Followers

Wednesday 24 December 2014

BUBUR JAGUNG

Assalamualaikum dan Selamat Petang..
Dalam keadaan cuaca yang mendung hari ini, membuatkan i lapar aje. 2 jam yang lepas baru makan tengah hari, ini pula dah selesai siapkan hidangan petang pula.

Bukan apa, jagung juga antara bahan yang ingin i jadikan menu tapi sering tidak berkesempatan. Pernah 2 kali sesudah dihiris halus jagung dan disimpan dalam peti, kononnya sementara..sekejap saja..akhirnya membusuk dan kembali juga ke cik tong..aduhhh..membazir jer kan..

Hari ini tak kira penat ke..letih kee..nak buat juga, mungin vitamin RAJIN dah meresap kot dari semalam kan hahahah..ok la sudah la bercelotehnya ya..jom terliur!



Bahan-bahan..
2 tongkol jagung - buang kulit dan bulu - potong dengan pisau*
3 cawan air*
3 sdb sagu* - *satukan dan rebus
1 cawan santan KARA
3 cawan air
6 sdb gula
1/2 sdk garam
1 helai daun pandan - disimpul

Cara-caranya..
1. Rebuskan jagung bersama air dan sagu dalam 15 minit.
2. Masukkan santan dan air, gaul sebati.
3. Masuk pula gula, garam dan daun pandan, kacau sehingga gula larut dan biarkan memdidih.
4. Apabila sudah mendidih, perlahankan api dan renehkan selama 10 minit. Kacau selalu.
5. Siap dihidangkan.


Tuesday 23 December 2014

KUIH SAGU @ BRONOK

Assalamualaikum..
Lama sungguh seru nak sampai untuk i buat kuih ini. Berkali-kali juga beli kelapa putih dan akhirnya kelapa sedekah ke cik tong. Kali ini kelapa pun hampir seminggu sudah i beli dan i gagahkan juga buat. Alhamdulillah dapat buat. Seumur hidup inilah pertama kali i buat.

Bila mencari-cari resepi nih, kita pelik..kenapa namanya Bronok..yang i tahu namanya Kuih Sagu jer. Bronok tu kan ulat gedik-gedik warna putih tu kan? Ooooo agaknya sebab kuih sagu nih lembik gededek sama macam bronok..itu sebab depa panggil bronok..ye ke? hahah ampunn kalau silap nooo..hehehhe..

Resepi i dapat dari rumah sis SUE ALEEN.., sebenarnya dah lama tengok resepi sis Sue nih..tapi asyik tertangguh aje kan..Makasih sisss..i kongsikan disini pula ya..





Bahan-bahan..
3 cawan air
2 sdk perasa sirap ROS
1 helai daun pandan - diikat
1 cawan sagu putih
3/4 cawan gula kastor
1/2 biji kelapa putih*
1 sdk garam* - *satukan - gaul - kukus sebentar

Cara-caranya..
1. Tuang air, perasa sirap ros dan daun pandan dalam periuk, masak sehingga mendidih.
2. Masukkan sagu putih dan gaul sebati.
3. Masuk pula gula dan gaul sehingga kental.
4. Buang daun pandan, tuang adunan dalam loyang bersaiz 7 inci atau loyang yang sesuai yang telah disapu sedikit minyak.
5. Kukus dalam pengukus telah telah dipanaskan terdahulu selama 20-30 minit atau sehingga sagu menjadi jernih.
6. Keluarkan dan sejukkan.
7. Kukus pula kelapa putih dan garam selama 5 minit.
8. Potong kuih bronok@sagu dengan pisau atau acuan yang telah dicelup air dan gaulkan dalam kelapa putih.
9. Siap dihidangkan.



Monday 22 December 2014

SALMON QUICHE WITH POTATO PASTRY

Assalamualaikum danSalam Sejahtera..
Semalam mencuba satu lagi resepi dari buku yang di beli di Big Bad Wolf. Setakat ini i telah mencuba resepi-resepi dari 2 buah buku. Memang sungguh bagus dan resepi-resepi semuanya menjadi.

Kali ini dengan Quiche pula dan kebetulan suami memang suka makanan-makanan begini. Juga merangkap buat hidangan untuk tetamu hari ini. Habiss youu depa makan! rugi kalau u all tak cuba tau..










