Followers

Saturday, 30 November 2013

RAINBOW CAKE - TEMPAHAN

Assalamualaikum..
Tempahan untuk minggu ini. Alhamdulillah rizki dariNya. Amin amin amin.
Terima kasih juga kepada Cik Ju yang sudi tempah dari Kuala Lumpur.










Rainbow cake..
8 inci @ 2kg..
RM120 berserta dengan kotak.


Red Velvet Chocolate Pretzel
8 inci @ 36 pcs..
RM90.00


Marble Cake..
8 inci @ RM40.00


Pretzel Mini Cakes..
100 pcs @ RM70.00


Mini Pretzel..
1 box @ 30 pcs @ RM10.00

Monday, 25 November 2013

RASPBERRY WONDERLICIOUS CAKE

Assalamualaikum..
Wahhh!! Jangan marah yaa, ini adalah percubaan untuk pertama kalinya. I memang giler sangat dengan raspberry nih, kalau jumpa wajib beli tapi faham-faham jerla di kawasan rumah i nih memang takde jual, kalau mahu i kena pergi bandar..ehhh! i bukan dok kat hulu laaa hahaha..tapi hulu jer takde kat sini tauu hahha..kannn..u tunggu la AEON hari Rabu nih bukak..5 minit dah sampai tau kihkihkih..

Sebenarnya pada suatu ketika dahulu i ternampak satu kawan FB tayang kek nih. I kan peminat raspberry..nampak macam shedap ajee..macam nak telan ajeww tapiii takkan i nak mintak resepi kat dia pulak kannn..haizzzzz orang tak suka tauu!! kemudian i pun pergilah jenjalan kat gugel..membawa hati yang laraa..sobb sobb sobb..jalan-jalan kat rumah minah-minah salleh nihh..nak dijadikan cerita ada pulakkkkk uuuuuu.. 

Pilih punya pilih antara banyak-banyak resepi i cuba yang ini datangnya dari SINI tapi itu hanya pilihan i saja sebabnya keknya berwarna putih hehehe..dannnn..untuk frostingnya pula, i selidik punya selidik, i merangkap tangkap muat dan merangkumi idea yang biasa-biasa aja, maka terjadilah resepi seperti dibawah..sangat mabeles..cer cuba cer cuba..kalu tak nak sudahhh..

Dannnn..
Nama kek diatas dihasilkan oleh Awin..makaseh mbak awin..








memang den tak sampai hati nak potong kek nih..






Bahan-bahan..
250 gm mentega - suhu bilik
300 gm gula kastor
1 sdk liquid whitener
400 gm tepung kek*
1 sdb serbuk penaik* - *satukan dan ayak
250 gm susu segar*
1 1/2 sdk esen vanila* - *satukan dan gaul rata
170 gm @ 5 biji putih telur

Cara-caranya..

1. Dalam mangkuk pengadun, pukul mentega sehingga bertukar warna menjadi krim.
2. Tambahkan gula kastor dan 'liquid whitener' dan pukul lagi sehingga gebu, lebih kurang dalam 5 minit.

3. Tambahkan adunan tepung bergilir-gilir dengan susu segar diikuti adunan tepung menjadi giliran terakhir, gaul sebati dan rata.
4. Dalam bekas lain yang bersih tanpa setitis air, masukkan putih telur dan pukul dengan kelajuan tinggi sehingga kental.
5. Masukkan adunan putih telur kedalam adunan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sehingga rata.
6. Sediakan 3 biji loyang bersaiz 8 inci yang telah dioles dengan mentega dan dilapik kertas minyak dan kemudian lagi dioles dengan sedikit mentega lagi.
7. Tuang 1 loyang sebanyak kurang lebih 430 gram adunan.
8. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170C selama 30 minit.
9. Keluarkan dan sejukkan kek diatas redai.
10. Letakkan sekeping kek diatas papan kek dan sapukan jem raspberry secukupnya. RESEPI RASPBERRY JAM DISINI atau boleh juga guna raspberry jam yang telah siap, ikut selera masing-masing, diikuti dengan kek lapisan kedua dan ulang sekali lagi, lapisan raspberry jem hanya 2 lapisan sahaja.
11. Sapu nipis krim cheese (resepi dibawah) pada keseluruhan kek, kemudian biarkan sejuk didalam peti sejuk selama setengah jam.
12. Keluarkan kek dari peti sejuk dan sapukan krim cheese sekali lagi keseluruhan badan kek, taburkan raspberry segar dan hiaslah mengikut kreativiti masing-masing.

