Followers

Thursday, 26 July 2012

ROTI SOSEJ

As-salam sahabat semua..
Ramadhan ke 6 telah kita lalui, InsyaAllah dapat kita teruskan sehingga Ramadhan 30..InsyaAllah ya..
Sahabat masak apa ya hari ini?? Hari ini en. suami tiada dirumah, jadi i harus menjalankan tanggungjawab keatas anak-anak, i cuma masak ikan tongkol kicap..sedap kee?? errmm tak tahuuu laa, harap-harap anak-anak suka..tapi 1 menu nih i rasa memang okey hehehe..anak-anak pun suka, resepi asal i cedok dari rumah MAT GEBU..dan i gandakan kuantitinya. I kongsikan disini pula ya cik mat..terima kasih..jom kita tengok yaa..




Bahan2..
8 keping roti GARDENIA
8 batang sosej RAMLY - direbus sebentar - toskan
3 biji putih telur
1 biji kuning telur
200 gm serbuk roti kuning

Cara2nya..


1. Potong kulit roti, gelekkan roti dengan pengelek sehingga nipis.




2. Letak sosej dan gulungkan, sapu kuning telur dihujung roti supaya roti melekat.






3. Golek-golekkan roti sosej dalam putih telur, kemudian golekkan pula kedalam serbuk roti, buat sekali lagi, golekkan kedalam putih telur dan akhir sekali golek sekali lagi kedalam serbuk roti, buat sehingga habis.


4. Panaskan minyak dengan api sederhana, goreng roti sosej sehingga menjadi keperangan.
5. Angkat dan toskan minyaknya.
6. Hidangkan bersama sos pilihan.


6 comments:

  1. bulan puasa ni sedap nampak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah sedap dibulan2 yg lain juga sis..

      Delete
  2. Slmt berpuasa Shu.
    roti sosej ni favorit anak2....buat mudah..sedap pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat berpuasa juga ya sis mamasya..
      iya la sis, anak2 mmg suka..mama pun suka nih hehe..

      Delete
  3. Anak-anak akak dah tentu suka klu buka dengan ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak, anak2 mmg suka, cepat jer abis..

      Delete