Followers

Friday 27 January 2012

FRUIT PASTRY CAKE

As-salamm semuaa..
Hari ini anak bongsu i happy sangat2 sebab ramai kawan2 adik datang rumah, mana x nya kawan2 i datang bawak anak masing2..yang puan LILIWATI KASDI bawak seorang anak..puan NORMA AZWA bawak 4 orang anak dan puan IEDA HIJAU bawak 2 orang anak..waaahhhh rumah i tadi kalu u all tengaok dah macam taskaaa dah..nampak sangat adik happy..kitaorang nih saja2 laa berkumpul sebelum cuti sekolah bukak kann..nanti sekolah dah bukak dah xde masa nak berkumpul..masa tu semua dah sibuk dengan sekolah anak2..so hidangan yang i hidangkan buat sahabat2 yang datang..antara menunya ialah 'fruit pastry cake'..dah lama resepi nih i 'print' tapi x berkesempatan nak buat..fikir punya fikir haaaaa buat pun pagi tadi untuk hidangan sahabat2ku..


bule tahan sedap kek nih..i kasik 4/5 bintang..


i guna rasberry n nectarine..nak cepat punya pasal lupe nak sapu piping jelly kasik kilat huhuhu..


memang gebuuu isinyaa.., resepi asal klik SINI yaa..tapi tadi i xde sour cream so i buat buttermilk..terima kasih pada blog berkenaan sudi share resepi nih..tq sis..

Bahan2..
100 gm butter
150 castor sugar
50 gm buttermilk
3 biji telur
1 sdk esen vanilla
1 sdk jus lemon
210 gm tepung gandum*
1 sdk baking powder* - *satukan dan ayak
3 biji nectarine
10 biji rasberry
1 sdb gula aising - hiasan

Cara2nya..
1. Pukul butter, gula dan buttermilk sehingga berkrim.
2. Tambahkan telur dan pukul lagi sehingga sebati sambil tambahkan esen vanilla dan jus lemon.
3. Masukkan adunan tepung sedikit2 dan kaupbalik adunan biar rata.
4. Tuang adunan dalam loyang 8 inci yang telah di gris dengan butter, lapik kertas minyak dan sapu butter sedikit lagi.
5. Susun buah nectarine dan rasberry mengikut kreativiti masing2, jangan tekan cuma letak saja.
6. Bakar dalam oven yang telah di panaskan dengan suhu 180C selama 45 minit.
7. Tutup loyang dengan aliminium foil kemudian bakar lagi 15 minit, ini supaya buah di atas kek tidak terlebih gelap.
8. Keluarkan dan sejukkan atas redai, biarkan sejuk, ayakkan gula aising sebagai hiasan. Hidangkan.
9. Anda juga bule gunakan buah2 segar atau buah2 dalam tin, kalu dalam tin sila toskan airnya.


loyang 8 inci dah sesuai sangat2..ini cara2 no. 7..


i susun macam ni aje hehehe..ok la yaa..no.5..


no. 7..tutup macam ni aje..


memangg gebuu sis..

5 comments:

  1. Sedapnyaa... 5 bintang dah tu, apa pulak 4.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yerla sis..i x terer lg sis huhuhu..tu yg kasik 4 aja..

      Delete
  2. as-salam Shu
    wahh npk sedap FRUIT PASTRY CAKE tu shu..pandailah Shu ni buat macam2 kek Shu buat...ada lagi tak kek tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt bro ady..alhmdlh kek nih bule tahan sedap n gebu..masih ade lg kalu nk..singgah la umah..

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete