As-salam sahabat-sahabat semua..
Terdahulu Juicy Cafe & Cakes mengucapkan Salam Aidiladha buat seluruh umat Islam di dunia, semoga semua pengorbanan kita diberkati dan mendapat keredhaan dariNya. Amin.Waktu sekarang sudah tentu kalian sibuk dengan keluarga dirumah sambil menyediakan juadah-juadah yang enak-enak belaka disampai keluarga tercinta. Syukur Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bersama yang tersayang. Begitu juga dengan i yang sibuk memgemas serta memasak sejak jam 5 pagi tadi, apa-apa pun memang puas hati segala keperluan untuk keluarga tersayang disediakan sendiri.
memang gebu kek nih uuu..
Okke..
Jom kita lihat resepi dibawah, pertama kali membuatnya atas permintaan Sree yang inginkan Pecan Butter Cake ini, Alhamdulillah berjaya membuatnya tanpa percubaan, syukur sangat-sangat.
Resepi i ambil dari rumah BAKING DAIRY dan i gandakan sukatan bahan-bahan menjadi satu adunan, terima kasih kepada tuan punya blog kerana sudi berkongsi resepi.
Bahan-bahan..
250 gm butter - suhu bilik
150 gm gula kastor
4 kuning telur
1 sdk esen vanilla
200 gm tepung gandum*
1 sdk baking powder* - *satukan dan ayak
30 gm coklat chip
150 gm kacang pecan - cincang kasar - bakar
4 putih telur
25 biji kacang pecan - hiasan
Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk mixer, pukul butter dan separuh gula kastor sehingga gebu dan berkrim dengan kelajuan sederhana.
2. Tambahkan kuning telur sedikit-sedikit bersama esen vanilla sambil dipukul terus.
3. Masukkan adunan tepung dan gaul sebati dengan menggunakan spatula atau dengan kelajuan paling rendah jika menggunakan mixer.
4. Tambah pula kacang pecan bakar dan coklat chip, gaul sebati. Ketepikan.
5. Dalam mangkuk lain, pukul putih telur sehingga berbuih dan masukkan baki gula kastor tadi dan pukul dengan kelajuan paling tinggi sehingga adunan menjadi kental atau bertanduk.
6. Masukkan adunan putih telur sedikit-sedikit kedalam adunan kek dan gaul sehingga kedua-dua adunan sebati dan rata.
7. Tuang adunan kek dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah digris dan lapik kertas minyak dan gris sekali lagi.
8. Susun kacang pecan diatas adunan kek ikut kreativiti masing-masing.
10. Keluarkan dari oven, kikis tepi loyang dan terbalikkan kek keatas redai dan biarkan sejuk.
11. Siap dipotong dan dihidangkan.