Followers

Monday, 29 September 2014

PAVLOVA

Assalamualaikum dan Selamat Petang..
Hari ini i selesaikan tugas Pavlova..semalam malam dah siapkan 'meringue' nya dan hari ini untuk krim dan buah-buahan.

Bagi yang tidak suka manisan-manisan, pavlova memang tidak sesuai buat kalian sebabnya pavlova nih manis giler..kalau ada kencing manis mauunya potong kaki kihkihkih. Serius yuuu..memang manis, itupun i dah kurangkan sukatan gula dan Pavllova tetap manis.

Tapii..
Bagi yang gemarkan manisan-manisan Pavlova akan menjadi salah satu kegemaran kalian. Dalam Pavlova ini i campurkan buah markisa selain buah-buah yang lain. Buah markisa nih masam sungguh, jadi sesuailah digandingkan yang manis dan yag masam.








Bahan-bahan..
150 ml telur putih (4 biji)
200 gm gula kastor
2 sdb tepung jagung
2 sdk cuka epal
1 sdk esen vanila
250 gm non-dairy whipping cream - pukul sehingga bertanduk
10 biji strawberry - belah 4 atau 6
20 gm blueberry
2 biji markisa - ambil isinya
1 biji kiwi - potong dadu

Cara-caranya..
1. Isikan telur putih dalam mangkuk mixer, pukul sehingga berbuih.
2. Masukkan gula secara sedikit-sedikit dan terus memukul sehingga bertanduk.
3. Tambahkan tepung jagung sambil terus dipukul lagi.
4. Akhir sekali masukkan cuka dan esen vanila dan pukul lagi sehingga adunan kesemuanya sebati dan rata.
5. Lukis di atas kertas minyak saiz loyang 8 inci, terbalikkan dan letak kertas minyak diatas loyang.
6. Masukkan adunan dalam piping bag bersama nozel pilihan dan paipkan mengikut kreativiti masing-masing.
7. Bakar dalam oven yang telah di panaskan dengan suhu 130C selama 1 1/2 jam.
8. Tutup suis oven, buka pintu sedikit dan biarkan pavlova di dalam oven selama 1 jam.
9. Biarkan pavlova benar-benar sejuk, baru di letakkan non-dairy whipping cream di atasnya bersama buah-buahan pilihan.
9. Sejukkan dalam peti sejuk, potong dan hidangkan.







dengan resepi yang sama Pavlova juga boleh dihasilkan dengan saiz yang kecil.


Sunday, 28 September 2014

PULUT KUNING

Assalamualaikum dan Salam Petang..
Berkali-kali i mencuba untuk buat Pulut Kuning tapi selalu tidak berpuas hati dengan hasilnya. Yerlaa..orang tak berapa pandai sangat kan..tapi i masih tidak berputus asa. Mencuba dan terus mencuba dan Alhamdulillah kali ini i dapat hasil yang boleh dikatakan memuaskan hati. Syukurr.

Sebenarnya..i tak boleh makan pulut..angin..tambahan lagi boleh buat i sesak nafas sebab i ada Ashtma..tapi hati meronta-ronta jugak nak makan dan cuba lagi. Alhamdulillah dapat la jugak merasa hasil dari air tangan sendiri..makan sikit jer tau..tak boleh makan banyak!

Resepi i lihat dari banyak blogger-blogger dan i cantum-cantumkan. I buat sedikit sahaja. Bagi yang memang tak mahu buat banyak boleh la cuba ya..




Bahan-bahan..
500 gm beras pulut - cuci - toskan
1 keping asam gelugor
1 sdk serbuk kunyit
Air secukupnya
250 gm santan
1 1/2 sdk garam
1 sdb minyak
Daun pandan secukupnya

Cara-caranya..
1. Dalam bekas sederhana besar, satukan beras pulut, asam gelugor, serbuk kunyit dan air yang penuh melebihi beras. Gaul bagi rata dan rendamkan semalaman atau sekurang-kurangnya 3-5 jam.
2. Cuci bersih beras dan toskan.
3. Sediakan loyang, susun daun pandan dan tuang beras, ratakan.
4. Masukkan dalam pengukus yang telah dipanaskan terdahulu dan kukus selama 15 minit.
5. Sementara itu, dalam periuk kecil masukkan santan, garam dan minyak, masak sehingga santan panas.
6. Keluarkan loyang pulut, tuangkan sedikit demi sedikit santan panas ke dalam pulut sambil digaul rata dan sebati.
7. Masukkan semula loyang pulut dalam pengukus dan kukus lagi selama 20 minit.
8. Keluarkan dan gaul bagi rata sekali lagi dan jika mahu berbentuk, masukkan dalam loyang pilihan. Sedia dihidangkan bersama lauk pilihan.


