Followers

Friday, 24 October 2014

JERUK MANGGA ASAM BOI

Assalamualaikum..
Neno neno nenooo..virallllll gilerrr yuuuu sekarang nih Jeruk Mangga Asam Boi!! Kalau kat FB tu newsfeed penuhh dengan jeruk pelbagai buah yang macem macem nihh..haiiizzz sakit pipi-pipi i tau..

Kita sebenarnya memang tak suka makan masam-masam nih walaupun masa preggy..issshh idak ler teman nak ngunyah masam-masam tu..tapi dek kerana tak tahan tengok u all buat dan dalam masa yang sama suami kita memang suka jeruk. Kalau kita kemana-mana dan jumpa stall yang jual jeruk-jeruk nih memang akan beli.

Ok..resepi pulak dan berlambak-lambak macam kat pasar tani dah kat sekitar FB dan blogger-blogger nih..sambar jer mana-mana. I pulak pening tak tahu nak sambar yang mana. Akhirnya i buat ikut sukatan sendiri aje..gasakk!!


yang nih x sempat 2 jam pun kita dah keluarkan..pastu kita goncang-goncangkan gula pun tak larut lagi hahahha..

Bahan-bahan..
3 biji mangga muda sederhana besar - buang kulit - cuci bersih - hiris nipis - toskan air
3/4 cawan gula
1/4 sdk garam
4 biji cili api merah*
4 biji cili api hijau* - *hiris halus
15 biji asam boi putih

Cara-caranya..
1. Dalam mangkok besar, satukan kesemua bahan-bahan diatas dan gaul bagi sebati.
2. Masukkan dalam balang yang sesuai dan simpan dalam peti sejuk semalaman atau sekurang-kurangnya 4 jam.






dalam bekas ini 250 gram hanya RM5.00 sahaja..

Thursday, 23 October 2014

ALHAMDULILLAH DENGAN TEMPAHAN

Assalamualaikum..
Alhamdulillah malam ini baru berkesempatan buat entry untuk tempahan sepanjang bulan ini. Terima kasih kepada semua yang sudi tempah walaupun kebanyakkannya tempahan disaat-saat akhir. Orang kata rizki jangan ditolak..betul tak? Terima kasih semuaaa..

Kepada yang berminat untuk tempah apa sahaja bolehlah Whatsapp atau Telegram ditalian 016-7614744 ya. 








2 tier sponge cake with chrysanthemum flower
RM280.00 nett. 




cuppies for hantaran
RM2.50/pcs




2 tier sponge cake
RM250.00 nett.


single sponge cake
RM100.00 nett.


8" salted caramel chocolate cake (+- 3 kg)
RM120.00


8" walnut carrot cake
RM90.00




10" roti sarang lebah rempah manis & cheese
RM15.00 nett.


blueberry cheese tart
RM0.90/pcs


congo bars
RM60.00 per box..

Tuesday, 14 October 2014

STRAWBERRY COMPOTE

Assalmualaikum..
Ok..ini pula adalah hasil pembuatan pada hari ini yang dibuat oleh Awin. Kek telah tersedia cuma filling sahaja yang mengambil masa sebab asyik keluar berjalan aje kann hihi..

Ok..sebenarnya Strawberry Compote ini adalah filling untuk Victoria Sandwich Cake akan tetapi Strawberry Compote ini juga boleh di makan bersama waffel, scones, roti, campuran dalam mousse dan lain-lain lagi. Jadi resepi ini boleh dipelbagaikan untuk kegunaan yang sesuai.





Bahan-bahan..
400 gm strawberi segar - buang daun - belah dua - cuci bersih
60 gm gula kastor
60 gm air
1 sdb tepung jagung
1 biji lemon - sagat kulit - ambil jus

Cara-caranya..
1. Dalam pan kecil, panaskan gula kastor, air dan tepung jagung, kacau sebati.
2. Masukkan kulit lemon bersama perahan lemon, gaul lagi.
3. Masukkan buah strawberi segar, kacau selama 5 - 8 minit atau sehingga pekat.
4. Tutup api dan sejukkan. Sedia untuk digunakan.




SIAKAP STIM LEMON

Assalamualaikum..
Hidangan 3 hari yang lepas juga. Menu ini sebenarnya adalah 2 atau 3 kali i dah buat..cuma tak pernah dan tidak berkesempatan nak kongsikan dan i tak gunakan lemon sebaliknya i gantikan limau nipis atau jus segera.

Kali ini i gunakan yang betul-betul ikut resepi. Resepi i ambil dari 1 blogger nih tapi i dah pening mencari. dah tak tahu mana satu i lihat. Tambahan pula macam-macam resepi i lahat dan i ada buat penambahan juga. Maaf sangat-sangat dan jika anda lihat resepi ini sama seperti resepi anda saya ucapkan jutaan terima kasih ya dan izinkan saya kongsikan disini pula ya.




Bahan-bahan..
1 ekor ikan siakap - rendan dengan air asam - cuci bersih
4 ulas bawang putih*
2 inci halia*
2 batang serai*
10 biji cili api hijau*
5 biji cili api merah*
1 batang lobak merah*
3 helai daun limau purut* - *hiris halus
1 biji lemon - sagat kulit - ambil jus
1 1/2 cawan air panas
1 sdb sos ikan
1 sdb gula
Garam dan perasa
8 biji tomato ceri - belah dua
1 poko daun ketumbar - hiris halus
1/2 biji lemon - hiris - hiasan

Cara-caranya..
1. Masukkan ikan siakap dalam bekas casserol atau piring panjang.
2. Taburkan bahan-bahan yang telah dihiris halus dan kukus selama 10 minit.
3. Dalam kuali kecil, panaskan jus lemon bersama kulit yang disagat bersama air panas, biarkan didih sebentar.
4. Tambah sos ikan, gula, garam dan perasa dan tutup api.
5. Tuang kedalam mangkuk ikan bersama tomato ceri dan kukus lagi selama 7 minit.
6. Keluarkan dari kukusan, tabur daun ketumbar dan hiaskan dengan hirisan lemon.



