As-salam sahabat semuanya..
Antara menu berbuka untuk semalam 4hb Ogos 2012 masih ada hidangan ala barat..kali ini kerana membuat speghetti untuk adik, abang dan kakak adik kata cukup la setakat speghetti sahaja tapi i buat tambahan hidangan quiche untuk kami sekeluarga, suami dah masak sambal ikan dan sayur goreng, jadi anak-anak boleh memilih lauk kegemaran masing-masing.
Resepi quiche ini idea asal adalah dari CHEF ALEX GOH dalam resepi bertajuk "QUICHE LORRAINE" yang dimuatkan dalam buku resepi beliau yang bertajuk "IRRESISTIBLE PASTRY".
Dalam resepi tersebut inti asalnya adalah menggunakan daging tapi i telah menukar dengan menggunakan ikan salmon dan udang, dalam masa yang sama untuk menghabiskan segala stok-stok yang ada dalam simpanan, jangan membazirrrr uuu..
maaf ya terlebih bakar hehe..
Bahan2 pastry..
250 gm tepung gandum - ayakkan
150 gm butter
Secubit garam
70 gm air
Cara2nya..
1. Satukan tepung gandum dan butter dalam mangkuk, gaul atau pukul guna mixer sehingga menjadi serbuk roti.
2. Tambahkan air sedikit-sedikit dan uli sehingga menjadi doh.
3. Bungkuskan doh dengan plastik, simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
4. Keluarkan doh dan canai diantara dua keping plastik setebal 3mm.
5. Lapik pastry ke dalam loyang springfoam pizza yang telah digris bersaiz 9 inci dan tusukkan dengan garfu pada keseluruhan pastry.
6. Sejukkan pastry dalam peti sejuk selama 20 minit.
7. Keluarkan pastry, alas keseluruhan pastry dengan kertas aluminium dan isikan dengan kacang hijau, ini supaya pastry tidak menggelembung.
8. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 190C selama 20 minit.
9. Keluarkan pastry, buang kertas aluminium dan kacang hijau, bakar lagi selama 8 minit.
10. Keluarkan dan sejukkan sebentar.
Bahan2 inti..
3 sdb minyak zaitun
160 gm bawang holland - hiris halus
60 gm ikan salmon - potong kecil - buang tulang - cuci - toskan
60 gm udang segar - potong kecil - cuci - toskan
100 gm keju mozarella @ parmesan - diparut
3 biji telur
200 gm susu segar
150 gm uht whipping cream
20 gm tepung gandum
1/2 sdk garam halus
1/2 sdk lada sulah
1/2 sdk serbuk kulit kayu manis
Cara2nya..
1. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang holland sehingga naik bau dan keperangan, tutup api dan sejukkan sebentar.
2. Letak dan ratakan bawang dalam kulit pastry yang telah disediakan.
3. Taburkan ikan salmon, udang dan mozarella sehingga rata pada keseluruhan pastry.
4. Dalam mangkuk, pukul telur, susu segar, uht whipping cream, tepung gandum, garam, lada sulah dan kulit kayu manis, tapiskan dan tuang kedalam kulit pastry.
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 190C selama 35 minit atau sehingga masak.
6. Siap dihidangkan.
boleh tahan sedapnya..