Friday, 26 October 2012

PECAN BUTTER CAKE

As-salam sahabat-sahabat semua..
Terdahulu Juicy Cafe & Cakes mengucapkan Salam Aidiladha buat seluruh umat Islam di dunia, semoga semua pengorbanan kita diberkati dan mendapat keredhaan dariNya. Amin.


Waktu sekarang sudah tentu kalian sibuk dengan keluarga dirumah sambil menyediakan juadah-juadah yang enak-enak belaka disampai keluarga tercinta. Syukur Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bersama yang tersayang. Begitu juga dengan i yang sibuk memgemas serta memasak sejak jam 5 pagi tadi, apa-apa pun memang puas hati segala keperluan untuk keluarga tersayang disediakan sendiri.


memang gebu kek nih uuu..

Okke..
Jom kita lihat resepi dibawah, pertama kali membuatnya atas permintaan Sree yang inginkan Pecan Butter Cake ini, Alhamdulillah berjaya membuatnya tanpa percubaan, syukur sangat-sangat.


Resepi i ambil dari rumah BAKING DAIRY dan i gandakan sukatan bahan-bahan menjadi satu adunan, terima kasih kepada tuan punya blog kerana sudi berkongsi resepi.

Bahan-bahan..
250 gm butter - suhu bilik
150 gm gula kastor
4 kuning telur
1 sdk esen vanilla
200 gm tepung gandum*
1 sdk baking powder* - *satukan dan ayak
30 gm coklat chip
150 gm kacang pecan - cincang kasar - bakar
4 putih telur
25 biji kacang pecan - hiasan

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk mixer, pukul butter dan separuh gula kastor sehingga gebu dan berkrim dengan kelajuan sederhana.
2. Tambahkan kuning telur sedikit-sedikit bersama esen vanilla sambil dipukul terus.
3. Masukkan adunan tepung dan gaul sebati dengan menggunakan spatula atau dengan kelajuan paling rendah jika menggunakan mixer.
4. Tambah pula kacang pecan bakar dan coklat chip, gaul sebati. Ketepikan.
5. Dalam mangkuk lain, pukul putih telur sehingga berbuih dan masukkan baki gula kastor tadi dan pukul dengan kelajuan paling tinggi sehingga adunan menjadi kental atau bertanduk.
6. Masukkan adunan putih telur sedikit-sedikit kedalam adunan kek dan gaul sehingga kedua-dua adunan sebati dan rata.





7. Tuang adunan kek dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah digris dan lapik kertas minyak dan gris sekali lagi.
8. Susun kacang pecan diatas adunan kek ikut kreativiti masing-masing.

9. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170C selama 40 minit atau sehingga masak.


10. Keluarkan dari oven, kikis tepi loyang dan terbalikkan kek keatas redai dan biarkan sejuk.


11. Siap dipotong dan dihidangkan.

Saturday, 20 October 2012

RED VELVET BUTTERCREAM WITH FRUITS

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA SEMUA SAHABATKU..

Tempahan hari kelmarin yang dipenuhi dengan buah-buahan memukau pandangan mataku..mata i tau..mata u i tak tahu hihihi..
Terima kasih kepada Azmira, mohon maaf jika ada yang terkurang.








hari ini i tayang gambar saja ye..cit cat cit cat tak banyak sebab banyak kerije hehe..
Dahhhhhhhh..

Tuesday, 16 October 2012

PANDAN SPONGE CAKE

As-salam semuaa..
Pandan sponge cake buat my ustazah tempoh hari, resepi yang amat senang dengan menggunakan tepung optima, kali ini ada ada buat penambahan dalam tepungnya dari 250 gram i jadikan ke 300 gram.

Mohon maaf kepada yang inginkan resepi ini, memang i sibuk sedikit..sedikit aja tak banyak pun hehe, nih pun tak tahu dah nak borak apa, badan tak berapa nak segar, insyaallah dah segar nanti i celoteh panjang-panjang ehh..
Silakanlah jamu apa yang boleh dijamu..daaaaahhhhhh..


Bahan2..
300 gm tepung optima
4 biji telur A
80 gm susu segar*
4 helai daun pandan* - *satukan - kisar halus - tapiskan
1 sdk pewarna hijau
1 sdk perasa pandan
80 gm minyak jagung

Cara2nya..
1. Dalam mixer, pukul tepung optima dan telur dengan kelajuan paling tinggi selama 8 minit.
2. Tuang adunan susu yang dikisar bersama daun pandan, pewarna dan perasa selama 2 minit.
3. Tuang minyak jagung, pukul dengan kelajuan paling perlahan selama 8 saat atau cukup minyak sebati sahaja, jangan lebih.
4. Lenserkan loyang bersaiz 8 inci dan lapik kertas minyak (tepi loyang tak perlu dilenserkan), tuang adunan dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 35 minit atau sehingga masak.
5. Keluarkan kek, kikis ditepi loyang dan terbalikkan kek diatas redai, sejukkan.
6. Potong kek kepada 3 bahagian dan hiaslah mengikut kreativiti masing-masing.


