Followers

Wednesday 4 July 2012

CHOCOLATE OREO CAKE

As-salam sahabat semuaa..
Hari ini bermulalah perkhidmatan TA-Q-BIN bersama JUICY CAFE & CAKES, penghantaran sejukbeku bagi kawasan2 yang ditetapkan. Untuk permulaan perkhidmatan dihantar ke BATU CAVES, SELANGOR dan KLANG, SELANGOR. Petugas hari ini EN. AZMAN yang peramah dan mesra alam..hehhe..kek yang dihantar ialah 'chocolate oreo cake', resepi pemberian sahabat baik dan i tambahkan oreo ke dalam adunan. Berbalik kepada cerita TA-Q-BIN, kepada sahabat2 yang tinggal di kawasan JOHOR, PULAU PINANG, LEMBAH KLANG (SELANGOR & KUALA LUMPUR) & SEHINGGA SUNGAI PETANI, KEDAH, bolehlah menempah kek2 yang tersenarai, jom jom tengok lagi..


chocolate oreo cake with oreo buttercream (resepi dibawah yaa..)




'chocolate oreo cake dengan 'plain buttercream' dan krim bunga (resepi dibawah)


kedua2 kek ini adalah sama, hanya hiasan berbeza..

Bahan2..
2 biji telur
300 gm gula castor
200 gm susu cair IDEAL
200 gm tepung gandum*
50 gm serbuk koko*
1 sdk baking powder*
1 sdk baking soda* - *satukan dan ayak
160 gm minyak jagung@masak
180 gm air panas
120 gm oreo 'crushed'

Cara2nya..
1. Dalam mixer, pukul telur dan gula sehingga bertukar warna krim.
2. Tuang susu cair dan pukul lagi sehingga gebu.
3. Masukkan bahan2 yang di ayak, kaupbalikkan dengan menggunakan spatula, jika berketul2 gunakan mixer dengan kelajuan perlahan selama beberapa saat.
4. Tuang minyak, pukul lagi beberapa saat dengan kelajuan perlahan juga.
5. Tuang air panas dan terus pukul beberapa saat juga.
6. Akhir skali, masukkan oreo 'crushed' dan gaul sebati.
7. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, tuang dalam 2 loyang bersaiz 8 atau 9 inci yang telah digris dan dilapik kertas minyak.
8. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170C selama 50 minit.
9. Keluarkan dan sejukkan atas redai.
10. Hias ikut kreativiti masing2.

Bahan2 buttercream..
350 gm krimwell
150 gm shortening
200 gm susu pekat manis
1 sdb strawberry emulco tanpa pewarna

Cara2nya..
1. Dalam mixer, pukul krimwell, shortening, susu pekat manis dan strawberry emulco selama 8 minit.
2. Boleh tambah pewarna.

Bahan2 krim bunga..
200 gm shortening
250 gm gula aising - ayakkan

Cara2nya..
1. Dengan menggunakan senduk kayu, gaul shortening dan gula aising cukup sekadar sebati sahaja.
2. Boleh tambah perasa atau pewarna.

Bahan2 oreo buttercream..
350 gm krimwell
150 gm shortening
200 gm susu pekat manis
50 gm oreo 'crushed' - kisar halus

Cara2nya..
1. Dalam mixer, pukul krimwell, shortening, susu pekat manis selama 8 minit.
2. Tambahkan oreo 'crushed' dan gaul sebati.


haaa..nih la en. azman petugas TA-Q-BIN hari ini, senyummm jer yaaa..hehe..


amboiiii senyumm jer dia kan..
kepada sahabat2 yang ingin menggunakan perkhidmatan TA-Q-BIN
bolehlah telefon TA-Q-BIN terus yaa..
klik untuk HARGA PENGHANTARAN..


i kasik azman nih 'cake in jar', dia kata apa tau..
"akak..akak kasik kite jem ya"
kehkehkeh..
i jawab..
"bukan la mann, nih kek dalam balang, takkan akak nak kasik jem pulak hehehe"..
man tanya lagi..
"bule makan macam tu aje ke?? pakai sudu nih??"
i jawab lagi..
"heheheh yerla mann, cer terai" hehehe.. 

20 comments:

  1. Semestinya sedap2 semuanya kek itu sebab dibuat oleh sis yang pakar bab kek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih belajar lg sis rahel, belum pakar lg huhu, malu i tau..

      Delete
  2. hehehe....mesti syok si man dpt kek free..in jar lagik..kekekek

    sedapnya kak kek..saya ni malas betul nak buat kek sendiri...hari tu dah kempunan sgt..last2 beli je yg slice2 tu tapi macam2 jenis..hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka man tu q, time2 tu gak dia mkn kikiki..

      insyaallah sedap q, xpe nti sampai masa rajin buat la kan..

      Delete
    2. Sis, nie resepi utk 2 cake ke ?

      Delete
    3. utk 1 kek aje sis rena..

      Delete
  3. Sis yg krimweel tu nak cr kt mana?maklum saya da buat resepi keknya,ok..tp my hubby da cr x jumpa plak..hu..hu

    ReplyDelete
    Replies
    1. krimwell ade dijual dikedai bhn bakery..seperti mentega tp berwarna putih..nama lain krimlite..

      Delete
  4. Ader cr laen buat bc klu bahan krimwell x jumpe..bagi tips..sis

    ReplyDelete
  5. Sis nak tanya g yang creamwell majerin yg sis guna warna putih seakan shortening..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah sis akhirnya jumpa gak yg kreamwell tu resipi da ikut memang sedap..tq sis resepinyaa..o ya sis masa bakar kena bagi 2 adunan ka?saya bakar 1adunan tapi masa sy nak potong susah..kena ikut yg sis buat 2 adunan..tq sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur dh jumpe ya sis..ok lain kali nk senang bakar 2 loyang ya..

      Delete
  7. Salam sis tq er infonya..ingin bertanya..kalau saya selalu guna resepi oreo buttercream utk krimnya..agak2 klu simpan dlm peti ais tu berapa lama ya..klu bw jln jauh..x cair jgk ka...sis..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis..krim oreo tu bule tahan dlm 1 minggu dlm keadaan segar ya sis..

      Delete
  8. Slm tq sis infonya..

    ReplyDelete