Followers

Wednesday, 31 July 2013

SPEKUK

Assalamualaikum..
Lebaran hampir menjelang, hanya kurang lebih tinggal 8 hari sahaja untuk kita menikmati bulan Ramadhan, Insyaallah. 

Dalam pada itu, sudah ramai sahabat-sahabat yang membuat pelbagai jenis biskut-biskut dan kek-kek, tidak ketinggalan i juga. I bercita-cita ingin sangat membuat kek-kek lapis untuk juadah Lebaran akan datang dan i akan cuba sebaik mungkin Insyaallah dan ini adalah antara bahan yang akan disertakan dalam resepi kek lapis yang bakal dibuat nanti juga boleh digunakan dalam kek buah, biskut atau lain-lainnya.

Bulan lepas ketika i berada di seberang sangat terlupa untuk membeli bahan ini dan hasil i meng'gugel' di blogger seberang, i mendapat resepi 'spekuk' ini DI SINI, makaseh ya mbak Hesti, mohon share disini pula ya.



Bahan-bahan..
10 batang kulit kayu manis
10 kuntum bunga lawang
20 biji buah pelaga
2 biji buah pala - ketuk kulit dan ambil biji didalamnya



Cara-caranya..


1. Patah-patahkan kulit kayu manis dan cuci bersih bersama bahan-bahan lainnya.

2. Bakar sehingga bahan-bahan kering.
3. Tumbuk bahan-bahan dalam lesung batu sehingga sedikit hancur supaya apabila di kisar senang untuk berpusing.
4. Masukkan bahan-bahan dan kisar sehingga halus.


5. Ayak bahan kisar dan kisar berulang kali mana yang masih tidak hancur.

Dari info, bahan ini boleh tahan 2 tahun didalam simpanan bekas kedap udara. Baunya sangat harum. Harapan i semoga cita-cita tercapai untuk menghasilkan kek-kek lapis untuk Lebaran akan datang. InsyaAllah.

TAUGEH GORENG LADA HITAM

Assalamuaalikum..
Menu masakan malam kelmarin, tak sempat nak updated. Taugeh goreng lada hitam antara menu sayuran yang sangat i suka.


Bahan-bahan..
3 cekak taugeh
1 batang lobak merah - sagat memanjang
1 ikat daun kucai - potong panjang
3 biji bawang merah kecil*
2 ulas bawang putih* - *ditumbuk
2 sdk lada hitam - tumbuk kasar
1 cawan air panas
1 sdk perasa ikan bilis
Garam secukupnya

Cara-caranya..
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan tumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan lada hitam diikuti dengan air panas, perasa ikan bilis, garam dan lobak merah, biarkan mendidih dan lobak separuh lembut.
3. Masuk taugeh dan kucai, gaul dalam 1-2 minit, tutup api dan angkat.


Saturday, 27 July 2013

RED VELVET COOKIES

Assalamualaikum semua..
Sekarang nih ramai sahabat-sahabat dah mula membuat persiapan untuk Lebaran akan datang, ada yang ambil kesempatan pergi membeli belah untuk pakaian keluarga, balik kampung bertemu atau berbuka puasa bersama keluarga dan yang lebih penting ramai bagi surirumah adalah membuat pelbagai jenis biskut-biskut buat hidangan tetamu Lebaran akan datang.

I juga tak mahu ketinggalan untuk menyediakan yang termampu mengikut kesihatan, tapi tidak dinafikan hari ini vitamin R sudah bermula hehehe..sebab itu terjadilah biskut yang telah lama diperap resepinya.



Resepi nih asalnya dari Ny. Liem yang terkenal dari Bandung, Indonesia. Lama dah i simpan resepi ini tapi disebabkan vitamin R tidak tersuntik, maka berkuburlah sementara.

Bagi sahabat-sahabat yang ingin mencuba, mungkin mengalami kesukaran dalam bentuk bahan-bahannya tapi dalam nota dibawah i cuba gantikan dengan setanding dengan bahan-bahan yang boleh didapati disini cuma mungkin hasilnya berbeza sedikit.


Bahan-bahan..

A
400 gm mentega
200 gm gula perang
180 gm gula kastor
1 sdk condensed milk*
20 gm pewarna merah
10 gm mocca hopyes*
1/4 sdk garam

B
2 biji telur A

C
475 gm tepung gandum*
2 sdk serbuk penaik*
2 sdk serbuk soda*
50 gm procake V. 45.5* - *satukan dan ayak*
200 gm serbuk badam - dibakar 5 minit
200 gm kacang gajus - dicincang kasar dan bakar 5 minit
200 gm coklat cip

Cara-caranya..

