, kicap manis, kicap pekat, kiub ayam, garam, perasa, mee kuning dan taugeh, gaul sehingga semua bahan sebati dan rata.
5. Akhir sekali masukkan sos cili dan gaul lagi sehingga sebati.
6. Siap di masak, hidangkan.

KEK BUAH CAMPURAN

Assalamualaikum semua..
Salam Aidilfitri dan maaf zahir batin. Masih lagi mood berhari raya dan masih ramai lagi sahabat-sahabat yang masih menerima kunjungan tetamu dari jauh dan dekat. Tidak ketinggalan i juga yang bakal menerima tetamu pada hari Jumaat akan datang. Tetamu jauh yang datangnya dari hujung utara, Insyaallah.

Atas persiapan untuk bakal tetamu, antara menu manisan, i menyediakan kek buah campuran ini dan juga atas permintaan bakal tetamu i kongsikan resepi ini untuk rujukan beliau dan juga sahabat-sahabat lainnya.

Untuk resepi kek buah ini, sebenarnya sudah berkali-kali i buat, tapi sepanjang berkali-kali pembuatan untuk kek ini, i selalu lupa dan terus lupa untuk meng'update'..haaa kann..dah kertu kot kan..haizzzzz belum kertu lagiiiii, muda belia lagi tau hehehhe..

Resepi asal dari CMG tapi i ada buat penambahan dan penolakan dari bahan-bahan antaranya i gunakan SPEKUK. Pada deria rasa i spekuk lebih wangi dari serbuk buah pala. Adunan spekuk mempunyai 4 jenis rempah iaitu buah pala, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Penambahan bahan lainnya adalah seperti madu, perasa oren dan i lebihkan sukatan untuk buah kering.







Bahan-bahan..
250 gm mentega (berkualiti tinggi)
130 gm gula perang halus
3 biji telur A
1 sdb madu
1 sdk perasa oren
300 gm tepung gandum*
1 sdk serbuk penaik*
1/2 sdk serbuk soda*
1 sdk cream of tartar*
1 sdk spekuk / serbuk pala* - *satukan dan ayak
400 gm buah kering campuran
150 gm gula kastor

Cara-caranya..
1. Panaskan periuk kukusan terdahulu.


2. Pukul mentega dan gula perang sehingga sebati.

3. Masukkan telur sedikit demi sedikit dan pukul lagi bersama madu dan perasa oren dan terus pukul lagi sehingga sebati.


4. Gaulkan adunan tepung yang telah di ayak bersama buah kering campuran kemudian masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega, kaupbalikkan adunan sehingga rata dan sebati.


5. Masak gula kastor dalam periuk kecil dengan api paling sederhana, biarkan mencair sehingga menjadi keperang-perangan. (JANGAN SAMPAI HANGUS NANTI PAHIT).


6. Sambil 'mixer' berjalan paling perlahan atau sederhana, tuang gula hangus ke dalam adunan buah dan pukul secepatnya sehingga rata.


7. Tuang adunan dalam loyang bersaiz 7 x 7 x 3 inci yang telah dilapik dengan kertas minyak dan telah di oles dengan mentega atau 'baking spray' dan ratakan. Tutup permukaan loyang dengan 'aluminium foil'.


8. Masukkan dalam periuk pengukus yang telah dipanaskan dan kukus 1 jam dengan api yang paling besar dan 3 jam dengan api yang sederhana. Tambahkan air panas jika air kukusan berkurangan.

9. Keluarkan loyang kek dari pengukus, buang 'aluminium foil' dan kikis di tepi-tepi loyang kek supaya kek renggang.


10. Keluarkan kek dan sejukkan atas redai. Biarkan semalaman supaya kek menjadi lebih padat.




i bahagikan kepada 3 bahagian, bungkus dengan plastik dan sejukkan dalam chiller..


Thursday 8 August 2013

TEMPAHAN TERAKHIR UNTUK RAMADHAN

Assalamualaikum..
Berakhirlah tempahan-tempahan untuk Ramadhan dan menjelang Syawal.
Salam Aidilfitri buat semua sahabat-sahabat yang jauh dan dekat dan maaf zahir batin dari kami warga JUICY CAFE & CAKES.


hot cheese chocolate cake..


hot cheese chocolate cake..


marble cake..


orange mascarpone cheesecake..


chocolate moist cake..


orange mascarpone cheesecake..


red velvet cuppies..


hot cheese chocolate cake..


red velvet in jar..


packing..

Tuesday 6 August 2013

ORANGE MASCARPONE CHEESECAKE

Assalamualaikum..
Lama sangat-sangat i tak buat cheese cake. Kebetulan sempena Aidilfitri ini ada pelanggan yang ingin menjadikan cheese cake ini sebagai juadah bersama keluarga tercinta.

Permintaannya kali ini adalah Orange Cheesecake, jadi untuk menjadikan cheese cake ini sebagai cheese cake yang mewah i mencampurkan adunannya bersama mascarpone. Alhamdulillah cium baunya pun dah harum.

Walau bagaimanapun selera masing-masing tidak sama, ada yang sukakan cheese dan ada juga yang kurang gemarkan cheese, tepuk dada tanya selera. Semoga pelanggan setia i berpuas hati dengan tempahan ini. Mohon maaf juga jika ada yang terkurang.








Bahan-bahan..
200 gm biskut Digestive/Oreo/Cream Cracker/Marie - kisar halus
100 gm mentega - cairkan
250 gm cream cheese
130 gm gula kastor
30 gm tepung gandum - ayakkan
250 gm mascarpone
3 biji telur A
1/2 sdk esen vanila
1 biji oren - sagat kulitnya
3 sdb jus oren - dari buah oren
100 gm sour cream/yogurt


Cara-caranya..
1. Satukan biskut yang telah di kisar bersama mentega cair, gaul sebati.
2. Masukkan dalam loyang 'springfoam' bersaiz 8 atau 9 inci, ratakan biskut dan tekan-tekankan biskut supaya rata disekeliling loyang kemudian sejukkan dalam peti sejuk selama 30 minit.
3. Dalam mangkuk mixer, satukan cream cheese, gula kastor dan tepung, pukul sehingga adunan lembut.
4. Masuk pula mascarpone dan pukul lagi sehingga adunan sebati.


5. Masukkan telur sedikit demi sedikit dan terus pukul sehingga rata.


6. Di ikuti pula dengan esen vanila, kulit oren dan jus oren dan pukul lagi.

7. Akhir sekali masukkan sour cream atau yogurt dan gaul cukup sekadar sebati sahaja.
8. Tuang adunan dalam loyang biskut tadi dan ratakan. Balut bawah loyang dengan aluminium foil bagi mengelakkan air masuk.


9. Bakar secara 'water bath' bersama air panas di dalam oven yang telah di panaskan dengan suhu 160C selama 70 minit.


10. Keluarkan kek, sisip tepi loyang kek dengan spatula supaya renggang dari loyang.

11. Biarkan kek sejuk di luar sebentar, kemudian tutup loyang dengan 'aluminium foil' dan sejukkan dalam peti sejuk semalaman atau sekurang-kurangnya 5 jam.


12. Keluarkan kek dari peti sejuk dan keluarkan dari loyang dan hiaslah mengikut kreativiti masing-masing.