Followers

Tuesday, 10 June 2014

VANILLA MACARONS

Assalamualaikum..
Masih lagi permintaan dari Awin yang ingin membawa balik buat sahabat-sahabatnya di hostel. Memang putih telur terlalu banyak dirumah nih dan kebetulan i pun sudah bertahun tak buat mak aron nih.

Bila ada mood nak buat..bahan pula takde..tapi bila anak dah minta macamana pun mesti buat. Alhamdulillah 4 hari Awin pulang ke rumah segala yang diminta..segala yang mahu dimakan..semua mama dah buat. Syukur atas izinNYA. Amin..

Untuk resepi Macarons nih rata-rata resepinya lebih kurang sama. Jadi pandai-pandailah kita pilih yang mana satu pilihan ya. I pula ikut buku yang dibeli tempoh hari.






Bahan-bahan..
80 gm serbuk badam - bakar sebentar
120 gm gula aising - ayakkan
2 telur putih
50 gm gula kastor
1/2 sdk perasa vanilla
Setitik pewarna skyblue

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk sederhana besar, satukan serbuk badam dan gula aising, gaul rata. Ketepikan.
2. Dalam mangkuk mixer pula, pukul putih telur sehingga berbuih, masukkan gula kastor dan vanilla pukul lagi sehingga bertanduk.
3. Masukkan adunan kering sedikit demi sedikit dalam adunan telur dan pukul dengan kelajuan paling perlahan cukup sekadar sebati.
4. Akhir sekali tambahkan pewarna, gaul sebati dan rata.


5. Masukkan adunan dalam piping bag, paipkan diatas 'macarons mat'. Jika tidak ada 'macarons mat', lukis bentuk bulat di 'parchment paper' bersaiz sebesar duit syiling 50 sen, terbalikkan parchment paper dan paip mengikut lukisan syiling tadi supaya saiznya sama. 


5. Biarkan adunan benar-benar kering licin, lebih bagus keringkan dibawah kipas.

6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 130C selama 15 minit atau mengikut kesesuaian oven masing-masing.
7. Keluarkan dan sejukkan atas redai.
8. Paipkan krim vanilla (resepi dibawah) pada satu macaron dan kemudian tindihkan satu lagi.
9. Siap dan hiaslah mengikut kreativiti kalian.


Bahan-bahan krim..
50 gm mentega
1/2 sdk perasa vanilla
110 gm gula aising - ayakkan

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk, pukul mentega bersama vanilla sehingga berkrim.
2. Masukkan gula aising dan pukul lagi dengan kelajuan tinggi sehingga adunan mengembang dan bertukar warna menjadi krim.
3. Masukkan adunan dalam piping bag. Sedia digunakan.





6 comments:

  1. nampak menarik..sure sedap :-)

    ReplyDelete
  2. Cantik jea kejadian macaron akak

    ReplyDelete
  3. Cantiknya..sy masih x berani buat lg..bmbg x jd he2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut jer step2 tu sis, insyaallah jadi..

      Delete