Followers

Monday, 2 July 2012

KEK LAPIS CAPUCCINO CHOCOLATE

As-salam sahabat2..
Sabarrrrrrrrrrrrrr..memangg kena sabar bila buat kek lapis nih, adoooiii..sesiapa yang tiada kesabaran yang tinggi, fikirkan untuk 'bermesra' dengan kek lapis nih, i dok mengeluhh dari petang tadi, buatnya senang tapi tempoh pembakaran yang tak tahan tu, i awal2 memang 'angkat tangan' tak nak jual kek lapis nih hehhe, memang i tabik springg laaa kat penjual2 kek lapis nih..kek lapis nih i bakar dari jam 5 petang sampai jam 10 malam huwaaaaaaaaa..lamanyerrrrr..mata ngantokkkk sudaaaa, antara banyak2 resepi blogger2..i pilih resepi dari sis zarin, terima kasih sis sudi berkongsi resepi, izinkan i berkongsi disini pula ya..jom tengok lagi..






i tak tahu la kek lapis nih jadi ke tidak, nih i dah tak sabar2 nak potong, 
coklat tak kering pun nak potong gak..
layan jerlaa..

Bahan2..
23 biji kuning telur
5 biji putih telur
220 gm gula castor
130 gm tepung hong kong - ayakkan
1 sdb ovalette
1 sdb esen vanilla

Bahan2 B..
430 gm butter golden churn @ SCS
100 gm susu pekat manis

Bahan C..
2 sdb cappucino emulco

Cara2nya..


1. Dalam mixer, pukul bahan2 A dengan kelajuan tinggi sehingga gebu dan ketepikan.


2. Dalam mangkuk lain, pukul bahan2 B sehingga gebu dan berkrim.


3. Satukan adunan A dan adunan B, pukul sehingga semua adunan sebati.
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, 1 bahagian lebih kurang 760 gram.
5. Tambahkan bahan C pada 1 bahagian dan biarkan 1 bahagian lagi dengan warna asal.
6. Griskan loyang saiz 8 x 8 inci, lapik kertas minyak dan gris sedikit lagi.


7. Tuang adunan asal sebanyak 100 gram @ 5sdb @ 3 sudip sup dalam loyang, ratakan dengan spatula.
8. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 175C selama 8 minit atau sehingga keperangan di tingkat tengah dengan api atas bawah.




9. Keluarkan dari oven, tekan2kan kek biar padat dan tuang pula adunan cappucino sebanyak 100 gram juga.
10. Bakar semula dengan suhu 160C selama 8 minit hanya api atas sahaja, untuk pembakaran kali kedua dan seterusnya, pastikan pintu oven terbuka sedikit.
11. Seterusnya adunan dibakar bergilir2 dengan warna asal dan cappucino.
12. Untuk lapisan yang terakhir, tutup loyang kek dengan 'aluminium foil', bakar dengan api atas selama 8 minit dan api atas bawah selama 15 minit.
13. Keluarkan kek, biarkan sejuk sebentar, kikis ditepi2 loyang dengan spatula dan keluarkan dari loyang, sejukkan atas redai.


14. Buat 'drizzle' coklat (resepi dibawah) keatas kek lapis.
15. Sejukkan kek sepenuhnya baru potong untuk hidangan.

Bahan2 coklat..
100 gm uht whipping cream
200 gm coklat compound - sagat halus

Cara2nya..
1. Panaskan whipping cream sehingga berbuih ditepi2 periuk.
2. Tuang kedalam bekas berisi coklat dan gaul sehingga coklat larut.
3. Biarkan dalam 8 minit, masukkan coklat dalam 'piping bag', buat lubang kecil, baru 'drizzle' keatas kek lapis.


10 comments:

  1. Kussss semangat memang tabik springg!!! setakat ni dah berbelas tahun tak buat kek lapis hehehhee... lecehnya mak aii memang jenuh nak menunggu tepi oven tu kan.... cayalah sedap tuuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh kuuussss kusss i jdnya sis, xtau la sedap ke tdk sis, tp mcm biasa jer heheh..adooiii..

      Delete
  2. Salam Shu. yummynya nengok kek lapis choc tu. kek lapis mmg kena org yg sabarkan nak membuatnya....selapis2 nunggu masak tu yg tak daya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt mamasya..
      betul sis, mesti nk kena dgn org sabar, kalu tdk lupekan aja la kan sis..

      Delete
  3. Pergh! memang org yg sabar aje boleh tahan buat kek ni kan... k.gee serender awai2...

    ReplyDelete
  4. salam sis,
    kek nie byk guna telur kuning ye, sedapnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis..a'aa sis mmg byk guna kuning telur..insyaallah sedapp..

      Delete