Tuesday, 23 September 2014

CHEESY BAKED RICE WITH SALMON

Assalamualaikum..
Hidangan malam kami adalah dari nasi yang tidak habis semalam hari. Kebetulan resepi ini memang sudah lama ada dalam 'wish list' untuk keluarga. I tahu menu ini sejak i berkunjung ke restoran VIVO berdekatan rumah dan sejak itu kami sering ke restoran tersebut untuk menikmati pelbagai menu.

Dann..
Kebetulan juga, bahan-bahan mentah juga ada dalam simpanan, jadi kita gunakan dan habiskan mana yang ada. Resepi ini juga i rujuk dari SINI dan kemudian i buat pertukaran mengikut kesesuaian.







Bahan-bahan..
1/2 kiub stok ayam*
70 gm air panas*
2 sdb uht whipping cream* - *satukan dalam periuk kecil
1 sdk tepung jagung + 2 sdb air - bancuh
1 sdb mentega
3 ulas bawang putih - dicincang halus
2 keping ikan salmon - buang tulang - potong dadu
1 genggam brokoli - potong kasar
1 sdk serbuk paprika
1 sdk lada hitam kasar
500 gm nasi putih sejuk
Mozarella dan cheddar secukupnya

Cara-caranya..
1. Panaskan adunan kiub ayam atas api kecil sehingga sedikit mendidih.
2. Masukkan tepung jagung, gaul rata dan terus padamkan api dan ketepikan sebentar.
3. Dalam kuali, panaskan mentega, tumis bawang putih sehingga naik bau.
4. Tambahkan ikan salmon, gaul sehingga ikan masak.
5. Tambah pula brokoli, serbuk paprika, lada hitam dan gaul biar sebati.
6. Masukkan nasi sejuk, gaul rata, jangan sampai nasi ada yang berketul-ketul. Jangan tambah garam!!
7. Masukkan nasi dalam bekas casserrol yang sesuai.
8. Tuang adunan krim tadi diatas nasi dan ratakan sehingga penuh mozarella dan cheddar.
9. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 200C selama 20 minit atau sehingga cheese keperang-perangan.
10. Keluarkan dari oven dan hidangkan ketika panas.




KULIT TART

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..sejak sudah punya TART PRESSER sekarang nih senang sangat-sangat i nak buat kulit tart. Kalau tidak..asyik membeli aja, lagi pula Adik suka sangat makan macam tu aja tanpa filling.

Kalau tanpa TART PRESSER mahu dari pagi sampai petang baru nak siap..itu tak kira lagi jari krem lahh..sakit belakang lahh sebab duduk lama sangat kann..sakit tengkok lahh..hahah..aduhh macam-macam sakit. jadi jika ada TART PRESSER ini yang bisa menyenangkan kita, kenapa tidak kita membeli kan kan..

Ok..kebetulan sekarang nih PROMOSI PERCUMA untuk TART PRESSER masih ada lagi sampai 30hb September 2014. Jadi kepada kalian yang masih berminat untuk menyenangkan tempahan kalian atau kerja-kerja kalian, boleh terus Whatsapp i di talian 016-7614744 ya. Beli satu set TART PRESSER u dapat empat saiz. Memang sungguh berbaloi youuuu!






Bahan-bahan..
150 gm mentega
100 gm gula aising - ayakkan
1 sdk esen vanilla
2 bj kuning telur
300 gm tepung gandum - ayakkan


Cara-caranya..

