Followers

Friday, 4 July 2014

KUIH BAKAR KEMBOJA

Assalamualaikum..
Di awal pagi i dah memulakan juadah untuk malam nanti. Kuih Bakar Kemboja..sebenarnya i tak suka makan, tapi lama-lama bila tengok, nampak cantik pula dan hati membuak-buak nak buat.

Pagi-pagi terus i mencari acuan pecah 8. Sebenarnya dulu i selalu beli sebab anak bujang i suka sangat-sangat. Jadinya selepas ini tak perlu beli lagi sebab mama dah pandai buattt cewahhhh hihihi..

Resepi pula i dapat dari rumah DAMAI QALBU. Terima kasih sis berkongsi resepi dan i panjangkan disini pula ya..sukatannya pula i tukarkan kepada gram dan suhu serta masa i tambahkan mengikut kesesuaian oven i.




Bahan-bahan..
250 gm jus pandan - 6 helai daun pandan + 250 gm air - kisar halus - tapiskan
200 gm gula kastor
3 biji telur
450 gm santan KARA
1 sdk perasa pandan
1/2 sdk garam
2 sdb mentega - cairkan
270 gm tepung gandum - ayakkan
Bijan - untuk ditabur

Cara-caranya..
1. Panaskan oven dengan suhu 200C. Panaskan sekali acuan pecah 8.
2. Dalam mangkuk besar satukan kesemua bahan-bahan dan pukul sehingga adunan tidak berbintil. Jika masih berbintil, masukkan dalam pengisar dan kisar sehingga larut.




3. Keluarkan acuan, oleskan dengan mentega atau 'spray cooking', tapis adunan dan terus tuang sehingga penuh kedalam acuan pecah 8. 1 adunan memerlukan 4 biji acuan.


4. Tabur bijan pada adunan.

5. Bakar selama 50 minit atau sehingga garing diatasnya.


4 comments:

  1. Aduhaai my feveret ni tapi tak boleh makan lagi sekarang kerana allegik dengan tepung gandum. Bakar guna oven atau dapur? cantik garing disekeliling. Itu yang menambah geram melihatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Percubaan pertama nih sis..Alhamdulillah jd kot..kita bakar guna oven aje sis..

      Delete
  2. Sedapnya, buat sendiri puas hati, naknya guna acu tu mmg klasik lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah sedap sis..mmg puashati bila dpt buat sendiri kan..

      Delete