Followers

Monday, 16 March 2015

SUPER MOIST FRUIT CAKE

Assalamualaikum..
Minggu lepas i lihat sis Ina Harlina bikin Kek Buah. Baru tengok aja kita sudah terliur, belum makan lagi. Kebetulan juga ada customer yang ingin tempah Kek Buah minggu ini jadi tak tunggu sampai waktu tempahan i sudah bikin dulu hihi..lagi pula Kek Buah nih lagi lama lagi sedap tau.

Resepi pula i rujuk dari dua blogger kita iaitu sis Sheila dan sis Hana. I lihat resepi untuk kedua-duanya sama cuma sis Hana ada buat beberapa tambahan susu pekat dan oren sunquik. Terima kasih buat kedua-duanya sekali ya. 

Mentega pula i gunakan sebahagian mentega dari Indonesia dan sebahagian lagi mentega SCS. Menggunakan mentega yang berkualitas tinggi akan menjadikan Kek Buah kita lebih terangkat hehehe..seriuss tak bohong tau..








KEK BUAH
Sumber : Sis Sheila d'Dapoq & Sis Hanamemories

Bahan-bahan..
125 gm mentega SCS
125 gm mentega WIJSMAN
300 gm gula kastor
60 gm air panas
500 gm buah campuran kering
1 sdb susu pekat
1 sdb sunquik
350 gm tepung gandum*
2 sdk baking soda*
1 sdk cream of tartar*
1 sdk spekuk* - *satukan dan ayak
3 biji telur A
1 sdk perasa vanila

Cara-caranya..
1. Masak gula dalam kuali dengan api kecil sehingga gula larut dan menjadi perang.
2. Dengan perlahan, tuangkan air panas dan kacau sebati. Hati-hati sebab akan meletus.
3. Masukkan kedua-dua jenis mentega, susu pekat dan sunquik dan kacau lagi sehingga mentega mencair.
4. Masuk pula buah-buahan kering, gaul rata dan sebati dan biarkan sedikit mendidih. Tutup api dan biarkan sejuk.
5. Masukkan sedikit demi sedikit adunan tepung yang telah diayak dan gaul sebati.
6. Dalam bekas lain, satukan telur dan perasa vanila, pukul sebentar. Tuang dalam adunan tadi sedikit demi sedikit dan gaul sehingga sebati dan rata.
7. Tuang adunan dalam loyang bersaiz 7 x 7 inci yang telah dilapik kertas minyak pada dasar dan sekelilingnya serta di oles sedikit mentega atau 'spray cooking' dan ratakan. Tutup permukaan atas loyang dengan aluminium foil.
8. Kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terdahulu dan untuk mendapat kelembapan yang sempurna kukus selama 4 jam.
9. Biarkan sejuk di suhu bilik dan kemudian barulah disejukkan didalam peti sejuk semalaman. 
10. Potong semasa kek baru keluar dari peti sejuk bagi mendapatkan potongan yang cantik dan juga agar setiap potongan tidak berderai.
11. Siap dihidangkan.







Sunday, 15 March 2015

BEEF PIES WITH MUSHROOM

Assalamualaikum..
Dah mengantuk nih..gagah juga nak update, sebabnya kalau tak buat malam nih memang akan lupalah apa bahan-bahan yang digunakan. I memang tak suka makan kismis sebab tu jadi pelupa hihihi.

OK..nak tido dah, mata pun dah nak katup..ok bai..






Bahan-bahan..
500 gm daging - potong kecil - rebus sampai empuk - ambil daging - simpan air rebusan
1 biji bawang holland*
2 ulas bawang putih* - hiriskan
1 1/2 sdk serbuk jintan putih
1 sdk serbuk paprika
1 sdk serbuk lada hitam
500 gm air rebusan daging
3 sdb kicap manis
1 sdb kicap pekat
1 helai daun bay
200 gm cendawan butang - hiris tebal
500 gm air rebusan daging**
4 sdb tepung jagung** - **satukan dan gaul sebati
1 sdk garam dan perasa
1 bungkus puff pastry PAMPAS
150 gm cheddar - sagat halus
1 kuning telur***
1 sdb susu segar*** - ***gaul rata

Cara-caranya..
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan hiris sehingga naik bau.
2. Masukkan daging yang telah direbus empuk dan gaul sebati.
3. Masuk pula serbuk jintan putih, serbuk paprika dan serbuk lada hitam, gaul sebati.
4. Tuang bahagian pertama air rebusan daging, kicap manis, kicap pekat dan daun bay, renehkan sehingga separuh kering.
5. Masuk cendawan butang dan gaul.
6. Tambah pula air rebusan daging yang telah digaul bersama tepung jagung, garam dan perasakan. Renehkan sehingga pekat.
7. Tutup api dan sediakan pastry.


