Followers

Wednesday, 25 January 2012

SHEPHERD'S PIE

As-salam semuaaa..hari ini i betol2 senang, tiada tempahan, tengahari tadi pun i masak yang sungguh simple..sambal cili api ikan bilis dan telur dadar dan ikan goreng..dahhh..kemudian i terus goyang kaki sampai jam 3 tadi, memang terasa relek laa..tapi dalam2 relek tu tangan i x bule nak dok diam arrr..ade aje bende yang nak di buat..cek2 peti sejuk bahan2 banyak so i buat la shepherd's pie nih..menu nih pun dalam list jugak nih, sekarang baru sampai seruu nak membuatnya..resepi asalnya i ambil di SINI ..tapi macam biasa la ajaa aje yang i buat terkurang laa tertambah laa..memandai2 aje kan hehehe..


1st time buat..anak2 suka..suami pun suka..alhamdulillah..


menu untuk petang nih..


bestt kee???


sedappp jugakk..

Bahan2..
5 biji kentang - buang kulit - potong kecil - rebus lembut bersama secubit garam
30 gm butter
80 ml susu segar
1 sdb butter - cairkan
4 sdb minyak zaitun
1 labu bawang holland - potong dadu
1 batang lobak merah - potong dadu
400 gm daging cincang
2 sdb tepung gandum
2 cawan air panas
1 kiub lembu
1 helai daun bay kering
1 sdb worcestershire sos
1 sdb tomato puri
1 sdk serbuk lada hitam

Cara2nya..
1. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang holland sehingga naik bau, masukkan lobak merah dan gaul sehingga separuh masak.
2. Masukkan daging cincang, biarkan daging masak sehingga bertukar warna.
3. Tambahkan tepung gandum, air panas, kiub lembu, daun bay, worcestershire sos, tomato puri dan serbuk lada hitam, gaulkan biar semua bahan sebati, biarkan mereneh dengan api kecil sehingga kering.
4. Apabila kentang sudah empuk, toskan, lenyekkan kentang bersama butter sehingga kentang hancur.
5. Masukkan adunan kentang dalam periuk, gunakan api kecil dan gaul lagi sambil masukkan susu segar.
6. Gaul sehingga kentang sebati dengan susu. Padam api dan angkat.
7. Sudukan inti dalam bekas remekins atau bekas casserol atau bekas yang sesuai, isikan inti separuh penuh, kemudian tutup inti dengan kentang lecek tadi.
8. Sapukan butter cair di atas kentang.
9. Bakar dalam oven yang telah di panaskan dengan suhu 200C selama 30 minit atau sehingga keperang2an. Hidangkan.


cara2 no. 1..


no. 2..


no. 3..


no. 4..


no. 5..


no. 7..


no. 9..

4 comments:

  1. Salam Ary..nampak sedap sangat shepherds pie tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis rahel..urrmmm mmg sedap la sis, 1st time buat..

      Delete
  2. Replies
    1. sis Paty..btol sis..mmg sedap kan..

      Delete