Followers

Sunday 8 June 2014

KUIH LAPIS

Assalamualaikum..
Sejak Awin balik dari Jumaat lepas, pelbagai menu i buat atas permintaan Awin. Pagi-pagi ini i buat Kuih Lapis yang menjadi kegemaran Awin dari dulu lagi.

Sebenarnya i tak berapa pandai buat kuih-kuih nih tapi demi anak wajib mencuba. Alhamdulillah menjadi kotttt..hihihi..dan resepi ini i dapatkan DISINI. Terima kasih sis. Mohon dikongsikan disini pula ya. Cuma resepi ini i tukarkan ke sukatan gram.











Bahan-bahan..
100 gm tepung beras*
2 sdb tepung jagung*
2 sdb tepung gandum* - *satukan dan ayak
70 gm gula kastor
400 gm santan pekat
1/4 sdk garam halus
1 sdk esen rose tanpa warna
1/2 sdk pewarna merah

Cara-caranya..
1. Dalam bekas sederhana besar, satukan kesemua bahan-bahan kecuali pewarna pink. Gaul rata. Jika masin berbiji-biji, masukkan dalam pengisar, kisar sehingga halus. Tapiskan adunan.
2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu bahagian dibiarkan putih dan satu bahagian lagi ditambahkan pewarna merah, akan tetapi lebihkan adunan warna merah.
3. Sediakan loyang bersaiz 7 x 4 inci, oleskan dengan sedikit minyak atau 'spray cooking'. Panaskan loyang ketika sedang memanaskan pengukus.
4. Keluarkan loyang, sendukkan 1 1/2 senduk besar adunan bewarna merah dan kukuskan selama 6 minit.
5. Keluarkan loyang dan tuang 1 1/2 adunan warna putih pula, ratakan dan kukus lagi selama 6 minit juga.
6. Ulangi langkah-langkah nombor 4 dan 5, buat sehingga selesai.
7. Untuk lapisan yang terakhir kukus selama 8 minit. Keluarkan dan sejukkan atas redai.




Nota : Jika kalian menggunakan pengukus biasa, sila bungkus penutup pengukus dengan aluminium foil atau kain agar air tidak menitis diatas adunan.

No comments:

Post a Comment