8. Sediakan 6 biji remekins atau bekas casserol yang sesuai. Susun pastry di dasar dan di tepi remekin seperti gambar. Sediakan penutup pastry sekali.




9. Sudukan 3/4 penuh inti daging, taburkan cheddar, tutup dengan pastry, rapatkan penutup pastry dengan pastry ditepi remekin dan tekan sedikit dengan garfu disekelilingnya.


10. Berus rata permukaan pastry dengan adunan telur kuning.

11. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 200C selama 30-40 minit.


12. Keluarkan dari oven dan hidangkan.

Thursday, 12 March 2015

KARI TELUR

Assalamualaikum..
Tempoh hari lihat sis Sheila d'Dapoq buat Kari Telur nih. Fuuhhh! tengok gambar sahaja sudah menyelerakan belum makan lagi. Kalau makan mahu tergolek dok hehehe..mau tak tergolek, dah sedap sangat, makan pun sampai tak ingat dunia sampai kembong perut..tu la tergolek dok tu hihihi..

Hari ini pada awalnya nak buat kari daging dan tiba-tiba teringalah kari kak Sheila kita tu..terus simpan daging dan rebus telur.

Terima kasih pada sis Sheila atas perkongsian resepinya ya, i kongsikan disini pula ya..cuma i tidak mengikut sepenuhnya resepi sis Sheila cuma hanya menggunakan bahan-bahan yang ada dalam simpanan dan dalam sukatan yang sedikit. Al maklum laaa tak ramai yang makan di rumah nih kan..






KARI TELUR
Sumber : Sheila d'Dapoq

Bahan-bahan..
6 biji telur - rebus sampai matang - buang kulit - belah sedikit
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia* - *tumbuk lumat
2 tangkai daun kari - lurutkan
1 sdb cili kisar
5 sdb serbuk kari daging + sedikit air - jadi pes
2 sdk garam
1/2 sdk perasa
2 sdb kerisik
250 gm air
250 gm santan
1 batang lobak merah
8 biji baby tomato

Cara-caranya..
1. Panaskan minyak dalam periuk sederhana besar, tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
2. Tumis pula bahan-bahan yang ditumbuk bersama daun kari sehingga naik bau.
3. Masuk cili kisar dan biar sehingga cili masak.
4. Masuk pula pes serbuk kari, masak dengan api kecil sehingga naik minyak.
5. Masukkan garam, perasa dan kerisik gaul sebentar.
6. Masuk pula air dan biarkan mendidih sebentar.
7. Diikuti santan, lobak merah dan telur, gaul sebati sehingga mendidih sekali lagi.
8. Akhir sekali perasakan sekali lagi jika perlu, masukkan tomato dan tutup api.
9. Sedia dihidangkan dengan nasi putih atau pulut pilihan.



Wednesday, 11 March 2015

TALAM KELADI

Assalamualaikum..
Sekarang nih kan..i tengah kemaruk buat pelbagai talam. Al maklum la orang baru pandai nak belajar kan. Kalau dulu dah kecewa tahap dewa dah..tak nak buat sebab asyik tak memuaskan aje. Asyik kedut sana..lembik sini..errmmm..

Sekali setelah 3 kali 'try & error' bila dah menjadi sedikit, mulalah jadi jakun nak membuat talam jer kerjenya kannn hahahha..tapi tak tahu siapa yang makan..akhirnya bagi kat satpam jerla kann..rizki mereka..






TALAM KELADI
Sumber : Che CT

Bahan-bahan lapisan bawah..
300 gm keladi - potong dadu - rendam dalam air garam - toskan - kukus 5 minit baru timbang
200 gm tepung beras
25 gm tepung ubi
100 gm gula kastor
1 1/2 sdk garam
300 gm santan pekat
700 gm air

Bahan-bahan lapisan atas..
180 gm tepung gandum
250 gm gula kastor
3 biji telur
250 gm santan pekat
500 gm air
2 sdk perasa keladi
1 sdk pewarna ungu

Cara-caranya..
1. Sediakan loyang bersaiz 10x10x3 inci, lapik plastik melebihi loyang dan sapu sedikit minyak.
2. Panaskan periuk kukusan.
3. Dalam mangkuk besar, satukan kesemua bahan-bahan lapisan bawah kecuali keladi dan gaul sebati.

4. Tapiskan, tuang dalam periuk dan masak sehingga naik wap.
5. Masukkan keladi yang telah dikukus, gaul sebentar dan tuang dalam loyang yang tersedia.
6. Ratakan dan kukus selama 25 minit.
7. Sementara itu sediakan untuk lapisan atas.
8. Dalam mangkuk besar, satukan kesemua bahan-bahan lapisan atas dan pukul dengan whisk sehingga sebati dan tidak berbintil.
9. Tapiskan, masuk dalam periuk dan masak sehingga naik wap.
10. Setelah lapisan bawah masak, lorekkan sedikit adunan bawah dengan garfu.
11. Tuang adunan lapisan atas ke dalam loyang dan kukus lagi selama 30 minit.
10. Tutup api pengukus, lap air diatas permukaan talam dengan tisu dan sejukkan atas redai.
11. Pastikan talam benar-benar sejuk baru dipotong dengan pisau plastik.






