Followers

Tuesday 10 July 2012

RED VELVET CHEESE NUTELLA IN JAR

As-salam..
Kebetulan hari ini memang ada tempahan 'red velvet'..dan kebetulan juga teringat sahabat anak gadis (awin), cerita pasal 'red velvet', katanya tak pernah makan..olololo cian dia..so i buat lebih adunan untuk bagi rasa pada sahabat awin, insyaallah esok dia dapatlah makan..resepi 'red velvet' sama jugak dengan resepi2 yang lepas cuma ada tambahan lain pada 'frosting'..






Bahan2..
85 gm butter
220 gm gula castor
2 biji telur
25 gm serbuk koko*
1 sdb serbuk nescafe* - *satukan dan ayak
50 gm pewarna merah
240 gm buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sdb cuka epal + 1 sdb jus lemon - perapkan 20 minit
1 sdk esen vanilla
270 gm tepung gandum*
1 sdk baking powder* - *satukan dan ayak
1 sdb cuka epal
1 sdk baking soda

Cara2nya..
1. Dalam mixer, pukul butter dan gula sehingga sebati tambahkan telur dan terus pukul hingga berkrim.
2. Dalam bekas kesil, satukan serbuk koko, nescafe dan perwarna merah, gaul sehingga menjadi pes dan tuang dalam adunan butter tadi, pukul lagi sehingga sebati.
3. Tuang buttermilk dan esen vanilla dan pukul sebati.
4. Masukkan adunan tepung sedikit dan kaup balikkan, jika berketul, guna mixer dengan kelajuan paling rendah selama beberapa saat.
5. Satukan cuka epal dan baking soda sehingga menggeluarkan bunyi 'ppssstttt', gaul rata dan terus tuang dalam adunan dan gaul adunan biar sebati.
6. Masukkan adunan dalam 'piping bag' dan 'pipe'kan ke dalam jar yang telah disediakan sebanyak 50 gram.


7. Bakar secara 'waterbath' didalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 40 minit atau sehingga masak. Pastikan air adalah air panas.

8. Sejukkan kek atas redai.
9. 'Pipe'kan adunan cheese diikuti dengan nutella diatas kek.

Bahan2 cheese..
300 gm non-dairy whipping cream
250 gm cream cheese
100 gm butter
100 gm gula aising - ayakkan
Nutella - secukupnya

Cara2nya..
1. Dalam bekas mixer, pukul whipping cream dengan kelajuan paling tinggi sehingga bertanduk.
2. Dalam bekas lain, pukul cream cheese, butter dan gula aising sehingga sebati.
3. Tuang adunan cheese ke dalam adunan whipping cream dan gaul semua adunan sebati.
4. Masukkan dalam piping bag dan siap digunakan.


ALHAMDULILLAH rizki untuk hari ini..aminnn..

34 comments:

  1. As salam. Kat mana beli jar tu. teringin juga nak mencubanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis azie..
      i beli dekat johor nih..cuba la, cari jar dulu ya..

      Delete
  2. salam sis,
    klu buat kek in a jar mmg kena letak air panas dlm loyang yg hendak di bakar tu ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis..betul sis, biar sama panas dgn oven..sama jugak kalu kita bakar kek dgn kaedah waterbath, mesti air panas juga kita gunakan yaa..atau pun sblm buat kek sis bule panaskan oven bersama air..kek dh siap bancuh bule masukkn aja yaa..

      Delete
  3. Assallamualaikum sis..

    Ala sis...Mengoda2 jer dgn kek2 dia...huhuuuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis..
      heheh..tirguda ya sis..hehe..

      Delete
  4. kreatifnye akk...mmg dah jatuh cinta dgn red velvet kek tp blom berkesempatan nak buat lagi...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang jer nih sis norzilah..masuk aje dlm jar bakar heheh..cuba la yaa..

      Delete
  5. Salam.jar tu mmg khas utk dibakar yer? or any jar will do?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis..
      apa2 jar pun bule ya janji i bakar dgn kaedah waterbath..

      Delete
  6. as salam sis..
    nutella 2 yg choc nutella kat pasaraya ke?

    ReplyDelete
  7. SALAM SIS
    SAYA PERNAH JUMPE W/CREAM TU KAT KEDAI DALAM KEADAAN BEKU.SEBELUM BUAT CREAM CHEESE NI W/CREAM PERLU DALAM SUHU BILIK KE?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis..
      betul, non dairy berada dlm sejukbeku, tunggu separa cair sis bule terus pukul sehingga bertanduk ya..

      Delete
  8. salam akak..
    kalau jar tu di gantikan dgn bekas yg lbih kurg mcm bekas air slrppee yg kat 7e tu boleh x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt ayu..
      x bule ygg..yg bekas 7 11 tu plastik kan?? kang hangus plastik tu hehehe..

      Delete
  9. salam sis .. nak tny kalu bakar kek in jar , jar tue xpecah ke ? yela kan kaca tkot panas dia pecah . hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis..
      hihi..insyaallah x pecah ya sis..

      Delete
  10. Salam kak, time bakar tu oven set upper and lower ke upper sahaja? :)

    ReplyDelete
  11. Salam sis mmang mngiurkn klu nk jual brapa rm ni sis.tq

    ReplyDelete
  12. wslm wbt sis..
    Boleh jual dlm RM7/jar ya sis..

    ReplyDelete
  13. nutella secukupnye ?? x fahamla sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nutella secukupnya = ikut u nk letak berapa byk..nk pukul dlm adunan bule..nk letak atas fristing pun bule..

      Delete
  14. sis, ape beza cream cheese tarok whipping cream dengan cream cheese x tar0k whipping cream

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kurang rasa cheese dan lebih rasa cheese..

      Delete
  15. Boleh kukus tak sis?

    ReplyDelete
  16. sis klu bkar guna dlm tpware plstik tu gna kaedah water bath gak ye..xcair ke plastik tu hihihi

    ReplyDelete
  17. sis, kalau kukus, jar tu boleh letak biasa je ke cemane?

    ReplyDelete