Followers

Sunday 27 July 2014

TERIMA KASIH ALLAH..

Assalamualaikum..
Hari ini adalah hari terakhir hari berpuasa bagi Ramadhan 2014. Insyaallah jika Allah panjangkan umur kita ketemu lagi pada Ramadhan 2015. 

Ramadhan tahun ini Ramadhan yang kosong bagi i sebab tidak dapat mengumpul puasa serta melakukan ibadah banyak hari atas faktor kesihatan. Semoga tahun 2015 Allah beri umur yang panjang sehingga Ramadhan agar dapat menjalani ibadah semula seperti tahun-tahun lepas. 

Memang..
Rizki itu milik ALLAH. Itu sudah pasti dan segala-galanya adalah hak milik Allah kekal abadi. Hari ini telah selesai sudah semua tempahan Lapis Pelangi dan Indulgence Cake. Sebahagiannya telah dipos dan sebahagian lagi akan i bawa ke Kuala Lumpur sebentar lagi. 

Terima kasih kepada semua yang telah menempah. Mohon maaf jika ada yang terkurang dan mohon halalkan semuanya.

Di kesempatan ini juga diucapkan SALAM AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN buat seluruh umat Islam di muka bumi ALLAH.




Indulgence Cake..
Tempahan terakhir utk bulan Ramadhan..












Kek-kek dalam kotak ini semuanya adalah Lapis Pelangi..
Terima kasih kepada semua yang tempah. Mohon halal jika ada terkurang ya.
Terima kasih Allah.

KETAM MASAK LADA HITAM


Assalamualaikum..
Kalau tak silap menu ini menu pada hari Khamis lepas. Dek kerana kesibukan dengan tempahan yang tak seberapa nak banyak kikiki..sampai tak sempat nak update..kann..

Kisahnya..
Tempoh hari suami beli banyak lauk-lauk basah..kebetulan memang lama sangat tak makan ketam, yang terjual di pasar berhampiran rumah memang nampak tak segar dan ketam nih suami beli kat Pontian. Alhamdulillah segar la sikit dari pasar biasa tu. Kami sekeluarga memang gemar makan ketam lada hitam berbanding menu yang lain-lain dan bila tanya suami rasanya, Alhamdulillah mendapat pujian..kembang sebaldi kannnnn..hahhaha..


Bahan-bahan..
4 ekor ketam - bersihkan - cuci - toskan - goreng separuh masak
1 biji bawang merah besar*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia* - *tumbuk lumat
3 sdb lada hitam serbuk kasar
7 sdb sos lada hitam
1 cawan air panas
1 sdb kicap pekat
4 sdb kicap manis
1 biji bawang holland - potong bulat
Garam dan perasa
Daun bawang - hiasan

Cara-caranya..
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan tumbuk sehingga naik bau.
2. Masukkan lada hitam dan gaul sebati diikuti dengan sos lada hitam dan gaul lagi.
3. Tuang air panas, kicap pekat, kicap manis dan biarkan mendidih sebentar.
4. Masuk pula ketam yang digoreng separuh masak bersama bawang holland dan gaul sebati.
5. Tambahkan garam dan perasa dan biarkan mereneh dalam 3 minit.
6. Siap dihidangkan dan tabur sedikit daun bawang.



Tuesday 22 July 2014

KOLE KACANG

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..syukurrr..
Pertama kali seumur hidup tercapai cita-cita nak buat Kuih Kole Kacang nih. Sebenarnya i memang tak suka kuih nih tau. Kalau jumpa kuih nih memang i mencebik tak mahu hahahha..

Tapikannn..
Sejak puasa nih hati berkobar-kobar pula nak buat. Padahal tak suka. Dok terfikir juga siapa la yang nak menghabiskannya dan Alhamdulillah ada rizki buat Ustazah i yang datang. Jadi kami kongsi-kongsi la kan..

Resepinya pula i dapat dari rumah SIS AYU..macam biasa laaa..sis makasih yahh! Enak banget sihh kuehnya!!..dan gue kongsikan resepnya disini pula yah..makaseh hihihi..(kalau baca jangan senyum meleret tau!) hihihi..

Memanggg..seriuss sedap tau..kenapa ya dulu i tak suka?? keliru oh! keliru..