Thursday, 5 March 2015

TALAM TOKYO

Assalamualaikum..
Hari ini pagi-pagi lagi i sudah memulakan operasi menalam yang telah tertunggak sejak dari kelmarin. Talam tokyo ini juga i sudah buat kali kedua dan i rasa kali ini baru seperti menjadi. Eh! jadi ke? jadi..kannn? hehehhe..

Resepi pula i perolehi dari blogger-blogger yang mana rata-ratanya resepi asalnya adalah dari Chef Asma. I lihat kebanyakkan kuih-kuih talam adalah dari beliau. Terima kasih kepada semua. Terima kasih sudi berkongsi dan i kongsikan disini pula ya.




Bahan-bahan lapisan bawah..
300 gm sago kecil - cuci bersih - rendam 30 minit - toskan
60 gm suhun - potong kecil - rendam air panas 30 minit - toskan
100 gm kelapa parut putih
100 gm santan pekat
300 gm air
1 sdk garam

Bahan-bahan lapisan atas..
4 biji telur
300 gm gula pasir
400 gm santan pekat
400 gm air*
20 gm daun pandan* - *satukan dalam pengisar - kisar halus - tapiskan
100 gm tepung kastad
1 sdk pewarna hijau
1/2 sdk garam
1/8 sdk air abu @ air kapur

Cara-caranya..
1. Sediakan loyang bersaiz 10x10x3 inci, lapik plastik melebihi loyang dan sapu sedikit minyak.
2. Panaskan periuk kukusan.
3. Dalam mangkuk besar, satukan kesemua bahan-bahan lapisan bawah dan gaul sebati.
4. Tuang dalam loyang, ratakan dan kukus selama 30 minit.
5. Sementara itu sediakan untuk lapisan atas.
6. Dalam mangkuk besar, satukan kesemua bahan-bahan lapisan atas dan pukul dengan whisk sehingga sebati dan tidak berbintil.
7. Tapiskan, masuk dalam periuk dan masak sehingga naik wap.
8. Setelah lapisan bawah masak, keluarkan loyang, tekan sedikit adunan bawah dengan penekan kek lapis atau fondant. Boleh juga gunakan belakang sudu.
9. Tuang adunan lapisan atas ke dalam loyang dan kukus lagi selama 30 minit.
10. Tutup api pengukus, lap air diatas permukaan talam dengan tisu dan sejukkan atas redai.
11. Pastikan talam benar-benar sejuk baru dipotong dengan pisau plastik.



CHOCOLATE BROWNIES

Assalamualaikum dan selamat pagi..
Kelmarin Awin yang buat brownies nih sambil kita bantu-bantu sikit terutama bahagian bakar. Brownies nih yang kita tahu padat..macam ala ala bantat kemudian kalau kita makan ada lekat-lekat sikit kat lelangit kita tapi secara keseluruhannya kita tak tahu la betul atau tidak. Jika salah sila betul kan i ya sis sis..

Brownies nih juga i sudah pernah buat SEBELUM INI dan ini antara brownies yang Awin suka. Semalam Awin balik hostel so dia bawa untuk makan-makan dengan housemate dia la..kann..biasa la anak-anak kita pun pandai juga ingin memberi..bagus la kan..




Bahan-bahan..
200 gm coklat kompound hitam - potong kecil
150 gm mentega
100 gm gula perang
80 gm gula kastor
4 biji telur A
85 gm tepung gandum*
2 sdb serbuk koko* - *satukan dan ayak
100 gm coklat chip putih

Cara-caranya..
1. Cairkan coklat kompound hitam bersama mentega secara 'double boiler'. Tutup api dan angkat.
2. Masukkan gula perang dan gula kastor, gaul sehingga gula larut.
3. Masukkan telur satu persatu dan gaul sebati.
4. Masukkan sedikit-sedikit adunan tepung dan gaul sebati dan rata.
5. Sediakan loyang bersaiz 9 inci, lapik kertas minyak, lebihkan bahagian kiri kanan dan sembur dengan 'spray cooking'.
6. Tuang adunan dan taburkan coklat chip putih diatasnya.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 35 minit. Jangan risau jika kek masih lembik.
8. Biarkan kek dalam oven selama 1 jam.
9. Sedia dipotong dan dihidangkan.



Nota : Untuk brownies kali ini i taburkan blueberry segar diatasnya..