Followers

Saturday, 28 January 2012

AYAM MASAK KICAP

As-salam semuaa..
Semalam i x sempat nak updated menu nih, lepas tetamu semua balik i updated 1 menu..pagi2 sebelum i mensibukkan diri baik i updated dulu..resepi nih memang i selalu buat dari dulu lagi..


Bahan2..
1 ekor ayam - potong sederhana - cuci bersih - goreng separuh masak
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
1 biji bawang merah besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 cm lengkuas* - *tumbuk lumat
1 sdb cili kering kisar
1 1/2 cawan air panas
2 sdb kicap pekat
5 sdb kicap manis
1 sdb kicap masin
1 sdb sos worcestershire
2 keping asam gelugor
3 sdb sos cili
1 genggam daun ketumbar - hiasan

Cara2nya..
1. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan2 kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
2. Tumis pula bahan2 tumbuk dan masak sehingga naik bau.
3. Tambahkan cili kering kisar dan biar cili masak baru tuangkan air panas, biar mendidih.
4. Masukkan kicap pekat, kicap manis, kicap masin, sos worcestershire, ayam goreng dan asam gelugor, gaul rata baru tuangkan cili sos, biar mereneh sehingga sedikit kering.
5. Siap dihidangkan dan tabur daun ketumbar.

2 comments:

  1. Salam Sis...memang sedap klu ayam masak kicap..menu kesukaan family..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis..mmg sedapppp x ingat sis, kalu tgh makan org lalu blkg pun i x perasan hehehe..

      Delete