1. Dalam bekas mixer, satukan bahan-bahan A dan pukul sehingga mengembang.
2. Masukkan bahan B dan pukul lagi sehingga rata.


3. Masukkan sedikit demi sedikit bahan-bahan C dan gaul rata.


4. Sudukan adunan sebanyak 1 sudu kecil dan susun atas loyang yang telah dialas dengan kertas minyak.

5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 150C selama 20 minit kemudian turunkan suhu kepada 100C dan bakar lagi selama 20 minit.


6. Keluarkan dan apabila sejuk 'drizzle' dengan coklat putih cair.
(ini i tak buat sebab tetiba vitamin R tak cukup hehehe)..

7. Adunan ini menghasilkan kurang lebih 300 biji.

Nota..
*Condensed milk - milk flavor - (kalau takde pun takde masalah)
*Mocca hopyes - mocca emulco/flavor
*Procake V. 45.5 - susu tepung
*Masa pembakaran boleh juga gunakan 170C dan bakar selama 20 minit.


inilah condensed milk paste dan mocca hopyes keluaran dari Ny. Liem..
memang tidak dinafikan sangat sedap bau dan rasanya..

Thursday, 25 July 2013

FLORENTINE COOKIES

Assalamualaikum semua..
Hari ini i dapat melaksanakan buat kali ketiga biskut yang tengah meletop sekarang nih. Dalam pada itu, sebelum i update disini, i telah berkongsi gambar di Facebook. Ingatkan i tak mahu update, sebab resepinya terlalu mudah serta sudah banyak yang ada di blogger-blogger lainnya tapi atas permintaan sahabat-sahabat, i update kan disini ya.

Dalam pada sahabat-sahabat semua sibuk dengan biskut Florentine nih, kedengarannya di kebanyakkan kedai-kedai menjual bahan bakery telah kehabisan stok untuk tepung florenta, selepas lebaran baru ada stok. I nak beli pun memang tiada stok tapi syukur Alhamdulillah my BFF Puan Ieda Hijau sudi membeli 3 paket untuk saya..fffuuhhhhh lega i, apa-apa pun terima kasih sangat-sangat kepada beliau.

Untuk resepi nih, i tidak mengikut sukatan, cuma i buat ikut keperluan loyang yang i ada dengan cara menabur dengan rata tapi jangan risau i cuba berikan serba sedikit sukatan untuk sahabat mengikut imiginasi i ya..





Bahan-bahan..
150 gm tepung florenta
100 gm kepingan badam*
70 gm kuaci hijau* - *bakar 5 minit
10 gm bijan hitam
10 gm bijan putih

Cara-caranya..
1. Sediakan loyang bersaiz 16 x 12 inci yang telak dilapik dengan 'parchment paper' - bukan kertas minyak ya.
2. Taburkan tepung florenta dan ratakan pada keseluruhan loyang.


3. Tabur rata kepingan badam dan kuaci hijau yang telah dibakar bersama bijan hitam dan putih.

4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170C selama 7 minit sahaja.


5. Keluarkan biskut dan dengan pantas potong biskut mengikut saiz yang dikehendaki.

6. Keluarkan biskut dari loyang, sejukkan sebentar dan segera simpan dalam bekas kedap udara.


tepung florenta..

Wednesday, 17 July 2013

KERABU MANGGA

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat semua sahabat-sahabat..

Alhamdulillah, hari ini Ramadhan yang ke 8 hampir di sempurnakan, menu untuk berbuka juga telah i siapkan. 

Antara menunya ialah Kerabu Mangga. Mangga pemberian dari Puan Ieda Hijau, rimbun sungguh mangga-mangga depan rumahnya. Itulah yang telah memberi i idea untuk membuat kerabu untuk hari ini.

Resepi i hanya tambahkan apa yang ada di rumah sahaja. Jom kita tengok.






