Followers

Saturday 21 July 2012

LAKSA JOHOR

As-salam semua sahabat-sahabat..
Hari ini hari pertama kita berbuka puasa bagi bulan Ramadhan. Alhamdulillah kami sekeluarga dapat menjalani ibadah puasa dengan kesihatan yang baik, syukur alhamdulillah, terima kasih Ya Allah memberi kami kesempatan sepenuhnya pada hari ini. AMIN..



Menu berbuka hari ini bersama laksa johor yang telah 2 minggu i idamkan, alhamdulillah dapat juga i membuat dan merasa walaupun waktu pembikinan laksa johor ini jam telah menunjukkan pukul 6 petang, siap sebelum berbuka..aminn..


Anak-anak pula tidak begitu gemar dengan laksa johor tapi i telah menyediakan lauk pauk permintaan anak-anak iaitu ayam masak merah tapi i tidak kongsikan disini sebab i tidak berapa nak cerdik dalam bidang masak lauk pauk nih hehehe, kebiasaannya Encik Suami yang memasak, baik tengahari atau malam atau bila-bila sahaja anak-anak dan isterinya ini mahu makan, terima kasih suamiku.


Resepi nih asal dari CHEF WAN, i pernah buat dulu DISINI. Sejak i menggunakan resepi chef wan ini dan selepas itu i x pernah tukar resepi yang lain, ini kerana bagi i dan suami sudah cukup sempurna dengan segala campuran-campurannya. Tak percaya?? cuba sendiri yaa..jom tengok..cuma hari ini i buat sedikit dan i kurangkan bahan2nya..

Bahan2 kisar..
2 biji bawang merah besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
3 batang serai
20 tangkai cili kering - rendam air panas - toskan
2 sdk udang kering - rendam air panas - toskan
1 sdb belacan
50 gm ikan masin
1 cawan air

Bahan2 A..
4 sdb serbuk kari ayam - gaul bersama 150 ml air
2 ekor ikan kembong - saiz besar*
4 ekor ikan sardin*
1 keping ikan parang* - *cuci bersih semua ikan - rebus bersama 1500 ml air - ambil isi - kisar halus
300 gm udang basah - buang kulit - cuci bersih - rebus bersama 500 ml air - kisar halus
500 ml santan
1 sdb asam jawa 'ADABI'
Segenggam daun kesom*
Segenggam daun pudina* - *dicincang halus
Garam, gula dan perasa
2 sdb kerisik

Bahan2 B..
1 bungkus speghetti - rebus sehingga masak
1 biji timun jepun - hiris memanjang
1 mangkuk taugeh
10 batang kacang panjang - hiris halus
5 biji limau kasturi - belah dua

Bahan2 sambal..
3 biji cili merah besar*
3 biji cili api* - *tumbuk lumat
1 sdk gula
1 sdk jus lemon

Cara2nya..
1. Panaskan minyak dalam periuk besar, tumiskan bahan2 kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan pes kari, biar sehingga kari masak.
3. Tuang air rebusan ikan, air rebusan udang, santan dan asam jawa, biarkan mendidih selama 15 minit.
4. Tambahkan daun pudina, daun kesom, garam, gula dan perasa, gaul sebati dan biarkan mendidih lagi 10 minit.
5. Akhir sekali masukkan kerisik dan renehkan selama 30 minit sambil dikacau selalu.
6. Hidangkan speghetti didalam mangkuk bersama timun, taugeh, kacang panjang, limau kasturi dan sambal cili, tuangkan kuah dan hidangkan.


6 comments:

  1. saya suka sgt2 laksa johor....setiap hari raya ini menu wajib saya semenjak 4 tahun dulu...hihihi, penangan makn di rumah bos dulu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sis khairiah, penangan laksa johor nih susah nak dilupakan hehe, giannn kan hehhe..

      Delete
  2. sedapnya laksa johor....sis, lagi2 bln puasa nie..mcm2 nak makan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. adooii sis..mmg sedapp..i siap buat frozen lagi heheh..

      Delete
  3. Assallamualaikum sis.

    selmat meneruskan ibadat puasa ye sis..
    I like laksa johor. suka letak cilinya lebih2..biar menyengat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis..
      insyaallah sis dgn izinNya..
      3 hari berturut2 makan laksa johor nih, peminat tegar, siap buat frozen lg utk kuahnya hehe..

      Delete