Bahan-bahan pastry..
115 gm kentang - buang kulit - rebus - lenyekkan sehingga hancur - biarkan sejuk
1/2 biji telur
225 gm tepung gandum - ayakkan
115 gm mentega - suhu bilik
2 sdk air sejuk - JIKA PERLU

Cara-caranya..
1. Satukan kentang dengan telur dan gaul sebati. Ketepikan.
2. Satukan pula tepung gandum dan mentega dan gaul sehingga menjadi habuk roti.
3. Masukkan adunan kentang dan gaul supaya adunan sebati dan menjadi doh.
4. Masukka air sejuk JIKA PERLU. Jika doh kelihatan sedikit lembik TAK PERLU masukkan air sejuk.
5. Sediakan loyang 'tart springfoam' bersaiz 8 inci atau yang kalian rasa sesuai. Oles sedikit mentega pada dasar loyang. keluarkan dasar loyang dan gelek doh diatas dasar loyang sehingga melebihi dasar loyang tersebut.
6. Angkat doh yang sudah digelek masuk kedalam rangka loyang, kemudian ratakan pula doh sehingga ketepi-tepi loyang.
7. Sejukkan dalam peti sejuk selama 1 jam.

Bahan-bahan inti..
275 gm ikan salmon - potong kecil - cuci bersih
6 biji telur
150 gm susu segar
300 gm uht whipping cream
3 sdb dill segar*
2 sdb capers* - *cincang halus
1 sdk garam
1 sdk serbuk lada hitam
1 biji cili benggala - potong dadu
100 gm cheddar

Cara-caranya..
1. Dalam bekas besar, satukan telur, susu segar dan uht whipping cream dan pukul sehingga sebati dan rata.
2. Masukkan dill segar, capers, garam dan serbuk lada hitam, kacau lagi.
3. Masuk pula salmon dan cili benggala dan gaul sebati.
4. Keluarkan pastry dari peti sejuk, cucukkan pastry dengan garfu pada sekeliling dan dengan perlahan tuang adunan salmon ke dalam pastry.
5. Taburkan cheddar diatasnya.
6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 200C selama 40 minit atau sehingga masak.
7. Keluarkan dari oven dan sejukkan sebentar atas redai.
8. Potong dan hidangkan.




bagi yang tak mengenali dill segar..haa inilah dia..cari kat AEON ya..nampak aje yang berbulu-bulu haa tu la dia..


ini pula capers..i beli kat Mydin..AEON pun adooo..alaa kalau dill dan capers nih takde pun takpe ya..


Saturday 20 December 2014

BLUEBERRY BASIL SMOOTHIE

Assalamualaikum..
Wahh!! Segar sungguh smoothie nih dengan bau daun basil yang harum. I memang sukakan bau daun basil nih..iyaa ada juga yang tak suka dengan baunya kan..takpe..ikut selera masing-masing kan.

Kebetulan blueberry segar memang banyak di rumah dan juga baki yogurt yang kita buat kek-kek tempahan yang lepas, jadi kita gunakan bahan-bahan yang sedia ada. Basil pula i petik kat pasu, memang i tanam. Bila keluar pintu rumah mesti cium pokok basil tu..tadi siap pelok-pelok hahahha..sayanggg..

Ok..resepi pula i campak-campak mana yang patut..maka inilah kejadiannya.





Bahan-bahan..
1 cawan blueberry segar
1 genggam basil segar
1 cawan yogurt
3 cawan susu segar
5 sdb susu pekat
2 cawan ais

Cara-caranya..
1. Satukan kesemua bahan-bahan dalam pengisar dan kisar sehingga lumat.
2. Tuang dalam gelas dan hidangkan.





BASIC CHOCOLATE CAKE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Malam tadi baru saja pulang dari KL dan hari ini i terima tetamu merangkap sahabat paling rapat dari zaman i muda-muda lagi. Tambahan pula kami hampir 3 tahun tak berjumpa. Masing-masing sibuk dengan hal masing-masing. Memang rizki kami ketemu semula dan masing-masing banyak berubah.

Bila sahabat baik berjumpa i dengan senang hati memasak makanan kegemaran beliau. Ayam masak lemak dan chocolate cake menu kegemaran beliau. Itulah yang mampu i hidangkan bersama 3 menu yang lainnya.

Resepi ini pula i ambil dari buku yang i beli di Big Bad Wolf di MIECC Seri Kembangan tempoh hari. 




