Followers

Friday, 27 July 2012

MASAK LEMAK PUCUK PAKU UDANG

As-salam semua..
Ramadhan ke 7, sahabat yang lain masak apa ya?? Hari ini i buat menu yang mudah dan senang, masak lemak pucuk paku udang dan daging masak rose, sudah cukup buat kami sekeluarga tanpa suami.

Kebetulan memang suami outstation ke Kuala Lumpur, masa inilah i ambil peluang memasak daging, jika suami ada memang tak boleh masak sebab suami ada migrane, kalau makan daging nanti terus sakit kepala dan sememangnya kami sekeluarga memang sukakan daging.


Bahan2..
2 ikat pucuk paku - petik daunnya - cuci bersih
10 ekor udang - buang kulit badan - cuci bersih
10 biji cili api*
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup*
1 inci lengkuas*
1 batang serai*
100 gm air* - *kisar halus
200 gm santan KARA
1 keping asam gelugor
Garam, gula dan perasa

Cara2nya..
1. Tuang bahan2 kisar dalam periuk bersama santan, masak dengan api sederhana sehingga mendidih.
2. Masukkan udang, asam gelugor, garam, gula dan perasa, biar sehingga udang masak.
3. Masukkan pucuk paku, gaul sehingga rata dan biarkan pucuk paku masak.
4. Siap dihidangkan.



4 comments:

  1. kecur liur sis,semlm nampak org jual pucuk paku kat bawah rumah,esok kalau ada org jual lg boleh beli n buat mcm nie,sedapnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sluurrpp sis, lg2 kalu pedas..

      Delete
  2. uishh sedap nmpak gabungan pucuk paku ngan udang tu..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhmdlhhh sedap sis lg2 ada udang tu kan, kalu dgn ikn bilis pun sedap gak..

      Delete