Followers

Tuesday 3 June 2014

RENDANG AYAM

Assalamualaikum..
Hidangan malam ini buat kami sekeluarga. Sebenarnya tengah hari tadi kami makan di luar, jadinya malam wajib la masak kannn. Kebetulan tadi pagi-pagi ternampak sahabat FB buat rendang ayam dan dan tu leee meleleh ayaq liuqqq..

Bila keluar tengah hari tadi, i pun ajak la suami pergi AEON dan beli bahan-bahan untuk buat rendang. I buat seekor ayam tapi kami dirumah hanya bertiga aja hehehe..takpe yang lebih kita boleh frozen kan..




Bahan-bahan..
1 1/2 cawan minyak masak
1 ekor ayam - sederhana besar - potong 12 - cuci bersih - toskan
4 biji bawang merah besar*
7 ulas bawang putih*
2 inci halia*
2 inci lengkuas*
1 inci kunyit hidup*
7 biji cili api hijau*
5 biji cili api merah*
6 batang serai*
3 biji buah keras*
1 inci belacan - dibakar*
1 cawan air* - *kisar lumat
1 cawan cili kering kisar
3 sdk ketumbar**
2 sdk lada hitam**
2 sdk jintan manis**
2 sdk jintan putih** - **sangaikan sehingga naik bau dan kisar halus
400 gm santan KARA
2 sdb gula merah
3 sdk garam
1 sdk perasa
2 keping asam gelugor
3 helai daun kunyit - buang urat tengah dan hiris halus
2 sdb kerisik

Cara-caranya..
1. Sediakan kuali besar, sangai ketumbar, lada hitam, jintan manis dan jintan putih sehingga naik bau. Angkat dan kisar halus dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali yang sama, tumis bahan-bahan bawang yang telah dikisar lumat sehingga naik bau kemudian masukkan cili kering kisar. Masak sehingga cili dan bawang sedikit garing.
3. Masukkan bahan-bahan yang disangai tadi dan biarkan lagi dalam 8 minit.
4. Tambahkan ayam, gaulkan sehingga ayam rata dan sebati. 
5. Masukkan santan dan gaul sebati dan rata. Renehkan sehingga sedikit kering.
6. Apabila sudah separuh kering, tambahkan gula merah, garam, perasa, asam gelugor dan daun kunyit. Gaul rata lagi dan biarkan ayam mengering lagi.
7. Akhir sekali, masukkan kerisik dan gaul sebati dan sehingga kering. Bila sudah masuk kerisik pastikan rendang sentiasa digaul, ini kerana rendang akan mudah melekat di kuali.




No comments:

Post a Comment