Bahan-bahan..
400 gm santan KARA**
1/4 sdk garam** - ** untuk tahi minyak
300 gm tepung kacang hijau - sangai sebentar
750 gm air masak
600 gm santan KARA
1/2 sdk garam
300 gm gula merah*
100 gm air masak* - *satukan - didihkan sehingga gula larut - tapis

Cara-caranya..
1. Dalam kuali kecil, masak santan bersama garam dengan api kecil sehingga bertukar warna menjadi coklat dan berbintil-bintil sehingga mengeluarkan minyak. Sentiasa di kacau agar tidak melekat. Tapiskan minyak dan tahi minyak. Minyak jangan dibuang dan ketepikan sebentar.
2. Dalam pan atau kuali besar, satukan tepung kacang hijau, air masak, santan, garam dan adunan gula merah yang telah larut. Gaul bagi rata dan sebati.
3. Nyalakan api sederhana perlahan dan masak sehingga adunan menjadi likat dan pekat lebih kurang dalam 15-20 minit.
4. Sediakan loyang bersaiz 10 x 10 inci, lapikkan plastik dan tuang adunan dalam loyang serta ratakan.
5. Sapu nipis minyak dari tahi minyak diatas kole kacang dan taburkan tahi minyak diatas kole.
6. Biarkan kole sejuk dalam 2-3 jam barulah dipotong.




memang enakk!!


i guna tepung kacang hijau jenama ini..ada yang kata jenama Babas lebih sedap tapi malangnya i tak jumpa..takpe lain kali kita guna Babas pula ya..

Monday 21 July 2014

NASI DAGANG GULAI IKAN TONGKOL

Assalamualaikum..
Buat pertama kalinya i cuba memasak Nasi Dagang. Setelah i merisik merata blog-blog, rupanya ada pelbagai cara dan pelbagai campuran bahan-bahan dalam gulai.

Pening juga dibuatnya sebab tak tahu nak pilih yang mana satu. Bila lihat gambar-gambar Gulai Tongkol dari sahabat dalam blog mereka, semuanya nampak sedap..terliur i hihihi..

Akhirnya i jadikan BLOG INI sebagai rujukan. Dalam pada itu i menokok tambah pelbagai bahan dalam gulai mengikut kehendak dan citarasa i. Terima kasih sis atas perkongsian tersebut.

Kepada yang 'terer' masak Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol ini, jangan marah ya jika ada perbezaan hihi..peace..






Bahan-bahan nasi..
500 gm beras nasi dagang*
200 gm beras pulut* - *satukan - rendam semalaman - cuci bersih - toskan
400 gm santan cair
2 biji bawang merah besar**
2 ulas bawang putih**
2 inci halia** - **hiris halus
1 sdb halba
1 sdk garam
2 sdb gula kasar
400 gm santan pekat
Daun pisang - sebagai lapik loyang

Cara-cara nasi..


1. Sediakan loyang bersaiz 10 inci, lapik dengan daun pisang, tuangkan beras dan ratakan pada seluruh loyang.

2. Masukkan dalam periuk kukusan yang telah dipanaskan terdahulu, kukus selama 20 minit.
3. Keluarkan loyang kukusan, tuang santan cair, gaul rata dan kukus semula selama 20 minit.
4. Dalam periuk kecil, satukan bahan-bahan yang dihiris halus bersama halba, garam, gula kasar dan santan pekat, masak sehingga gula larut sahaja. Angkat dan ketepikan.
5. Keluarkan loyang kukusan, tuang pula adunan santan yang dimasak, gaul rata pada keseluruhan nasi dagang dan kukus semula selama 20 minit lagi.
6. Angkat dan hidangkan.

Bahan-bahan ikan..
2 ekor ikan tongkol - potong kepada beberapa keping - cuci bersih
1.5 liter air
5 keping asam gelugor
1 sdk garam
1 sdk cuka

Cara-caranya..
1. Satukan semua bahan-bahan ikan, air mesti melebihi paras ikan dan rebus sehingga air rebusan berbaki suku daripada asal.
2. Toskan ikan dan ketepikan. Air rebusan JANGAN dibuang, akan digunakan di dalam gulai.

Bahan-bahan gulai..
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
7 sdb cili kisar
4 biji bawang merah besar*
5 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
1 inci kunyit hidup* - *kisar lumat
6 sdb rempah nasi dagang - gaul dengan air menjadi pes
2 sdk serbuk ketumbar
1 sdk serbuk jintan manis
1 sdk halba
Baki air rebusan ikan
200 gm santan KARA
200 gm air
2 keping asam gelugor
3 sdb gula merah
1 1/2 sdk garam
1/2 sdk perasa
3 sdk gula kasar
7 biji cili api hijau
7 biji cili api merah

Cara-caranya..
1. Dalam periuk sederhana besar, panaskan minyak dan tumis 4 sekawan.
2. Masukkan cili kering kisar dan gaul sehingga cili masak.
3. Tambah pula bahan-bahan yang dikisar lumat, biarkan sehingga naik baunya.
4. Masuk pula pes rempah nasi dagang, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan halba, masak sehingga naik minyak sedikit. Sentiasa kacau supaya tidak melekat. Tambah juga sedikit air jika terlalu kering.
5. Tuang baki air rebusan ikan, santan dan air, renehkan sehingga mendidih.
6. Tambahkan asam gelugor, gula merah, garam, perasa dan gula kasar, renehkan lagi. Tambah perasa jika kurang.
7. Masukkan ikan yang telah direbus dan renehkan lagi dengan api kecil selama 10 minit.
8. Tambah cili api hijau dan merah dan renehkan lagi dalam 5-10 minit.
9. Siap dihidangkan.

