Followers

Tuesday, 24 January 2012

CHOCOREO CUPCAKES

As-salammm semuaa..ehem ehem cupcakes ape nihhh..chocoreo tu ape?? alaaa mesti u all dapat agak kan..hehehhe..haaa pandai punn chocolate oreoooo..saja jer i pendekkan ayat tu, nampak la lain sikit kan kan kan..resepi asal i amek kat SINI, tapi i ada buat beberapa tambahan, xpe kan heheh..suke derhaka kat resepi tau..nasib baik jadik kalu x naya gak tadi sebab buat untuk orang punya tempahan sekali..alhamdulillahhhh..

sedap gak cupcakes nih, untuk jiran cina belakang rumah i..happy new year..


bekas tetingkat nih kan 1st time i guna tau..belinya 12 tahun lepasss..lamenyaaa..


cream tu pun ade oreo tau frenn..


anak2 memang sukaa..


jom buattt..


jom tengok resepi kat bawah nih..

Bahan2..
170 gm butter
200 gm gula perang
4 biji telur
2 sdk esen vanilla
320 gm tepung gandum*
100 gm serbuk koko*
1 1/2 sdk baking powder*
1/2 sdk baking soda* - *satukan dan ayak
1 1/2 cawan buttermilk - (1 1/2 cawan susu segar + 3 sdb jus lemon - biarkan 20 minit)
200 gm biskut oreo hancur

Cara2nya..
1. Pukul butter dan gula perang sehingga berkrim.
2. Tambahkan telur sedikit2 bersama esen vanilla dan pukul lagi sehingga sebati.
3. Masukkan adunan tepung yang di ayak bergilir2 dengan buttermilk di akhiri dengan tepung, gaul rata dengan menggunakan spatula.
4. Tambahkan biskut oreo dan gaul rata.
5. Tuang adunan dalam papercup yang sesuai, buat sehingga selesai.
6. Bakar dalam oven yang telah di panaskan dengan suhu 180C selama 30 minit.
7. Keluarkan dan sejukkan atas redai.
8. Hiaskan cupcakes dengan krim oreo, resepi di bawah.

Bahan2 krim oreo..
300 gm krimwell
100 gm shortening
150 gm gula aising - ayakkan
100 gm biskut oreo hancur - kisarkan lagi

Cara2nya..
1. Pukul krimwell dan shortening sehingga sebati.
2. Tambahkan gula aising sedikit2.
3. Akhir sekali tambahkan biskut oreo.


biskut oreo nih la yang i gunakan untuk pacakkan atas cupcakes..biskut nih my sis harfa abdul karim kasik..tqvvvvmmm sis..i miz uu laaa..


yang nih pulak biskut oreo yang i gunakan dalam adunan kek dan krim oreo, biskut oreo nih dah siap2 hancur dah..senang kannn..

5 comments:

  1. As salam..maaf bertanya..mana nak dpt oreo crush tu..dah lama cari tp x jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis Zarinaziz..
      i dpt dekat kedai bakery dekat2 kulai nih sis..tempat lain x pasti ada atau tdk..

      Delete

  2. *1 1/2 cawan buttermilk - (1 1/2 cawan susu segar + 3 sdb jus lemon - biarkan 20 minit)*
    yg dlm kurungan tu ataupun ke ? and jus lemon tu mmg wajib letak ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. resepi buttermilk adalah dlm kurungan..

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete