Demam kan..demam apa? Alaa demam brownies kedut-kedut..sana sini nak buat brownies kedut-kedut nih. Sebelum-sebelum nih memang biasa kita buat brownies kan tapi tak la demam macam brownies kedut nih..resepi pun lebih kurang sama juga. Apa yang membuatkannya KEDUT? Siapa boleh jawab sila komen ya..
Baiklah..teruskan celoteh pagi ini. Semnalam bila masuk jer gambar brownies nih kat FB ramai yang minta resepi..rata-rata ramai yang dah tak tahan nak buat hehehe..ada yg inbox..bagi komen nak buat malam nih jugak hahaha..sweet la korang..dah buat brownies nih lagi sweet kan hehehe..
Tapi semalam bukan tak nak update..cuma masa tak mengizinkan..macam hal semalam..kemudian faham-faham la kan..nak masuk gambar lagi..nak pok pek pok pek dengan korang lagi..mana dan masa yang ciput..yer dak yer dak..hihi..
Apa-pa pun i ucapkan jutaan terima kasih pada sahabat Instagram Sis Cik Cek kita yang telah menerai n error resepi ini dan dikongsikan pula oleh sis Ayu kita yang comel tuuu..dan diintai pula oleh iiii hehehhe..itulah kisahnya. Terima kasih buat kalian berdua. Semoga kalain terus menerus dimurahkan rizki..diberi keberkahan didunia dan akhirat. Aminn..
Resepi ini i buat 2 adunan dan i telah jadikan sepenuhnya dalam sukatan gram. Kalau mengikut resepi yang dikongsikan oleh Sis Cik Cek kita melalaui Sis Ayu mereka menggunakan sukatan gram dan cawan. Jadinya untuk lebih mudah bagi i dimasa akan datang i lebih suka dengan sukatan gram. Kepada yang ingin mencuba silakan ya. I telah mendapat keizinan dari pihak mereka berdua melalui sis Ayu. Jom kita tengok..
CHOCOLATE BROWNIES 'KEDUT'
400 gm coklat kompound - potong kasar
150 gm mentega
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur
1 sdk perasa vanila
100 gm tepung naik sendiri*
30 gm serbuk koko* - *satukan dan ayak
Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk stainless steel, satukan coklat kompound dan mentega. Cairkan adunan dengan kaedah 'double boiler'. Tutup api dan angkat.
2. Dalam mangkuk lain, satukan pula gula perang, gula kastor, telur dan perasa vanila, gaul sebati.
3. Tuang dalam mangkuk adunan coklat dan gaul sehingga kesemua adunan rata dan sebati.
4. Masuk sedikit demi sedikit adunan tepung dan gaul rata.
5. Sediakan loyang bersaiz 10 x 10 inci, lapik kertas minyak dengan melebihkan sehingga paras ketinggian loyang. Ini supaya senang untuk ditarik keluar dari loyang dan oles sedikit mentega.
6. Tuang dalam loyang dan ratakan.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 160C selama 30 minit atau mengikut kesesuaian oven masing-masing.
8. Tutup suis oven, biarkan brownies dalam oven dengan pintu terbuka selama lebih kurang 15 minit.
9. Keluarkan dan potong mengikut pilihan anda.
Nota :-
- Jika mahu buat separuh adunan gunakan loyang bersaiz 8 x 8 inci.
- Boleh juga guna tepung gandum cuma tambahkan 1/2 sdk serbuk penaik.
- Gunakan mentega dan coklat kompound yang bermutu tinggi untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap.
- Boleh juga ditambah kekacang 100 gm jika suka.