Followers

Monday 30 June 2014

HOMESTAY SEPERTI RUMAH SENDIRI..

Assalamualaikum..
Suka i berkongsi akan homestay di Langkawi yang mana seperti kita tinggal dirumah hak milik sendiri..amboiiii!! betul laa kan..kalau kita dah bayar, maknanya hak milik kita la untuk hari yang di bayar..kan kann..kannn..

Homestay ini sangat-sangat selesa dan boleh memuatkan seramai 7 - 10 orang tapi kami kesemuanya 12 orang hehehe. Semua kelengkapan di homestay ini kita boleh guna pakai. Pendingin udara sepenuhnya..tapi tolet takde laa hokey! hahaha..

Dapur..errmmm semua cukup..kelengkapan memasak, bahan-bahan seperti beras, bawang, gula, minyak, milo, teh, kopi, nescafe, maggie..haizzzz semua cukup laa kalu untuk terdesak. Toileteries pun semua ada, berus gigi takde laa..kikiki. 

Jimat pun jimat juga..nak kata mahal, i rasa berpatutan. Memang ada homestay yang jauh lebih murah tapi mungkin tidak seselesa seperti ini. Tak percaya jom tengok bawah..



Dataran Helang
semua nak amek gambor dengan helang gergasi nih..


inilah homestay nya..


sofa hijauuuu uuu..my fav colour!


ruang tamu..


tv plasma..


sudut tepi tangga..


meja makan yang comelll ajee..


mamat nih memang lawo macam mama dia ahakkks!


nih bilik nombor 1 di tingkat bawah..
di homestay nih ada 4 extra bed..bantal pun banyakk..
kalau ramai bule jer tidur kat ruang tamu atau kat tepi tangga tu..kalau nak tidur kat dapur pun bulee hahaha..


setiap bilik disediakan telekung 2 set uu..


ini pulak bilik nombor 2 ditingkat bawah juga..






yang nih sudut dapur..peti ais pun ada air mineral..kicap segala tok nenek adooo..


duduk sini, u all tak payah hantar baju kat dobi..sebelum u merendek u cuci baju dulu..pastu jemur kat luar..jimatttt dahhh..kannn..


hiasan ditangga menuju bilik atas..


hiasan ditepi sudut sebelum masuk bilik utama..


ini bilik nombor 3..
ada katil quenn dan single..
adik dah penat terus bobok..


nih pulak Awin yang nak peace..
maaf muka tidak dibenarkan menonjol di laman sosial ya hahaha..


nih pulak set almari dan almari mekap..bilik 1 dan 2 juga ada..


adik dan abang kemain lagi suka naik jetski..

Rasa-rasa ok tak homestay nih? Bagi i ok laa..kami pergi pun 12 orang..jadi kami kongsi-kongsi la kan..haizzz banyak duit aku nak support sumee..mau pengsan kat situ gakkk hahahha..

Tuan rumah nih namanya Encik Rahim, dia charge kami rm1800.00 dari jumaat malam sampai isnin maghrib termasuk dengan van 12 seater. Siap pinjamkan kami GPS lagi tau. Gambar van lupa nak ambil..alaa van panjang berjela tu, kalau nak 2 biji kereta pun bole harga sama jer tapi sebab kami nak jimat lagi so amek aje van panjang ular tuu..hahaha..

Sape bawak van? i leeeerrrr..terkezut tuan rumah hahahha..dahh itu aje nak share ya..lain-lain tak yah la yaa..

Kepada yang ingin duduk di homestay ini boleh terus hubungi Encik Rahim di talian 019-4784300..baik orangnya.


No comments:

Post a Comment