Bahan-bahan..
3 biji buah mangga muda - saiz kecil - hiris memanjang
1 biji bawang merah besar*
5 biji cili padi merah*
1 pokok daun ketumbar* - *hiris halus
2 sdk gula
3 sdk jus lemon
1 sdk sos ikan
3 sdk serbuk kacang tanah
1 sdk sambal terasi strawberry - (kalau takde pun takpe ya)
Sedikit garam

Cara-caranya..
1. Dalam bekas, satukan kesemua bahan-bahan kecuali mangga dan gaul sebati.
2. Masukkan mangga baru di gaul rata.
3. Siap dihidangkan.


inilah sambal terasi strawberry yang i campurkan, kalau takde pun takpe ya..
i beli kat seberang..sambal nih pedas gilerr nkoo, org yang hantu pedas aje yang boleh makan..

Wednesday, 10 July 2013

MESIN TART UNTUK DI JUAL

Assalam..
Ada yg berminat dgn acuan tat ini? 

Ciri ciri mesin..
Saiz Panjang : 35cm
Saiz Lebar : 16cm
Saiz Tinggi : 7cm
Material Body : High gred aluminium with black anodizing
Bekas acuan : Poly Urythne (PU) (warna akan digelapkan)

Set acuan didatangkan dengan 2 saiz yang berbeza :-
- 4 lubang bersamaan dengan 7cm.
- 5 lubang bersamaan dengan 4.5cm.

Mudah dipasang untuk menukar saiz acuan.
Harga : RM1100 termasuk kos penghantaran.

Kepada yang berminat boleh hubungi i di talian 016-7614744 untuk booking.
Kepada yang ingin mengikuti bayaran secara ansuran (kutu) juga boleh daftar nama secepatnya ya.
Terhad hanya kepada 11 orang selama 11 bulan sebanyak RM100 sebulan.








Monday, 8 July 2013

MAKANAN BUAT MICKEY

Assalamualaikum..
Jeng jeng jengggg.., haaa entry malam nih masih lagi mengenai resepi tapi resepi khas buat anak kucing i yang bernama MICKEY. Sebenarnya dah nak bulan puasa nih, i nak bersihkan peti sejuk dan ada pula 1 bungkus sayur campuran yang masih tidak digunakan. Fikir punya fikir dan gugel punya gugel i dapat idea untuk membuat makanan buat MICKEY tersayangggg.., jika sahabat-sahabat ada idea lagi untuk tambahan atau resepi lainnya sila la kongsi dengan i ya..


inilah MICKEY..


Bahan-bahan..
1kg ikan kembong - buang perut - isi air sehingga ikan tenggelam - rebuskan
500 gm sayur campuran
1 sdb minyak zaitun

Cara-caranya..


1. Rebus ikan sehingga masak kemudian sejukkan.

2. Masukkan ikan dalam pengisar bersama airnya dan sayur campur, kisar hingga lumat.


3. Tapiskan dan ambil isinya dan gaulkan bersama minyak zaitun.
4. Sejukkan dalam peti.






Mickey menemani adik buat homework..


masa nih mickey sangat-sangat lapar sebab baru habis operation mengeluarkan telurnya dari perut, sian mickey KKU (kucing kurang upaya)..

PENGAMBILAN TEMPAHAN AIDILFITRI

Assalamualaikum..
Tahun ini hanya empat jenis kek tanpa berkrim sahaja yang akan di jual. 
Antaranya ialah :-




MARBLE CAKE
RM50.00

FRUIT CAKE
RM70.00

PECAN BUTTERCAKE
RM70.00

HONEYCOMB CAKE
RM50.00

Kesemua kek di jual dalam saiz 8 inci.

Pengambilan tempahan akan bermula dari 1 Ramadhan sehingga 15 Ramadhan atau sehingga kuota penuh.
Hubungi/sms di talian 016-7614744 untuk tempahan anda.
Terima kasih.

Sunday, 7 July 2013

BANDUNG CINCAU

Assalamualaikum..
Bandung cincau antara minuman kegemaran i dan Awin jika kami makan di luar. Memang tak pernah jemu minum atau buat, lagi-lagi kalau minum masa tengah kehausan. Minum sejuk-sejuk..fuuuhhhh lega tekak..


Bahan-bahan..
2 sdb susu pekat
1 cawan air panas
1 sdk pes sirap
5 sdb cincau
1 cawan air batu

Cara-caranya..
1. Masukkan susu pekat, air panas dan pes sirap dalam gelas, kacau sebati.
2. Masukkan cincau dan air batu.
3. Sedia diminum.


