Followers

Monday, 30 June 2014

CHOCOLATE CHIP COOKIES

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat hari ke 2.
Hari ini masih lagi permintaan buat kudap-kudapan Awin di kampus nanti. Chocolate Chip Cookies menjadi pilihan Awin dan bawa bekal untuk adiknya Aman bekalan di kampus juga.

Resepi ini memang kena dengan selera saya, sedang-sedang enak..tidak terlalu manis, itupun kerna i sudah kurangkan sukatan gulanya.






Bahan-bahan..
580 gm tepung gandum*
1 1/2 sdk serbuk soda* - *satukan dan ayak
340 gm mentega
230 gm gula kastor
150 gm gula perang
3 biji telur
1 1/2 sdb perasa vanilla
150 gm walnut - dicincang
450 gm coklat chip

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk mixer, satukan mentega dan kedua-dua jenis gula dan pukul sebati.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji diikuti dengan perasa vanilla, pukul sehingga adunan rata sepenuhnya.
3. Masuk pula adunan teoung yang diayak sedikit demi sedikit dan gaul rata.
4. Akhir sekali masukkan walnut dan coklat chip, gaul sebati.
5. Sejukkan adunan dalam peti sejuk 1 jam.
6. Sediakan loyang yang dilapik kertas minyak, tak perlu oles. Skop adunan dengan mengunakan skop aiskrim. Adunan ini menghasilkan 78 biji dengan menggunakan skop aiskrim saiz kecil.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 200C selama 12 minit atau sehingga bertukar warna keperang-perangan. Jangan risau jika biskut lembut bila ditekan, bila sejuk biskut akan sedikit mengeras.
8. keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai sebelum disimpan didalam bekas kedap udara.






4 comments:

  1. Halo, Apa kabar?

    Salam kenal dari kami myTaste Indonesia.

    Kami melihat bahwa Anda memiliki resep-resep masakan yang sangat lezat dan menarik sekali.

    Kami dari myTaste Indonesia mengundang agar blog masakan Anda berada di TOP FOOD BLOG dalam situs kami, myTaste adalah Jejaring Sosial bagi para pecinta masakan di Indonesia maupun dunia Internasional. myTaste sendiri memiliki 37 situs di masing-masing negara bagiannya. Banyak blog yang telah menjadi anggota dan mendapatkan keuntungan dari publikasi di situs kami.

    Anda dapat menambahkan blog Anda pada daftar Top Food Blog kami dengan mengikuti link ini: http://www.mytasteindonesia.com/top_food_blogs

    Terima kasih atas perhatiannya dan telah berbagi resep masakan Anda kepada kami.

    Salam myTaste Indonesia,
    Immanuel Kabuhung

    Selamat menunaikan Ibadah Puasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Immanuel Kabuhung..

      Salam kenal kembali dari saya juga.

      Jutaan terima kasih diatas undangannya dan amat amat dihargai. Kini saya telah menambah blog.

      Terima kasih dan Selamat menunaikan Ibadah Puasa.

      Delete
  2. kak nk tnya, dekat mana sy blh beli scoop ais krim saiz kecil?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg susah nk cr scoop kecil tu..cuba tgk kt DIY..kdg ada..akak beli kt sana..

      Delete