1. Pukul mentega bersama gula aising dan esen vanilla sehingga lembut, jangan sampai kembang nanti berminyak.
2. Masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati.
3. Masukkan tepung gandum dan uli adunan sehingga menjadi doh. Kalau doh lembik, tambahkan tepung sedikit sedikit. Doh mesti lembut.
4. Simpan doh dalam peti sejuk selama 30 minit.
5. Isikan sedikit doh dalam acuan dan terapkan dengan Tart Presser atau dibuat secara 'manual'.
6. Cucuk kulit tart dengan garfu agar kulit tart tidak mengelembung semasa dibakar.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170C selama 15 mnt.
8. Keluarkan kulit tat yang telah masak, sejukkan sebentar.








harga hanya RM330.00 termasuk postage untuk Semenanjung Malaysia..


ROTI CANAI

Assalamualaikum..
Sudah dua hari kami bersarapan roti canai buatan sendiri. Alhamdulillah walaupun i tak pandai mencanai, anak-anak dan suami suka.

Suami siap kata..lagi sedap dari kedai..OOhh!! i terkesima uuu hahhaha..kembang sebesen..tapi i cool..tak nak la nampak perasan sangat kan kan hahaha..i jawab dengan sopan.."alhamdulillah abangg" hahahha kannn..isteri mesti sopan santun dan ayu ayu gituu kann ahakks! Sila jangan muntah ijo ya..

Resepi i dapat dari satu blog nih, tapi sekali lagi i buka dia keluar You Tube..i buka lagi dia keluar ntah ape mende ntah tulisan banyak-banyak tu.. Apa apa pun terima kasih sis..i share disini pula ya..maaf sebab tak dapat nak copy link u..




Bahan-bahan..
500 ml air sejuk
1/2 sdk garam
1 kg tepung gandum
4 sdb marjerin
3 sdb susu pekat
1 sdb gula

Cara-caranya..
KAEDAH BREADMAKER
1. Tuang air sejuk dalam loyang breadmaker.
2. Di ikuti dengan bahan-bahan yang lain kesemuanya.
3. Tekan setting doh selama 15 minit sahaja.
4. Keluarkan doh dari loyang, uli doh dam ambil sebanyak 100 gm setiap biji. Lumurkan dengan marjerin dan susun dalam bekas kedap udara. Buat sehingga habis.
5. Rehatkan doh dalam 2 jam atau semalaman.
6. Ambil sebiji doh, letak atas talam bulat, lenyekkan dengan menggunakan hujung tapak tangan dari tengah doh merata ke hujung doh sehingga doh melebar dan nipis.
7. Dengan perlahan-lahan, tarik doh hingga ke hujung talam, tarik untuk keseluruhan bulatan talam dan kemudian lipat empat segi. Boleh juga di kuncupkan doh seperti ingin membilas kain, gulungkan dan leperkan  doh menjadi sedikit nipis.
8. Masak dengan minyak dalam kuali leper sehingga garing.
9. Bolehlah dicicah dengan kuah kari atau sambal ikan bilis.


JUS KESIHATAN

Assalamualaikum..
Jus ini adalah perminataan dari suami. Suami tengok di You Tube, katanya untuk kesihatan dalaman dan juga tambahan tenaga. Jika lesu-lesu ke cepat letih ke mungkin boleh la cuba. Ini hanya kata-kata dari You Tube tersebut tapi keberkesanannya tak pasti la kan.

Kebiasaannya jika di amalkan selalu barulah nampak kesannya tapi kalau setakat minum satu dua gelas errmm...tak jadi apa la kan heheheh..dan biasanya jus seperti ini suami memang tidak mahukan gula cuma kalau kalian ingin tambah gula dipersilakan ya.






Bahan-bahan..
15 biji strawberry
1 biji lemon*
1 biji limau nipis* - *sagat kulit dan ambil jusnya
6 keping tembikai

Cara-caranya..
1. Dalam mesin pengisar, satukan kesemua bahan-bahan dan kisar sehingga lumat.
2. Tuang dalam gelas dan sedia diminum.




SALMON MASAK LEMAK CILI API

Assalamualaikum..
Kebiasaannya Salmon memang menjadi bahan basah untuk kami sekeluarga. Salmon nih banyak jenis gred. Jika kita intai-intai di Aeon terutamanya, kita akan dapat lihat berbagai harga mengikut gred pilihan. Sudah tentu gred yang paling bagus adalah mahal harganya.