DOUBLE CHOCOLATE BANANA MUFFIN

Assalamualaikum..
Masih berjiwa muffin, rasanya dalam tempoh sebulan nih i banyak buat pelbagai jenis muffin. Ini salah satu muffin yang terbaru i kongsikan, 2 minggu lepas i ada buat tapi tidak berkesempatan nak update.

Resepi untuk muffin kali ini i ambil dari blog STACI dan terima kasih kepada beliau kerana berkongsi resepi kepada seluruh dunia, cumanya i buat pertukaran sedikit di bahagian bahan penaik.



Bahan-bahan..
1 1/2 cawan tepung gandum*
1/2 sdk baking soda*
1 1/2 sdk double acting baking powder*
1/4 cawan serbuk koko*
1/4 sdk garam halus* - *satukan dan ayak bersama
1 cawan gula kastor
1 1/3 cawan pisang - dilecek lumat
1/3 cawan minyak jagung
1 biji telur A
1 cawan coklat chip

Cara-caranya..
1. Dalam bekas besar satukan bahan-bahan yang diayak bersama gula dan gaul sebati.
2. Didalam bekas sederhana besar pula, satukan pisang lecek, minyak jagung dan telur, gaul sebati.
3. Masukkan adunan kering sedikit-sedikit kedalam adunan pisang dan gaul sebati hingga rata, jangan terlebih gaul.
4. Masuk pula coklat chip dan gaul perlahan.
5. Sediakan loyang muffin bersama papercup dan isi penuh adunan kedalam papercup.
6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 30-35 minit.

Friday, 5 July 2013

AYAM MASAK LADA HITAM

Assalamualaikum..
Ayam masak lada hitam antara menu kegemaran kami sekeluarga, resepinya juga senang dengan menggunakan sos lada hitam yang menjadi kebiasaan kami sekeluarga terutamanya Awin, sos lada hitam nih pedas sedikit dari sos lada hitam yang lainnya. Sos-sos lada hitam yang lain kurang pedasnya dan tidak terasa akan lada hitamnya, sos ini memang menjadi pilihan kami sekeluarga, Alhamdulillah..jom lihat..




Bahan-bahan..
10 ketul ayam - bersihkan - cuci - toskan - goreng separuh masak
1 biji bawang merah besar*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia* - *tumbuk lumat
2 sdk lada hitam serbuk kasar
5 sdb sos lada hitam
1 cawan air panas
1 sdb kicap pekat
4 sdk kicap manis
1/2 biji cili benggala merah*
1/2 biji cili benggala hijau* - *potong dadu
1 biji bawang holland - potong bulat
Garam dan perasa
Daun bawang - hiasan

Cara-caranya..
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan tumbuk sehingga naik bau.
2. Masukkan lada hitam dan gaul sebati diikuti dengan sos lada hitam dan gaul lagi.
3. Tuang air panas, kicap pekat, kicap manis dan biarkan mendidih sebentar.
4. Masuk pula ayam yang digoreng separuh masak bersama cili benggala merah dan hijau bersama bawang holland dan gaul sebati.
5. Tambahkan garam dan perasa dan biarkan mereneh dalam 3 minit.
6. Siap dihidangkan dan tabur sedikit daun bawang.


sos lada hitam yang biasa kami gunakan.
boleh didapati dipasaraya..

Thursday, 4 July 2013

AYAM MASAK ASAM PEDAS

Assalamualaikum..
Menu berbuka puasa kami semalam. 
Sebenarnya i kurang arif memasak hidangan lauk pauk, lagi-lagi asam pedas tapi semalam i masak dengan penuh kasih sayang dan i terasa kesedapan ayam masak asam pedas nih..hihihi..amboii naik lif tekan sendiri ehhh..
Betullll..i rasa macam sedap la lauk nih, u tak caya u try la buat, tapi kalu x kena pada selera u maknanya u masak tiada kasih sayang lerr tuuu kikiki.., jom lihat..


