Followers

Friday, 21 August 2015

KERUTUK DAGING

Assalamualaikum..
Pertama kali mencuba resepi KERUTUK DAGING setelah mendapat rempah kerutuk pemberian dari sahabat FB Aizsha Saibon. Diam-diam aja dia dok pos eyyhh..memang disuruh masak la kan..kebetulan daging pun ada dalam stok maka jadi sangatlah. Terima kasih yayunkk iii..semoga u dilimpahi rizki berganda..

Aizsha ada kasik i resepi tapi i tak boleh nak agak jika tiada sukatan. Makanya i jumpa resepi yang mudah di blog Puan Hanieliza. Terima kasih sis berkongsi resepi, i kongsikan disini pula ya.





KERUTUK DAGING

Bahan-bahan..
1 kg daging - potong tebal - cuci - toskan
1 batang kulit kayu manis
3 sdb rempah kerutup - jadikan pes
2 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
2 sdk + 1/2 cawan air asam jawa ADABI
2 sdb gula merah
2 sdk garam
2 sdb kerisik

Bahan-bahan kisar..
10 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
20 tangkai cili kering - hiris - rendam dalam air panas @ 10 sdb cili kisar
6 biji cili api merah

Cara-caranya..
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis kulit kayu manis.
2. Satukan pes kerutuk bersama bahan-bahan kisar, sebatikan dan tumis bersama kulit kayu manis sehingga naik minyak.
3. Masukkan daging dan gaul rata selama 5 minit.
4. Tuang santan pekat, santan cair, air asam jawa, gula merah dan garam, gaul sebati dan renehkan dengan api sederhana sehingga separuh kering.
5. Masukkan kerisik dan reneh lagi sehingga kering atau mengikut kesukaan anda. Setelah kerisik dimasukkan , pastikan kerutuk sentiasa dikacau.
5. Siap dan hidangkan bersama nasi pilihan.

Sunday, 9 August 2015

TELUR MASIN

Assalamualaikum..
Semoga semua sahabat sihat walafiat hendaknya ya. Tanggal 23hb yang lepas berkesempatan mencuba membuat sendiri telur masin selepas melihat rakan FB kita sis NekIbu Shida buat semasa Ramadhan yang lepas. Masa Ramadhan pula tak tahu dimana telur itik ada terjual di Kulaijaya nih.

Kebetulan semasa Lebaran tempoh hari balik ke kampung mertua dan ternampak pula signboard orang menjual telur itik, jadi dapatlah membeli. Sekurang-kurangnya dapatlah juga kita mencuba buat sendiri telur itik nih kan..suami pun memang suka telur masin nih..





TELUR MASIN

Bahan-bahan..
20 biji telur itik - cuci bersih - keringkan
500 gm garam kasar
1500 gm air

Cara-caranya..
1. Masukkan telur itik yang telah dicuci bersih dalam balang kaca atau bekas yang sesuai.
2. Masak garam dan air sehingga garam larut. Biarkan semalaman.
3. Tapis dan tuang air garam dalam balang/bekas yang berisi telur itik sehingga penuh.
4. Tutup balang/bekas dan tulis tarikh.
5. Buka selepas 2 atau 3 minggu dan boleh direbus.