Bahan-bahan acar..
1 batang lobak merah*
1 batang timun jepun* - *buang kulit - cuci bersih - sagat memanjang
1 biji bawang merah besar**
5 biji cili api hijau**
5 biji cili api merah** - **hiris halus
Separuh biji nenas - potong dadu
3 sdk gula kasar
1/4 sdk garam
2 sdb cuka

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk besar, satukan semua bahan-bahan acar dan gaul rata.
2. Perapkan dalam peti sejuk dalam 10 minit.


beras nasi dagang yang i gunakan..


rempah cap rose takde..i guna rempah gulai ini..

Saturday 5 July 2014

PUDING SOYA BUAH BUAHAN

Assalamualaikum..
Manisan untuk hari ini adalah resepi dimana hampir 5 tahun i tidak membuatnya. Anak-anak memang suka, lagi-lagi jika dimakan sejuk-sejuk. Dulu masa i tinggal di USJ setiap bulan i akan membuat untuk anak-anak. Sebenarnya yang menulis nih pun suka gak hihihi. 

Sejak berpindah ke Johor, memang tak pernah buat. Memang langsung terlupa. Bila teringat kita pun belilah bahan-bahan..sekali tengok-tengok soya pula habisss..

Kebetulan semalam di AEON ada promosi air kotak soya. Beli 1 kotak RM2.50 tapi kalau beli 4 kotak, keempat-empat kotak soya berharga RM5.99..hhaiiizzz murahh kan..terus teringat lagi..i beritahu Awin, kalau tak buat jugak tak tahulah kannn..






Bahan-bahan..
1 liter air soya kotak
20 gm agar-agar tali - potong kecil
100 gm gula kastor
1 sdk perasa vanila
1 helai daun pandan
1 sdk tepung arrow root @ tepung jagung - gaul dengan sedikit air
1 pek strawberri - belah empat
3 biji kiwi - potong dadu
1 tin laici - belah dua
1/2 tin peach - potong dadu
Daun pudina - hiasan

Cara-caranya..


1. Sediakan bekas 'casserol' atau loyang yang sesuai.
2. Susun dan ratakan buah-buahan campuran dalam bekas. Ketepikan sebentar.

3. Dalam periuk besar satukan air soya, agar-agar, gula, vanilla dan daun pandan, gaul sehingga sebati dan agar-agar larut. Jika mahu rendam agar-agar terdahulu juga boleh.
4. Masukkan bancuhan tepung arrow root @ tepung jagung dan kacau sebati, biarkan mendidih sebentar dan tutup api.


5. Tapiskan adunan dan tuang dalam bekas berisi buah-buahan tadi. Tabur daun pudina.




6. Biarkan sejuk diluar kemudian barulah disejukkan didalam peti sejuk. Hidangkan.



Friday 4 July 2014

KUIH BAKAR KEMBOJA

Assalamualaikum..
Di awal pagi i dah memulakan juadah untuk malam nanti. Kuih Bakar Kemboja..sebenarnya i tak suka makan, tapi lama-lama bila tengok, nampak cantik pula dan hati membuak-buak nak buat.

Pagi-pagi terus i mencari acuan pecah 8. Sebenarnya dulu i selalu beli sebab anak bujang i suka sangat-sangat. Jadinya selepas ini tak perlu beli lagi sebab mama dah pandai buattt cewahhhh hihihi..

Resepi pula i dapat dari rumah DAMAI QALBU. Terima kasih sis berkongsi resepi dan i panjangkan disini pula ya..sukatannya pula i tukarkan kepada gram dan suhu serta masa i tambahkan mengikut kesesuaian oven i.




Bahan-bahan..
250 gm jus pandan - 6 helai daun pandan + 250 gm air - kisar halus - tapiskan
200 gm gula kastor
3 biji telur
450 gm santan KARA
1 sdk perasa pandan
1/2 sdk garam
2 sdb mentega - cairkan
270 gm tepung gandum - ayakkan
Bijan - untuk ditabur

Cara-caranya..
1. Panaskan oven dengan suhu 200C. Panaskan sekali acuan pecah 8.
2. Dalam mangkuk besar satukan kesemua bahan-bahan dan pukul sehingga adunan tidak berbintil. Jika masih berbintil, masukkan dalam pengisar dan kisar sehingga larut.




3. Keluarkan acuan, oleskan dengan mentega atau 'spray cooking', tapis adunan dan terus tuang sehingga penuh kedalam acuan pecah 8. 1 adunan memerlukan 4 biji acuan.


4. Tabur bijan pada adunan.

5. Bakar selama 50 minit atau sehingga garing diatasnya.