Bahan-bahan..
10 ketul ayam - cuci bersih - toskan
1 biji bawang merah besar*
5 ulas bawng putih*
1 inci halia*
2 biji buah keras*
1 sdk lada hitam* - *ditumbuk
40 tangkai cili kering - hiris - rendam air panas - cuci - toskan - kisar bersama 1 sdk belacan bakar
4 sdb gula
2 sdk garam
1 sdk perasa
2 sdk asam jawa ADABI
3 cawan air panas
1 biji terung - potong kasar
10 biji baby tomato
1 ikat daun kesom

Cara-caranya..
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan cili kering kisar, biarkan mendidih dalam 10 minit.
3. Masuk pula gula, garam, perasa dan asam jawa, gaul sebati.
4. Kemudian masukkan ayam dan gaul rata.
5. Tuang air panas dan biarkan mendidih dengan api kecil selama 10-15 minit sambil ditutup periuknya.
6. Buka penutup periuk, masuk pula terung, tomato dan daun kesom, renehkan lagi selama 10 minit.
7. Siap dimasak.

SIAKAP GORENG BERSAMA AIR ASAM BERKICAP

Assalamualaikum..
Masih lagi menu kelmarin, disebabkan terliur dengan tayangan perdana dari sahabat FB, i juga tidak mahu ketinggalan dengan menu yang memang dah lama i x buat, terus i mencari ikan siakap ini untuk hidang berbuka kami sekeluarga. Alhamdulillah..


Bahan-bahan..
1 ekor ikan siakap - cuci bersih
1 sdb serbuk kunyit
1/2 sdk garam
2 mangkuk besar minyak masak

Cara-caranya..
1. Gaulkan ikan bersama serbuk kunyit dan garam.
2. Panaskan minyak sehingga betul-betul panas hingga berasap sedikit.
3. Masukkan ikan dan goreng kedua-dua bahagian hingga garing.
4. Angkat dan toskan.


Bahan-bahan..
1 biji bawang merah besar*
10 biji cili api hijau*
10 biji cili api merah* - *potong dadu
3 sdk asam jawa ADABI
1 sdk belacan - bakar
1 sdk gula
1/4 sdk garam
1 sdb kicap pekat
4 sdk kicap manis
1 1/2 cawan air panas

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk, satukan bahan-bahan yang dipotong dadu.
2. Dalam bekas lain, satukan asam jawa, belacan, gula, garam, kicap pekat, kicap manis dan air panas, gaul sehingga semuanya larut.
3. Tuang dalam bekas cili dan gaul kesemuanya sebati. Siap.

IKAN MERAH MASAK LEMAK CILI API

Assalamualaikum..
Menu kelmarin yang tidak sempat update. Antara menu kami sekeluarga untuk juadah berbuka kelmarin, Alhamdulillah semuanya rizki dariNya, Aminn..


Bahan-bahan..
1 ekor ikan merah sederhana - potong keping - cuci - toskan
10 biji cili padi hijau*
8 biji cili padi merah*
1 inci halia*
1 1/2 inci kunyit hidup*
1 cm lengkuas*
1 sdk belacan - bakar sebentar*
2 biji buah keras* - *kisar halus
1 batang serai - diketuk
1 keping daun limau purut
400 ml santan kotak
100 ml air panas
2 keping asam gelugor
8 biji baby tomato
1 helai daun kunyit - hiris halus
Garam, gula dan perasa secukupnya

Cara-caranya..
1. Tuang bahan-bahan kisar di dalam periuk bersama serai dan daun limau purut, santan dan air panas dan biarkan mendidih.
2. Masukan ikan, asam gelugor dan biarkan ikan masak dengan sempurna.
3. Masuk pula tomato, daun kunyit, garam, gula dan perasakan.
4. Biarkan mendidih dengan api yg kecil selamat 8 minit. Siap dimasak.

TAUGEH LADA HITAM

Assalamualaikum..
Antara sayur goreng kegemaran kami sekeluarga. Paling senang dibuat.
Kebiasaannya i akan goreng separuh masak, ini kerana taugeh nih mudah layu, jadi jika digoreng lama, taugeh akan jadi lembik.


Bahan-bahan..
1 biji bawang merah besar*
2 ulas bawang putih* - *hiris halus
2 sdk lada hitam - tumbuk kasar
1/2 cawan air
3 mangkok sayur taugeh - buang ekornya (i x sempat) - cuci bersih
1 ikat daun kucai - potong panjang 2 inci - cuci bersih
4 biji baby tomato - belah 2
1 sdk perasa ikan bilis
Garam secukupnya

Cara-caranya..
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan hiris bersama lada hitam sehingga wangi.
2. Tuang air dan biarkan mendidih sebentar.
3. Masukkan taugeh, kucai, tomato dan perasa ikan bilis bersama garam, gaulkan dalam 2 minit.
4. Angkat dan hidangkan.