PUYUH GORENG BEREMPAH

Assalamualaikum..
Hidangan 3 hari yang lepas buat keluarga. Hari ini baru berkesempatan updated. Seumur hidup memang tak pernah masak puyuh. Selalunya i lihat puyuh di Mydin tapi macam dah lebammmm jer..dan minggu lepas i ke Bandar Baru Uda dan lihat ada kedai produk-produk dan buatan Muslim, singgah masuk dan nampak puyuh sejuk beku terus beli kerana ingin mencuba.

Balik rumah tak tahu nak buat apa. Google punya google..ternampak puyuh yang menyelerakan di rumah SIS AYU kita tuuu..hehehe..makasih sis..izinkan i kongsi disini pula yaa..muuaahhh..memang terangkat seyyy!!!



6 ekor burung puyuh - buang isi-isi perut - cuci bersih - toskan
6 ulas bawang putih*
1 biji bawang merah besar*
2 inci halia*
2 batang serai* - *kisar halus
3 sdb cili kisar
2 sdb serbuk kari ayam
1/2 sdk serbuk ketumbar
1/2 sdk serbuk jintan manis
1/2 sdk serbuk jintan putih
1/2 sdk rempah 5 rasa
Garam dan perasa
2 tangkai daun kari

Cara-caranya..
1. Dalam bekas besar satukan kesemua bahan-bahan kecuali daun kari dan gaul rata. Perapkan dalam tempoh 1 jam.
2. Panaskan minyak yang penuh dan goreng burung puyuh.
3. Bila sudah separuh masak, taburkan daun kari.
4. Goreng sehingga masak dan toskan.
5. Hidangkan ketika panas.



Tuesday, 7 October 2014

PERSONAL DECORATING FONDANT CLASS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Setelah melebihi dari 2 tahun tidak mengendalikan apa-apa kelas-kelas kek, tetiba pada Sabtu lepas telah berlangsungnya kelas dari permintaan Puan Nurhaya.

Rupa-rupanya Puan Nurhaya nih dah lama bertanya untuk sertai kelas tapi beliau sendiri tidak berkesempatan untuk sertai sama semasa i adakan kelas-kelas pada musim 2 tahun kebelakangan yang lepas disebabkan anaknya yang masih kecil.

Dan..
Bila hendak bermula semula kelas-kelas, i kena rujuk semula apa yang telah i pelajari dari sifu-sifu terdahulu. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan mudah dan teratur dengan izinNya.






masa nih spray mata tak berapa nak nampak..almaklum la dah kertu..malam pulak tu..hahaha..


Kepada yang ingin sertai boleh terus Whatsapp di talian 016-7614744. Ini antara kelas 'Decorating Fondant' dimana kalian akan mempelajari antaranya ialah :-

1. Mewarna fondant
2. Meratakan fondant keatas kek
3. Mempelajari 2 jenis bunga
4. Mempelajari quilt design @ design
5. Mempelajari ruffles
6. Mempelajari riben
7. Cara penggunaan air brush

Harga untuk mempelajari kesemua yang diatas dengan harga PROMOSI mulai sekarang sehingga 15hb November 2014 dengan harga hanya RM250.00 sahaja untuk seorang.












Terima kasih kepada Puan Nurhaya diatas kesabaran beliau membuat pelbagai jenis dekorasi.


Wednesday, 1 October 2014

DEVIL'S CHOCOLATE CUPCAKE

Assalamualaikum..
Devil's Chocolate Cupcake yang telah dibuat sepenuh oleh Awin pagi tadi. Mama cuma membantu tabur-taburkan manik-manik aje.

Chocolate Cuppies nih amat mudah dibuat kerana menggunakan tepung segera dari PILLSBURY. Kebetulan tempoh hari i pergi Aeon dan ada jualan murah sebab hampir tamat tempoh. Tidaklah tamat lagi cuma hampir tamat dalam bulan November jadi bolehlah digunakan lagi.

Dan..
Alhamdulillah logo halal juga ada walaupun dari luar negara. Gunakan tanpa was-was ya. Hasilnya memang sedap..memang lazat..anak-anak semua suka cuma Awin tambahkan coklat chip didalamnya.









Bahan-bahan..
1 kotak Moist Supreme Cake Mix PILLSBURY
280 ml air
85 ml minyak masak
3 biji telur
100 gm coklat chip - digaul dengan tepung PILLSBURY dan toskan

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk pengadun, satukan kesemua bahan-bahan dan pukul sehingga gebu atau sekurang-kurangnya 3 minit.
2. Kemudian tambahkan coklat chip dan kaupbalik bagi rata.
3. Susun 'papercup' dalam loyang muffin dan skopkan adunan dalam 'papercup' 3/4 penuh.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 30 minit atau sehingga masak.
5. Keluarkan dan sejukkan atas redai.
6. Hiaslah dengan ganache dan tabur mani-manik yang diminati.




tepung segera jenama PILLSBURY yang i gunakan..