Bahan-bahan krim cheese..
150 gm cream cheese - suhu bilik
100 gm mentega - suhu bilik
1 sdk jus lemon
130 gm coklat kompound putih - potong kecil dan cairkan secara double boiler dan sejukkan sebentar
150 gm 'fresh cream' - pukul sehingga kental
150 gm raspberry segar - hiasan

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk pengadun, satukan cream cheese, mentega dan jus lemon, pukul sehingga berkrim dan sebati, kaupbalikkan sedikit dan pukul lagi.
2. Tuang coklat putih dan pukul lagi sehingga sebati.
3. Tambahkan 'fresh cream' yang telah dipukul sehingga kental sedikit demi sedikit dan teruskan pukul sehingga keseluruhan adunan benar-benar sebati.


BLUEBERRY WHITE CHOCOLATE CAKE

Assalamualaikum..
Semalam i telah mencuba 2 jenis kek terbaru dan pertama kalinya i mencuba dan ini salah satu antaranya. Semuanya gara-gara ingin yang baru dan ingin menghabiskan stok buah dalam simpanan.

Untuk resepi kek, i dapatkan dari WILTON dan untuk menghabiskan putih telur yang ada, i telah menukar telur penuh dengan hanya menggunakan putih telur sahaja dan hasil tidak mengecewakan, syukur.

Untuk 'frosting' pula i hasilkan dari gabungan pelbagai sudut dan idea yang ada..i perah-perah idea..tu yang tetiba keluar hihihi..alaa idea biasa aja..tidak la 'keren' sangat pun kan..












Bahan-bahan..
300 gm susu segar
120 gm coklat putih - potong kecil
1 sdk esen vanila
180 gm mentega
230 gm gula kastor
120 gm putih telur
300 gm tepung gandum*
2 sdk serbuk penaik*
1/2 sdk garam* - *satukan dan ayak

Cara-caranya..
1. Dalam periuk kecil, panaskan susu segar sehingga berbuih ditepi-tepi periuk. Tuang dalam mangkuk berisi coklat dan gaul sebati. Tuang bersama dengan esen vanila. Ketepikan.
2. Dalam mangkuk pengadun, pukul mentega bersama gula sehingga berkrim dan gebu.
3. Tambahkan telur sedikit demi sedikit dan pukul lagi sehingga sebati dan rata.
4. Tambahkan adunan tepung bergilir-gilir dengan adunan coklat tadi, gaul sebati.
5. Tuang adunan dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dilapik kertas minyak dan di oleskan dengan sedikit mentega.
6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170C selama 40-50 minit atau sehingga masak mengikut oven masing-masing.
7. Keluarkan dan sejukkan atas redai sebentar baru dikikis ditepi-tepi loyang dankeluarkan kek dari loyang. Sejukkan sepenuhnya.
8. Potong kek kepada 3 bahagian, sapukan adunan cheese pada lapisan pertama. (resepi dibawah)
9. Letakkan kek lapisan kedua dan sapu adunan cheese dilapisan kedua diikuti dengan kek lapisan ketiga dan sapu nipis adunan cheese pada keseluruhan kek, sejukkan dalam peti sejuk dalam 30 minit.
10. Sapu sepenuhnya keseluruhan kek dengan adunan cheese, lepa ikut kreativiti kalian.
11. Sejukkan dalam peti sejuk selama 1 jam dan potong untuk dihidangkan.

Bahan-bahan frosting..
150 gm blueberry segar - kisar hancur*
100 gm gula kastor* - *satukan dan panaskan atas api sehingga sedikit pekat - sejukkan
250 gm cream cheese
50 gm mentega
1 sdk pewarna ungu
1 sdk perasa blueberry
250 gm fresh cream - pukul sehingga kental

Cara-caranya..
1. Pukul cream cheese dan mentega sehingga rata.
2. Tambahkan puri blueberry bersama pewarna dan perasa dan pukul sehingga sebati warnanya.
3. Tambahkan fresh cream sedikit demi sedikit dan pukul sehingga rata dan sebati keseluruhannya.
4. Siap digunakan.



Sunday, 24 November 2013

RASPBERRY JAM

Assalamualaikum..
Raspberry jem nih i buat malam tadi. Kebetulan Shirley taukeh kedai bahan kek dia jual murah-murah raspberry frozen nih dan kebetulan juga i memang bercadang nak buat sejenis kek yang berasaskan raspberry. Alhamdulillah semuanya ada didepan mata cuma masa saja yang terbatas.

