Followers

Tuesday, 24 July 2012

KOTAK BAGI KEK BERTINGKAT ATAU TINGGI..

As-salam semuaa..
Alhamdulillah..kita telah sama-sama menjalani Ramadhan hari yang keempat..semoga kita dapat meneruskan bersama bulan Ramadhan sehingga cukup sebulan, InsyaAllah..

Beberapa hari ini i tak memasak, semuanya en. suami yang memasak, alhamdulillah, suami sentiasa membantu dalam memasak, tapi i tak sempat nak ambil gambar..lagi pula kalau i ambil sekali pun i kena tunggu lama untuk mendapat resepi dari suami..hehehe, biasanya bila suami memasak, suami akan menutup pintu dapur kerana tidak mahu isi rumah berbau dan suami juga amat peka dengan jiran sekeliling, lagi-lagi kalau masak menggunakan belacan, katanya tidak mahu jiran terbersin dengan masakannya hehehe, tapi memang benar, suami tutup pintu pun i akan 'haaaaccummmm' di depan rumah hehehe..jadi bila suami dah tutup pintu, susahlah i nak skodeng kan hehe, apa-apa pun terima kasih kepada suami tercinta yang sentiasa memasak berbagai lauk pauk buat kami tidak kira pagi, petang atau malam tatkala suami dirumah. Terima kasih sayangg..

Okeyy..kali ini i ingin berkongsi bagaimana i 'packing' kek-kek bertingkat atau pun kek-kek yang tinggi, sebenarnya dari dulu ramai yang bertanyakan hal ini tapi i seringkali terlupa. Semalam masih ada lagi pertanyaan yang sama, semoga entry ini dapat membantu sahabat-sahabat i semuanya diluar sana ya, tips ini diajar oleh guru i semasa i 'attend' kelas beliau..terima kasih 'teacher'..

Jom kita lihat..


1. Sediakan 2 kotak..ikut saiz kek..


2. Tindihkan kotak pertama bersama kotak kedua..


3. Tekan kotak biar sehingga sama tinggi dan jadi seperti ini..


 4. Tarik penutup kotak keatas dan akan jadi seperti ini. Gunting kotak mana-mana yang terlebih dibahagian kiri atau kanan dan atas kotak bolehlah 'cellophane tap' kan.

SEKIAN

11 comments:

  1. wah....tq akk.... :) muaahh!!! muaaahhh! lah

    ReplyDelete
  2. hb QH pon rajin jugak mmasak..hehe...cmtu rupanya nk buh kek yg tinggi tu...tq idea yg kreatif tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooyeke, senang sikit kita kan sis qaseh hehe..
      kalu ade kek2 yg tinggi bule la guna cari nih..

      Delete
  3. terima kasih kak atas info ni..:)

    ReplyDelete
  4. terima kasih berkongsi ilmu ini walaupun ilmu yg diperolehi berbayar tp shu berkongsi percuma di sini... pasti balasan dariNYA lebih lagi kerana keikhlasan ini...

    sama mcm suami akak juga.. bila dia kerja shift mlm.. dialah yg memasak waktu petang.. syukur dpt suami yg bertimbang rasa & bantu membantu kan shu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 kasih sis madiha..
      xpe sis, sama2 kite berkongsi ya..

      syukur alhmdlh kan sis..senang kite hehhe, lagi pula kan sis i x berapa pandai sgt lauk pauk nih, kalu masak tu kan serba x kena aja..huhu..

      Delete
  5. terima kasih kerana akak sudi sharekan ilmu yg ada. rupa2nya, macam ni nak wat kotaknyeeee....punyalah cari kat kedai tak jumpa, last2, letak dlm kotak polisterin yg org bawak g mancing...hehehe... terima kasih lagi skali...Selamat Berpuasa kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh ok sama2 ya sis cmacomey..selamat berpuasa juga sis..

      Delete
  6. assalam akak, kotak tu nk cari kat mana

    ReplyDelete