Bagi kami, kami hanya pilih gred yang sederhana atau yang paling rendah mengikut kesegaran pak salmon tersebut. Kali ini masak lemak cili api menjadi pilihan kami, kebetulan memang sudah lama sangat tak masak lemak.

Dan..
Mungkin masak lemak cili api kami berbeza dengan kalian. Kami suka menggunakan bunga kantan dan daun kesom sebagai penganti daun kunyit. Menu ini sebenarnya diajar oleh suami. Setiap kali suami memasak ada sahaja perubahan yang dibuat dan memang sedap pada selera kami sekeluarga. Cuba la jika mahu.



Bahan-bahan..
4 keping ikan salmon - cuci bersih
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup*
7 biji cili api hijau*
7 biji cili api merah* - *kisar halus
1 batang serai - diketuk
2 kotak santan KARA
2 cawan air
1 batang bunga kantan - belah dua
2 keping asam gelugor
Garam dan perasa
1 batang terung - saiz sederhana - potong kasar
6 biji tomato ceri
1 genggam daun kesom

Cara-caranya..
1. Dalam periuk sederhana, satukan bahan-bahan yang dikisar bersama serai, santan dan air. Masak sehingga mendidih.
2. Tambahkan ikan salmon, bunga kantan, asam gelugor, garam dan perasakan. Renehkan sehingga mendidih sekali lagi.
3. Masukkan terung, tomato ceri dan daun kesom, reneh lagi dengan api yang kecil sehingga terung empuk.
4. Tambahkan perasa jika kurang.


PAK CHOY SOS TIRAM DAN PEPPERONI

Assalamualaikum..
Hidangan sayur tengahari semalam. Sayur ada..kebetulan i tengok pepperoni pun ada..apa kata tambahkan aja dalam sayur sebagai bahan tambahan. Alaa kita buat dia kan kannn..

Resepi pun mudah, i main campak-campak aja. Boleh saja kalau nak tambah denagn bahan mentah yang lain ya..


Bahan-bahan..
1 bungkus pak choy - cuci bersih - rebus - toskan - susun dalam pinggan
1 biji bawang merah kecil*
2 ulas bawang putih*
1 cm halia* - *hiris halus
20 keping pepperoni lembu
3 sdb sos tiram
1 sdb kicap manis
1/2 sdk kicap pekat
1 sdk minyak bijan
1 cawan air
Garam dan perasa

Cara-caranya..
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
2. Masukkan pepperoni lembu, tumis lagi sehingga daging masak.
3. Tambahkan sos tiram, kicap manis, kicap pekat, minyak bijan, air, garam dan perasakan.
4. Renehkan sehingga sedikit pekat.
5. Tuang dalam pinggan sayur yang telah direbus tadi.

Saturday, 20 September 2014

CHEESE BAKED FETTUCCINE CARBONARA

Assalamualaikum dan Selamat Pagi semuaaaa..
Cheese Baked Fettuccine Carbonara yang telah i buat petang semalam. Pagi ini juga kami bersarapan dengan hidangan yang sama.

Semasa kami makan di Restoran Vivo, suami makan menu ini dan i suarakan nanti i boleh cuba buatkan sendiri. Kebiasaannya i buat tanpa bakar dengan cheese dan kali ini kita ikut cara macam Vivo pulak ya. Alhamdulillah semalam suami makan licin.






Bahan-bahan..
1 bungkus fettuccine - rebus dalam air yg penuh sehingga lembut
1 biji bawang holland*
3 ulas bawang putih* - *hiris halus
400 gm daging RAMLY - suhu bilik
2 sdk serbuk lada hitam kasar
1 sdk serbuk lada sulah
3 tin sos carbonara cendawan PREGO
1/2 air masak
1 tin cendawan butang - hiris nipis
1 genggam basil segar - hiris halus
1 helai daun bay
1 sdk oregano kering
10 biji baby tomato
2 keping cheese
Mozarella secukupnya

Cara-caranya..
1. Panaskan minyak zaitun dalam periuk, tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan daging cincang dan kacau sehingga rata dan sebati.
3. Masuk pula lada hitam, lada sulah, sos carbonara dan air, kacau sehingga sebati dan renehkan dalam 5 minit.
4. Tambah cendawan butang, basil segar, daun bay dan oregano kering, gaul dan renehkan lagi dengan api kecil sehingga mendidih.
5. Masukkan baby tomato dan kepingan cheese dan reneh lagi dengan api kecil dalam 10 minit.