Bahan-bahan..
125 gm dark chocolate compound - potong halus - cairkan secara 'double boiler'
300 gm tepung gandum*
25 gm serbuk koko*
2 sdk serbuk soda*
1/2 sdk serbuk penaik* - *satukan dan ayak bersama
125 gm mentega
150 gm gula kastor
150 gm gula perang
4 biji telur
2 sdk perasa vanila
225 gm sour cream
175 gm air panas

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk pengadun, satukan mentega bersama gula kastor dan gula perang, pukul sehingga berkrim dalam 4 minit.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus dipukul.
3. Masuk pula perasa vanila dan coklat yang telah dicairkan tadi, pukul sebati.
4. Masukkan tepung bersama sour cream secara bergilir-gilir dan diakhiri dengan tepung. Gaul sehingga sebati dan rata.
5. Akhir seklai masukkan perlahan-lahan air panas dan gaul sebati lagi.
6. Panaskan oven bersama 'bundt pan', oles 'bundt pan' dengan mentega dan tuang adunan.
7. Bakar dengan suhu 180C selama 40 minit atau sehingga masak.
8. Sejukkan atas redai selama 5 minit kemudian keluarkan kek dari 'bundt pan'.
9. Jirus ganache keatas kek dan hidangkan.

Bahan-bahan ganache..
200 gm dark chocolate compound - sagat halus
100 gm uht whipping cream
1/2 sdb mentega

Cara-caranya..
1. Panaskan uht whipping cream dalam periuk kecil sehingga berbuih ditepi-tepi periuk.
2. Tutup api dan tuang dalam bekas berisi coklat yang disagat.
3. Gaul sebati sehingga coklat larut dan gaul bersama mentega.
4. Sedia digunakan.




resepi i ikut buku ini..
beli kat MIECC RM15.00 sahaja..

Wednesday 10 December 2014

STEAM BROWNIES LEMON CHEESE

Assalamualaikum..
Kek ini i buat minggu lepas untuk dibawa ke KL untuk anak bawa balik hostel dan beri pada mak. 

Bila pergi KL atau Selangor mestilah nak singgah kampung yer tak..tengok makk kitaaa..ghinduuu hehhe..sekarang dah balik JB dah. Insyaallah ada rizki balik lagi dan buat kek lagi untuk mak.

Resepi sama macam STEAM BROWNIES STRAWBERRY cuma yang ini i olahkan jadi lemon. 

Kisahnya hati nih dah membuak-buak nak pergi Indon hahahha..macam-macam barang tertinggal kat sana cuma masih tak berkesempatan nak terbang. Jadinya terindu-rinduan dengan Amanda Brownies..tu la i bikin ini lemon brownies hihihi..ok dahhh..tak boleh sembang lebih..sakit belakang dok kusi kayu nih..





Bahan-bahan brownies..
80 gm mentega - suhu bilik
50 gm coklat compound - potong kecil
130 gm gula kastor
5 biji telur
1 sdk coklat emulco
50 gm tepung superfine*
30 gm serbuk koko*
1 sdk serbuk penaik* - *satukan dan ayak

Bahan-bahan cheese..
50 gm gula kastor
30 gm ovallete
3 biji telur
50 gm tepung superfine*
30 gm tepung jagung* - *satukan dan ayak
200 gm cream cheese
3 sdb susu pekat manis
1 sdk lemon emulco
1 biji lemon - sagat kulit - ambil jusnya
1 sdk pewarna kuning
60 gm minyak jagung

Cara-cara brownies..
1. Satukan mentega dan coklat compound dalam bekas aluminium dan cairkan mengikut kaedah 'waterbath'. Biarkan sejuk.
2. Pukul telur dan gula sehingga kembang sekali ganda.
3. Masukkan adunan coklat yang telah sejuk bersama coklat emulco dan pukul lagi sehingga sebati.
4. Masuk pula adunan kering yang telah di ayak sedikit demi sedikit dan pukul dengan kelajuan paling perlahan sehingga rata.
5. Tuang dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dilapik kertas minyak dan telah dioles sedikit mentega.
6. Panaskan periuk kukusan sehingga berasap dan kukus brownies selama 30 minit.
7. Sementara itu sediakan adunan lapisan atas.
8. Dalam mangkuk pengadun, pukul gula kastor, ovallete dan telur sehingga naik sekali ganda.
9. Masukkan adunan tepung superfine dan tepung jagung dan gaul rata dan sebati. Ketepikan.
10. Dalam bekas lain, pukul cream cheese sehingga sedikit lembut.
11. Tambahkan susu pekat, lemon emulco, kulit lemon, jus lemon dan pewarna kuning, pukul sehingga sebati.
12. Tuang adunan nombor 9 kedalam adunan cheese dan pukul lagi bagi rata.
13. Akhir sekali tuang minyak jagung dan pukul dengan kelajuan paling perlahan sehingga adunan betul-betul rata dan sebati.
14. Keluarkan brownies dari pengukus, lorek-lorekkan brownies dengan garfu, ini supaya adunan cheese melekat dengan brownies dan tuang adunan cheese diatas brownies dan ratakan.
15. Kukus semula selama 40 minit atau sehingga masak.
16. Keluarkan dan sejukkan atas redai.