Bahan2 buttercream..
350 krimwell
150 gm shortening
230 gm gula aising - ayakkan
2 sdb susu pekat
1 sdk perasa pandan
2 sdk pewarna hijau

Cara2nya..
1. Pukul krimwell, shortening dan gula aising selama 8 minit dengan kelajuan paling tinggi.
2. Tambahkan susu pekat, perasa pandan dan pewarna hijau, pukul lagi selama 3 minit.
3. Siap untuk digunakan.


dahh siapp..simple decoration..


amaciammm cute x??


i beli kat sini..KIJANG MAS..
makasih buat sis MELLY OCTAVIANA memberi alamat toko bahan kueh ini..


dalam meja kaca tu penuhh dengan 'mende alah' happy birthday tu..


creamless marble & walnut carrot ordered by sree..tqvvvm sis..

Thursday, 11 October 2012

DURIAN MILLE CREPE

AS-SALAM semuaaaa..

Jeng jeng jengggg..haaaa keluar pun akhirnya, i tengok sekarang ini, 'durian crepe' fofular sungguh lahhh..dah ramai yang membuatnya..tidak ketinggalan i juga turut serta membuatnya. 

Dengan menggunakan resepi yang sama dengan CHOCOLATE MILLE CREPE yang pernah i buat dulu, cuma i ubahkan dengan kesesuaian mengikut perasa. Pada i, resepi ini memang bertepatan.

Hari ini i telah membuat dua jenis, satu dalam sebiji kek dan satu lagi dengan balutan seperti ketayap. Kedua-duanya adalah dalam resepi yang sama, cuma berbeza pada gaya. Sahabat-sahabat boleh mencuba mengikut kehendak masing-masing ya. Tepuk dada tanya selera, tiada unsur-unsur paksaan okke. Jom kita tengok.


kepada yang hantu durian pasti suka kedua-dua menu ini..


ini jer yang sempat i 'snap' yang lain semua dah masuk molot hihihi..




dahhh bedahhh..


caaakkkkkkkkkkk..


dah siappp..sila laaa makan..

Bahan2..
500 gm susu segar
6 sdb F&N aiskrim soda
4 sdb gula kastor
4 biji telur
1 sdk esen durian
60 gm butter - cairkan
1 sdk pewarna kuning
270 gm tepung gandum - ayakkan

Cara2nya..
1. Dalam mangkuk, satukan semua bahan2 kecuali tepung gandum, pukul sehingga adunan sebati dan gula larut.


2. Masukkan tepung dan pukul sehingga tepung sebati, nak guna 'blender' juga boleh.

3. Tapiskan adunan dan biarkan adunan berehat selama 30 - 40 minit.


4. Panaskan kuali kalis melekat, sapu minyak sedikit, letak 'ring cake' bersaiz 7 inci dan tuang 1 senduk sederhana ke dalam 'ring cake' tersebut, ratakan. Tidak perlu diterbalikkan. Angkat sesudah masak. Masak sehingga adunan habis.

5. Teruskan dengan pilihan anda, sama ada untuk sebijik kek atau seperti ketayap.
6. Sapu adunan durian cheese (resepi dibawah) pada setiap lapisan 'crepe' (jika untuk sebiji kek). Begitu juga dengan lapisan yang lain diakhiri dengan sapuan durian cheese pada keseluruhan 'crepe'.
7. Sejukkan 'durian mille crepe' sehingga adunan keras baru dihias mengikut kreativiti masing-masing.
8. Letakkan sesudu durian cheese di tengah-tengah 'crepe' dan balut dengan sempurna (jika inginkan 'durian crepe'). Sejukkan dalam peti sejuk selama 1 jam dan hidangkan ketika sejuk.

Bahan2 durian cheese..
250 gm cream cheese - suhu bilik
60 gm gula aising - ayakkan
200 gm isi durian - dilenyek
80 gm non-dairy whipping cream - pukul sehingga bertanduk (boleh di abaikan jika tidak mahu)

Cara2nya..
1. Dalam bekas, satukan cream cheese dan gula aising, pukul sehingga adunan sebati.
2. Masukkan isi durian dan pukul sebati lagi.
3. Tambahkan non-dairy whipping cream dan pukul sehingga adunan sebati. Boleh abaikan non-dairy whipping cream jika tidak mahu.

ME'RAINBOW' LAGIKKK DAN LAGIIII..

As-salam semuaaa..
Lama i tidak mem'baking' kan..tetiba hari yang tengah sibuk mengemas nih adalah pula tempahan me'rainbow' lagi..apa-apa pun Alhamdulilahhhh..syukur rizki dariNya.., walaupun letin dengan mengemas, tetap i terus mem'baking' dengan penuh kasih sayang lagi-lagi tempahan ini buat adik tersayang.., terima kasih sudi menempah dengan akak ya OJA, lain kali silalah tempah lagi hehhe, maaf andai ada kekurangan ya..




klik disini untuk RESEPI atau DISINI okeyy..





tempahan dari OJA juga..
klik untuk RESEPI juga yaa..


yang ini pula tempahan untuk hantaran perkahwinan minggu lepas kalau tak silap i..