6. Sediakan bekas casserol aatu bekas yang sesuai. Masukkan fettuccine bersama carbonara dan ratakan mozarella di sekeliling bekas sehingga penuh.

7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 200C selama 20 minit atau sehingga cheese keperang-perangan.
8. Sedia dihidangkan.




sos carbonara yang i gunakan..

Thursday, 18 September 2014

SALTED CARAMEL CHOCOLATE CAKE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Fuhhhh!! masih lagi dengan permintaan dari Awin dan kek telah dibuat oleh Awin sendiri sambil-sambil dibantu oleh mama. Alhamdulillah.

Rupa-rupanya lama dah Awin nak buat kek nih, tapi asyik tertangguh aje. Setelah Awin suarakan pada i, i kata ok dan terus mencari-cari resepi sebagai rujukan DISINI. Kepada yang mahu mengikut resepi asal, sila klik link tersebut ya. I ada buat banyak pertukaran disini mengikut keadaan, kesesuaian dan keperluan yang ada.

Dannn..
Hasilnya sangat memberangsangkan. Awin kata kalau dah makan tak boleh nak berkata-kata sebab terlalu sheedapppp..hehehhe... Apa-apa pun sangat-sangat syukur Alhamdulillah. Kepada yang ingin mencuba dipersilakan tanpa paksaan.










Bahan-bahan kek..
250 gm mentega - suhu bilik
300 gm gula kastor
100 gm gula perang
3 biji telur
1 sdk perasa vanilla
70 gm serbuk koko
230 gm air panas
230 gm sour cream
360 gm tepung gandum*
2 sdk serbuk penaik*
1 sdk serbuk soda* - *satukan dan ayak

Cara-cara kek..
1. Dalam mangkuk sederhana yang lain, satukan serbuk koko, air panas dan sour cream, gaul sebati dan ketepikan biarkan sejuk.
2. Dalam mangkuk pengadun, pukul mentega, gula kastor dan gula perang bersama selama 5 minit.
3. Masukkan telur sebiji demi sebijik dan pukul lagi dalam 5 minit.
4. Masukkan bergilir-gilir adunan tepung dengan adunan serbuk koko dan diakhiri dengan adunan tepung. Pukul sebati dengan kelajuan paling perlahan.
5. Sediakan 4 loyang bersaiz 8 inci, lapik kertas minyak dan oleskan mentega.
6. Tuang adunan kek sebanyak 400 gram untuk setiap loyang.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 35 minit atau sehingga masak.
8. Keluarkan dan sejukkan atas redai sebelum dikeluarkan dari loyang.

Bahan-bahan salted caramel..
300 gm UHT whipping cream
2 sdk garam laut
120 gm air
400 gm gula kastor
80 gm corn syrup
120 gm sour cream

Cara-caranya salted caramel..
1. Panaskan uht whipping cream dan garam laut dalam pan. Cukup sekadar panas, bukan mendidih.
2. Dalam pan sederhana yang lain, satukan air, gula kastor dan corn syrup. Kacau sehingga mendidih dengan api yang besar sehingga menjadi warna keperang-perangan yang pudar. Hati-hati jangan sampai menjadi warna perang yang pekat, ia akan menjadi pahit.
3. Setelah perang, tutup api dan dengan perlahan dan sedikit-sedikit masukkan adunan uht whipping cream dan gaul sebati. Hati-hati kerana ianya akan meletus-letus.
4. Akhir sekali masukkan sour cream dan gaul sebati.
5. Bahagikan salted caramel ini kepada 2 bahagian.

Bahan-bahan caramel ganache cream frosting..
300 gm uht whipping cream
20 gm corn syrup
600 gm coklat compound - potong halus
2 sdb mentega
300 gm fresh cream - pukul kental

Cara-cara caramel ganache frosting..
1. Sediakan coklat compound yang telah dipotong halus dalam bekas aluminium sederhana besar.
2. Panaskan uht whipping cream dan corn syrup dalam pan sehingga berbuih ditepi-tepi periuk.
3. Tuang adunan uht whipping cream dalam bekas coklat compound dan gaul sehingga coklat mencair.
4. Dengan pantas tuang separuh bahagian salted caramel tadi dan mentega dan gaul lagi sehingga kesemua bahan sebati.
5. Ketepikan caramel ganache 2 cawan untuk dekorasi lelehan pada kek nanti.
6. Baki caramel ganache dicampurkan bersama 'freshcream' yang telah dipukul kental dan pukul lagi sehingga adunan keseluruhannya sebati dan rata.
7. Masukkan caramel ganache cream didalam piping bag.