NANGKA MUDA MASAK LEMAK CILI API

Assalamualaikum..
Hari ini masih lagi dengan lauk pauk kampung bersama nangka muda pemberian mak tempoh hari. Ingat nak buat masak lemak pisang..sekali tengok pisang dah masak pula. Takpe..lain kali pula ya.

Nangka muda masak lemak cili api ini juga pertama kali i masak seumur hidup. Resepi i dapat dari rumah Encik Adnan Ibrahim. Terima kasih Encik. Saya kongsikan disini pula ya. 

Cuma i kurangkan sukatan setiap bahan..yang makan dirumah ini hanya 3 orang sahaja jadi tak boleh lah nak masak banyak-banyak kann..nanti membazir pula. Juga i tokok tambah..kurangkan lebihkan mengikut keperluan.




Bahan-bahan..
700 gm nangka muda - buang kulit - potong besar - cuci bersih - rebus sehingga empuk - toskan
5 ketul ikan kurau masin
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
20 biji cili api hijau*
10 biji cili api merah*
1 inci kunyit hidup*
1 inci halia*
1 inci belacan - dibakar* - *kisar halus
2 batang serai - diketuk
400 gm santan KARA
500 gm air
2 helai daun kunyit - disimpul
1 keping asam gelugor
2 sdk garam
1 sdk perasa
1 sdb gula

Cara-caranya..
1. Masukkan nangka ke dalam periuk bersama ikan masin, bahan-bahan kisar halus, serai, santan dan air. Kacau dan masak sehingga mendidih.
2. Masukkan daun kunyit, asam gelugor, garam, perasa dan gula. Gaul lagi dan renehkan dalam 10 minit atau sehingga nangka muda benar-benar empuk.
3. Siap dihidangkan.


Monday 8 December 2014

ASAM TUMIS BATANG KELADI

Assalamualaikum..

Pertama kali seumur hidup i mencuba memasak batang keladi. Ceritanya macam nih..

I balik kampung, biasalah kalau balik kampung mesti macam-macam dibawa pulang, lagi-lagi kalau kampung banyak tanan-tananam. Di kampung i ada pelbagai pokok yang mak tanam. I tengok nangka penuh atas pokok, besar-besar..buah markisa..buah mengkudu..pokok kari sampai boleh buat berteduh hahaha kann..kalau kat rumah i pokok kari nak tumbuh pun segan. Dengan pokok pisang laa..kelapa muda laa..keladi..batang kelo aduhhh..rasanya tak cukup la nak tulis hahaha..

Dalam banyak-banyak yang mak kasik..antara yang i bertolak-tolak tak mahu bawa adalah batang keladi!!!

Aduhhh..dah la tak pernah makan..apatah lagi memasaknya, jadi buat apa laa i nak bawa balik. I kata kat mak keladi tak mahu, mak kata bawa la balik..sedap nih..i jawab lagi "orang tak makan la makkkk" hahhaha..pastu kann psstt psstt suami pun sambung.."yerla mak, kitaorang tak makan nanti buang aja"

Ermmm dalam hati i macam kesian kat mak sebab kita orang tak nak bawa balik..yang suami pulak dah pandang-pandang i..aduhhhh..pastu mak kata lagi.."takpe la..kalau tak nak" sekali nkooo..mak kerat pendek-pendek campak masuk dalam bonet kahkahkahkah aduuhhh makk ooiii..suami pulak kata "bawa jugak" aduhh takpe la bangg..

Dann..
Kisahnya hari ini pagi-pagi i dah start gugel resepi..ingat nak buat asam rebus tapi ternampak asam tumis sis Azlita Aziz terus nak buat. Terima kasih sis, i kongsikan disini pula ya. Ok..i buat..sedap tak sedap i tak tahu.

Siap semua masak..i pun panggil big boss..

I : abangg nak makan..?
Bigboss : okey..

Dah siap isikan nasi kat pinggan..hidangkan air..ok makan..tapi kan bigboss tak makan tau batang keladi tu..kecik hati i huhuhu..so i tanya la..

