Followers

Sunday, 8 July 2012

DAGING MASAK ROS

As-salam semuaa..
Daging masak ros, salah satu menu yang paling anak2 i gemar, tapi i sangat jarang memasak menu nih, lagi2 kalau ada en. suami dirumah, memang i tak masak, sebabnya en. suami tak boleh makan daging nanti sakit kepala 'migrane'..sebenarnya i pun tak boleh makan daging banyak sangat, akan sakit kepala juga..adooiii..tapi kami memang suka daging..resepi nih dari dulu lagi i dapat dari kakak i dan dia pulak dapat dari mak mertuanya..i pun tak tahu mana datangnya
ros' tu..nak kata tambah air rose takde pulak, bunga rose pun takde gak.."dah tu camno boleh dapek namo ros tu kiah ooiii..hehe", dah dah jom tengok..





Bahan2 perap..
1 kg daging - hiris kecil
3 ulas bawang putih*
1 inci halia* - *dicingcang
2 sdb cuka
2 sdb kicap manis
2 sdb kicap pekat
4 sdb gula merah

Bahan2 hiris..
2 biji bawang merah besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang

Bahan2 kisar..
3 biji bawang merah besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 batang serai
20 batang cili kering - rendam air panas - toskan
1 cawan air

Cara2nya..


1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 hiris sehingga naik bau.
2. Masukkan bahan2 kisar, gaulkan sebati, biarkan sehingga cili masak selama lebih kurang 15 minit.


3.Masukkan daging yang telah diperap, gaul rata, tutup periuk dengan penutup, biarkan selama 30 minit dengan api kecil.
4. Gaul lagi, kalau kering bule tambah air sedikit, tutup periuk dan biarkan daging empuk selama 10 minit lagi.
5. Tambahkan perasa dan garam dan siap dihidangkan.


2 comments:

  1. Sedap nyet. Serius nampak gambar pun dah menelan air liur

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah sedapp sis azie..masak 1 kg pun x cukup nih hehhe..

      Delete