Raspberry jem nih ikut selera suami i katanya sedap. Cukuplah masam dia..manis diaa..lagi-lagi makan dengan roti..fuuhhh puas hatiku hehehe..ok la tak mahu celoteh panjang-panjang, jom kita tengok..




Bahan-bahan..
300 gm raspberry segar/frozen - hancurkan
10 gm air putih
250 gm gula kastor
1 sdk jus lemon

Cara-caranya..
1. Masukkan raspberry dalam periuk kecil bersama air dan gula kastor.
2. Panaskan atas api sederhana sehingga mendidih.
3. Tuang jus lemon, gaul rata dan renehkan dengan api kecil sehingga sedikit pekat. Kepekatan mengikut kehendak masing-masing.
4. Tutup api, biarkan sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara di dalam peti sejuk. Boleh dimakan bersama pelbagai hidangan atau dibuat didalam lapisan kek.



Wednesday, 20 November 2013

RED CURRANT MUFFIN

Assalamualaikum..
Jam dah menunjukkan hampir ke waktu cinderella, haizzz i tak tukar baju lagi nih, kang x pasal-pasal pakai baju buruk pulak kan..kihkihkih..

Sebelum menjadi lebih buruk jom kita lihat resepi muffin yang buahnya malatop malatop bila dibakar..buah nih i beli minggu lepas, dari sehari ke sehari tak tahu nak bikin apa, akhirnya terjadilah kejadian meletup di dalam oven iaitu red currant muffin..






Bahan-bahan..
1 biji telur A
120 gm susu segar
130 gm yogurt biasa
50 gm minyak zaitun
220 gm tepung gandum*
2 sdk serbuk penaik*
1/4 sdk garam halus* - *satukan dan ayak
130 gm gula kastor
200 gm red currant - gaulkan dengan sedikit tepung - tapiskan

Cara-caranya..


1. Dalam mangkuk sederhana besar, satukan telur, susu segar, yogurt dan minyak zaitun, pukul sehingga sebati.

2. Masukkan bahan-bahan kering yang telah di ayak sedikit demi sedikit kedalam adunan basah dan gaul rata, jangan terlebih pukul, cukup sekadar rata dan sebati.


3. Tambahkan red currant dan gaul perlahan. 
(simpan sedikit red currant untuk hiasan diatas muffin seperti gambar dibawah)




4. Sediakan loyang muffin, letak papercup dan sudukan adunan sehingga penuh papercup. 


5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 30 minit.


6. Keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai.




i kasik 4 daripada 5 bintangg..

Tuesday, 5 November 2013

CHOCOLATE SPONGE CAKE

Assalamualaikum..
Sejak kebelakangan ini i selalu pula dok korek-korek..gali mengali aunty-aunty gugel..saja nak jenjalan..mana tahu ada menu baru ke kannn..

Dah terjalan-jalan sambil skodeng-skodeng i jumpa resepi kek span nih, i tengok lain sesangat dari yang ada..kee i yang perak tak tahu atau ketingalan pesawat hahahha..

Takpe la..apa pun i kongsikan disini ya tapi sila jangan tanya apa-apa soalan tau sebab i pun baru cuba sekali nih hihi..dan resepi nih i ambil di SINI. Terima kasih kepada Encik/Cik/Puan blogger ini.


memang tak dinafikan kek nih sangat-sangat gebu dan lembut..


Bahan-bahan..
50 gm minyak jagung
20 gm serbuk koko - ayakkan
20 gm susu segar sejuk
1/4 sdk garam halus
1 sdk esen vanila
20 gm syrup glukos
4 biji telur penuh B
2 biji kuning telur B
160 gm gula kastor
100 gm tepung kek*
1/4 sdk serbuk soda* - *satukan dan ayak

Cara-caranya..


1. Panaskan minyak dalam periuk kecil sehingga berasap sedikit dan tuang kedalam mangkuk berisi serbuk koko. Gaul sebati. Pastikan ada bau aroma serbuk koko itu, jika tidak ada bau aroma ini bermakna minyak kurang panas. Biarkan sebentar sehingga suam.


2. Tuang susu segar dan gaul sebati diikuti dengan garam dan esen vanilla, gaul rata dan ketepikan.




3. Masukkan syrup glukos dan kesemua telur kedalam mangkuk pengadun, pukul sehingga pekat.

4. Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit dan terus pukul lagi dengan kelajuan tinggi sehingga adunan kental. Perlahankan mesin pengadun untuk mengeluarkan angin-angin yang terkumpul didalam adunan.