I : abang..abang tak nak rasa batang keladi nih? Resepi ayang cari kat gugel aje (nada kecik hati campor sedih nkoo) hahaha..
Bigboss : oh! ok (sambil ambil batang keladi 1 aja dan kuah sikit.

I pun diammmm ajee..eermmm dalam hati mesti tak sedap..takpe laa..sekali nkoo bigboss kata..

Bigboss : Tambah lagi yangg..sedap laaa..

ooiiii cheq teruuihh kembangggg..i pun jawab..

I : Yeke abangg? meh meh ayang tambah lagi (sambil i sudukan batang keladi dalam pinggan suami)

Hahahah..puas hati kan bila suami kata sedap..dan kesinambungannya nasi bertambah dan kuah batang keladi habis nkoo hahahha..

sempat lagi i seloroh dengan bigboss.."tu la..mak suh bawak balik hari tu tak nak..siap tolak-tolak..kan tak cukup hehehhe"

Terima kasih makkk..saya sayang mak saya..elehh macam mak aku pandai bukak blog! hahahhaha..





Bahan-bahannya..
2 ikat batang keladi - kupas kulit - kerat sejengkal - rebus dengan asam gelugor hingga empuk - toskan
1 sdb asam jawa ADABI
1 sdk garam
3 sdk gula
1/2 sdk perasa
2 cawan air
1 kiub ikan bilis

3 tangkai daun kesom
1/2 cwn ikan bilis - cuci - toskan*
3 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar*
1 inci belacan*
5 sudu besar cili kisar*
1/2 inci kunyit hidup* - *satukan dan kisar lumat

Cara-caranya..
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau.
2. Masukkan asam jawa, garam, gula, perasa, kiub ikan bilis dan kacau sebati.

3. Masuk pula batang keladi yang direbus tadi.
4. Masukkan air, ikut kehendak kalau nak pekat atau cair. Kacau lagi dan biarkan mendidih.
5. Akhir sekali, masukkan daun kesum.

6. Siap dihidangkan.



Sunday 30 November 2014

STEAM BROWNIES STRAWBERRY CHEESE

Assalamualaikum..
Lama sungguh i tak buat kek ini..ada dalam 3 tahun. Hari ini tempahan untuk kek ini kembali lagi. Syukur Alhamdulillah terus menerus dengan rizki yang tidak putus.

Kebetulan tempahan dari customer, i buat lebih adunan buat keluarga. Bila makan, teringat akan Amanda Brownies dari Bandung yang popular tu. Bila la nak pergi lagi ya? Memang rancang nak pergi dalam masa terdekat. Kalau ada yang nak join sekali jom laa hehehe..call i hokey..

I kongsikan sekali lagi resepi di sini. Asal resepi ini i dapat dari rakan FB kalau tak silap saya dan terlupa namanya. Minta maaf ya sis, jika u terbaca, ribuan terima kasih dari i. 





Bahan-bahan brownies..
80 gm mentega - suhu bilik
50 gm coklat compound - potong kecil
130 gm gula kastor
5 biji telur
1 sdk coklat emulco
50 gm tepung superfine*
30 gm serbuk koko*
1 sdk serbuk penaik* - *satukan dan ayak

Bahan-bahan cheese..
50 gm gula kastor
30 gm ovallete
3 biji telur
50 gm tepung superfine*
30 gm tepung jagung* - *satukan dan ayak
200 gm cream cheese
3 sdb susu pekat manis
1 sdk strawberry emulco
60 gm minyak jagung

Cara-cara brownies..
1. Satukan mentega dan coklat compound dalam bekas aluminium dan cairkan mengikut kaedah 'waterbath'. Biarkan sejuk.
2. Pukul telur dan gula sehingga kembang sekali ganda.
3. Masukkan adunan coklat yang telah sejuk bersama coklat emulco dan pukul lagi sehingga sebati.
4. Masuk pula adunan kering yang telah di ayak sedikit demi sedikit dan pukul dengan kelajuan paling perlahan sehingga rata.
5. Tuang dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dilapik kertas minyak dan telah dioles sedikit mentega.
6. Panaskan periuk kukusan sehingga berasap dan kukus brownies selama 30 minit.
7. Sementara itu sediakan adunan lapisan atas.
8. Dalam mangkuk pengadun, pukul gula kastor, ovallete dan telur sehingga naik sekali ganda.
9. Masukkan adunan tepung superfine dan tepung jagung dan gaul rata dan sebati. Ketepikan.
10. Dalam bekas lain, pukul cream cheese sehingga sedikit lembut.
11. Tambahkan susu pekat dan strawberry emulco, pukul sehingga sebati.
12. Tuang adunan nombor 9 kedalam adunan cheese dan pukul lagi bagi rata.
13. Akhir seklai tuang minyak jagung dan pukul dengan kelajuan paling perlahan sehingga adunan betul-betul rata dan sebati.
14. Keluarkan brownies dari pengukus, lorek-lorekkan brownies dengan garfu, ini supaya adunan cheese melekat dengan brownies dan tuang adunan cheese diatas brownies dan ratakan.
15. Kukus semula selama 30 minit.
16. Keluarkan dan sejukkan atas redai.