Cara-cara penyediaan kek..
1. Sediakan papan kek bersaiz 10 inci.


2. Letakkan sekeping kek diatas papan kek dan tuang 1/4 cawan salted caramel, ratakan pada keseluruhan kek.


3. Pipe kan caramel ganache frosting secara bulatan dari tepi kek sehingga ke tengah kek. Ratakan dengan menggunakan spatula.

4. Tabur sedikit dengan garam laut. Yang ini i guna garam laut halus.
5. Tindihkan kek kepingan kedua dan ulangi langkah-langkah nombor 2 sehingga nombor 4.
6. Setelah selesai dengan kek yang ke 4, sapu nipis caramel ganache cream frosting pada keseluruhan kek dan sejukkan dalam peti sejuk selama 30 minit atau sehingga krim mengeras.
7. Keluarkan kek dari peti sejuk, masukkan krim kedalam piping bag dan pipe kan pada keseluruhan kek dan lepa sehingga licin. Kemudian sejukkan semula dalam peti sejuk sehingga krim mengeras.
8. Panaskan baki ganache tadi didalam mikrowave untuk beberapa saat.
9. Keluarkan kek dari peti sejuk dan tuang caramel ganache di tengah-tengah atas kek dan ratakan ganache supaya ganache melelh ke bawah kek dan hiaslah mengikut kreativiti kalian.




PORTUGUESE EGG TARTS

Assalamualaikum dan Selamat Pagi semuaaa..
Dahulu memang tak suka dan langsung tak teringin pun nak buat Egg Tarts nih. Dok fikir..eee tak hanyir ke dengan telur tu? Dan kemudian, i cuba beli..bila makan..Ya Ampunn..Enak banget sihhh!!!

Dan kemudian..
Masih juga tidak mahu membuat sebab masih belum sampai seru. Dan kini Awin request..ermmm asyik dia jer yang request..yerla uuu..dah dia jer yang kuat makan hahhaha..

Makanya..Awin pun mencari-cari resepi dan akhirnya rujuk DISINI. Terima kasih kepada Blogger yang berkenaan. Cuma disini i ada buat penambahan dan pertukaran antara bahan-bahannya.









Bahan-bahan..
1 bungkus Puff Pastry jenama KAWAN
100 gm UHT whipping cream
150 gm susu segar
60 gm gula kastor
3 kuning telur*
2 telur penuh* - *satukan dan pukul sedikit
1 sdk esen vanilla
1/2 sdk spekuk @ serbuk kulit kayu manis

Cara-caranya..
1. Masak uht whipping cream bersama susu segar dalam pan sehingga panas. Cukup sekadar panas bukan mendidih.
2. Masukkan gula kastor dan kacau sehingga gula larut.
3. Tambah kedua-dua bahagian telur yang telah dipukul sedikit dan kacau sehingga sebati.
4. Akhor sekali masukkan esen vanilla dan spekuk, gaul rata dan sebati.
5. Tutup api, ketepikan dan biarkan sejuk sebentar.


masih menggunakan loyang mini muffin ini..
i love dis loyang!


6. Sediakan loyang mini muffin dan semburkan dengan 'spray cooking'.
7. Ambil sekeping pastri jenama KAWAN, nipiskan pastri dengan pengelek, tekap dengan acuan bulat mengikut saiz loyang yang digunakan dan susun di dalam lubang muffin. Lebihan pastri yang ditekap boleh digunakan lagi bersama lebihan pastri yang lain. Uli bersama semula dan gelekkan.
8. Cucukkan dengan garfu kulit pastry.


9. Tuangkan penuh adunan telur kedalam puff pastry.

10. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 200C selama 40 minit atau sehingga masak.
11. Kleuarkan dari oven dan sejukkan atas redai.




puff pastry yang i gunakan..