5. Tambahkan adunan serbuk koko sedikit demi sedikit dan pukul lagi sehingga benar-benar rata dan sebati, kaupbalik dibawah-bawah mangkuk pengadun supaya benar-benar rata.


6. Masukkan adunan tepung yang diayak sedikit demi sedikit dan kaup balik adunan sehingga rata. Jangan terlebih pukul.


7. Tuang adunan dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dialas dengan kertas minyak dan oleskan mentega di atas kertas minyak sedikit sahaja. JANGAN oles mentega ditepi-tepi loyang. Ini akan menjadikan kek kecut bila selesai membakar.
8. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170C selama 35 minit atau sehingga masak.
9. Keluarkan dari oven dan terus telangkupkan loyang diatas redai, ini untuk mengelakkan kek menurun semula. Biarkan sejuk sebentar.
10. Terbalikkan loyang, kikis ditepi-tepi loyang dan keluar kek dari loyang dengan perlahan. Sejukkan sepenuhnya dan potong untuk dihidangkan.

Sunday, 3 November 2013

RED VELVET OREO FUDGE BROWNIES

Bismillahhirrohmannirrohhim..
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Macam cantikkkk ajewww..
Macam cooomeeellll ajeeww..
 hahahha..
Tak habis-habis dengan anak remaja cute tu kan..
Ok tutup kisah anak cute tu..
Jom tengok brownies nih..

Malam ini i dapat juga meng'update' satu resepi untuk bulan November. Hari-hari yang lepas kerja i asyik meng'gugel' aje..akhirnya i terjumpa la resepi nih kat blog minah salleh. Berbunga-bunga rasanya ingin mencuba resepi nih, lagi pula i memang suka tengok red velvet (tengok aje..makan kurang suka hihi) dan stok 'oreo crushed' pula banyak jadinya memang sesuai amat membikinnya..

Untuk sahabat-sahabat yang ternanti-nantikan resepi ini..dipersilakan ya, jangan malu jangan segan, kalau malu alamatnya apa pun tak bule..alaaa yang skodeng senyap-senyap pun i tahu tauuuu hihi..takpe takpe..kita kongsi aja ya..


amacamm mak ngah? ok ke tidak nih??
i rasakan kalau potong esok pagi lagi nampak cun sikit kan..sikit jewww..












Bahan-bahan brownies..
100 gm mentega
250 gm gula kastor
2 biji telur A
1 sdk esen vanila
15 gm serbuk koko*
35 gm pewarna merah*
1 sdk esen vanila* - *satukan dan gaul sehingga menjadi pes
180 gm tepung gandum*
1/4 sdk serbuk penaik* - *satukan dan ayak
50 gm oreo hancur

Cara-cara brownies..
1. Dalam mangkuk pengadun, pukul mentega bersama gula sehingga sebati.
2. Masukkan telur sebiji sebiji, diikuti dengan esen vanila dan terus pukul sehingga benar-benar rata.
3. Tambahkan pes serbuk koko bersama pewarna yang digaul tadi dan pukul sehingga sebati.
4. Masukkan tepung gandum yang diayak bersama serbuk penaik sedikit-sedikit dan kaupbalik bagi rata.
5. Akhir sekali masuk oreo hancur, gaul rata.


6. Tuang dalam loyang bersaiz 8 x 8 x 3 inci yang dialas dengan kertas minyak yang panjang dikiri dan kanan seperti gambaran diatas dan oleskan dengan mentega.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 35 minit atau sehingga masak.
8. Sejukkan atas redai tanpa mengeluarkan brownies dari loyang.


9. Tuang adunan cheese (resepi dibawah) dan ratakan dengan menggunakan perata fondant serta padat-padatkan. Sejukkan 30 minit dalam peti sejuk.


10. Akhir sekali, tuang coklat yang telah dicairkan sehingga rata dan masukkan semula di dalam peti sejuk sehingga coklat mengeras.


11. Keluarkan brownies dari peti sejuk, keluarkan juga brownies dari loyang dengan menarik keatas kertas minyak dikiri dan kanan dan potong mengikut citarasa masing-masing serta hias mengikut kreativiti anda.


Bahan-bahan cheese..
200 gm krim cheese - suhu bilik
1 sdk jus lemon
20 gm gula aising - ayakkan
200 gm oreo hancur

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk pengadun, pukul krim cheese, jus lemon dan gula aising sehingga sebati.
2. Masukkan oreo hancur dan pukul lagi sehingga sebati dan lembut.

Bahan-bahan coklat..
200 gm coklat kompound - cairkan secara double boiler