Saturday 29 November 2014

AMIN..AMIN..AMINN..

Assalamualaikum..
Selesai sudah untuk kesemua tempahan buat minggu ini, Syukur yang tidak terhingga diatas pemberianNYA yang tak pernah putus. 

Terima kasih kepada semua yang mempercayai hasil dari Juicy Cafe, semoga kalian berpuas hati dengan hasilnya. Mohon maaf dari kami jika banyak kekurangan.

Kepada yang ingin mencuba boleh terus Whatsapp kami di talian 016-7614744.




cotton japanese cake..
pos ke Shah Alam.


marble rainbow dan chocolate cake..
pos ke Bandar Saujana Putra..


kek buah pos ke Kuala Lumpur..


roti sarang lebah COD ke Kulaijaya..


kek buah COD ke Singapore..


cake in jar..
salted caramel, red velvet & chocolate moist
COD ke Singapore


mini pavlova juga buat orang Singapore..


marble rainbow..buat orang JB..


brownies cheese untuk orang JB juga..


siap pack..

Terima kasih buat semua yang sudi menempah berulang kali. Mohon maaf jika ada kekurangan dari pihak kami Juicy Cafe.

Terima kasih semuaa..

Friday 28 November 2014

PAU SAMBAL @ BURGER MALAYSIA

Assalamualaikum..
Pau Sambal atau Burger Malaysia?
Ada yang panggil pau sambal dan ada yang panggil burger malaysia. Bagi i mana-mana pun ok kan. Sepatutnya Pau Sambal ini i bawa ke Kuala Lumpur bekalan untuk anak bujang disana tetapi meeting telah dibatalkan dan pemergian ke Kuala Lumpur juga i batalkan. 

Lebihan pau yang ada kita sedekahkanlah yaa. Itulah dia..kita mampu merancang dan Allah yang menentukan segala-galanya. Pasti ada hikamh disebaliknya.






Bahan-bahan..
200 gm air suam
500 gm tepung gandum
100 gm mentega
100 gm gula kastor
11 gm yis kering

1 biji telur
1 sdk bread improver
Timun secukupnya - hiris halus
Daun salad secukupnya

Sambal ikan bilis

Cara-caranya..
KAEDAH BREADMAKER
1. Dalam mangkuk breadmaker, tuang air suam diikuti bahan-bahan lain.
2. Tekan 'setting dough' selama 1 1/2 jam atau boleh juga setting dough masa 15 minit dan tunggu sehingga selesai.

3. Keluarkan doh, uli dan tumbuk-tumbukkan doh untuk membuang angin, ambil doh sebanyak 50 gram, uli menjadi bulat, susun atas loyang yang ditabur sedikit tepung dan biarkan doh naik sekali ganda lagi, buat sehingga selesai. Dapat 15 biji untuk 50 gram.
5. Panaskan minyak penuh dalam kuali, goreng pau dengan api sederhana sehingga kekuningan, angkat dan toskan.
6. Belah pau dengan pisau bergigi, jangan sampai putus, isikan hirisan timun bersama sambal dan salad.
7. Siap dihidangkan.

Bahan-bahan sambal tumis..
1 mangkuk ikan bilis halus - cuci - toskan - goreng
2 biji bawang merah besar*
2 ulas bawang putih*
1 cm halia* - *tumbuk lumat
30 tangkai cili kering - rendam air panas - toskan - kisar halus
5 sdb gula
1 sdk garam (tambah jika kurang)
1 sdk perasa
1 sdk asam jawa ADABI

1/2 cawan air

Cara-caranya..
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan tumbuk sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kering yang telah dikisar, kacau sehingga masak.
3. Tambahkan gula, garam, perasa dan asam jawa, gaul lagi biar sebati.
4. Tuang air dan terus kacau sehingga mendidih.

5. masukkan ikan bilis yang telah digoreng dan gaul lagi sehingga kering.