Followers

Monday 25 June 2012

PINEAPPLE BASIL FRIED RICE

As-salam..
Wahhhh nama kemainn lagi kann..spesies 'omputeh' gitu heheh, ini la menu kami sekeluarga malam ini tanpa en. suami..tadi ingatkan tak mahu masak, nak makan apa yang ada aja, sekali terpandang nenas yang sebiji lagi tu..dalam fikiran nih, apa laaaa nak buat yaa..terus teringat nak buat nasi goreng dan skodeng2 resepi jumpa kat SINI, terima kasih kepada blogger tersebut tapi i buat ikut bahan2 yang ada..akhirnya jadi la kejadian seperti iniii..jom lihat..





Bahan2..
3 cawan nasi putih
1 biji bawang holland*
2 ulas bawang putih*
4 biji cili api* - *potong dadu
1 sdk serbuk lada hitam
1/2 cawan isi kerang
1/2 cawan sotong
1/2 cawan sayur campuran
1/2 cawan nenas - potong dadu
1 sdb sos ikan
2 sdb sos soya cair
1/2 cawan basil segar
Garam & perasa
1 biji nenas - belah 2 - keluarkan isi (isi jangan buang boleh buat jus)

Cara2nya..
1. Dalam kuali, panaskan minyak, tumis bahan2 yang dipotong dadu sehingga naik bau.
2. Masukkan lada hitam, kerang, sotong, sayur campuran dan nenas, gaul sebati sehingga masak.
3. Tambahkan sos ikan, sos soya cair, garam dan perasa, gaul lagi.
4. Tambahkan nasi dan basil, gaul bagi rata selama 5 minit.
5. Sendukkan nasi ke dalam nenas yang dibelah dua dan hidangkan.

12 comments:

  1. kreatif! mesti rasanya macam makan kat restoran 5 bintang, kan... harus korek2 isi nenas tu sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya biasa aje sis..i lg suka nasi grg kampung hehhe..
      iya sis, korek isi dlm nenas tu..

      Delete
  2. cantiknya nasi goreng dalam buah nanas... org yg takde selera nk makan pun jd berselera kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'aa kan sis..smlm i pun mcm tu gak, mula2 kenyang, nampak cenggini teru lapar heheh..

      Delete
  3. kalau anak2 ucu nampak ni mesti depa suruh buat mcm ni...alamt kena cari nenas lah pulak.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari nenas cepat sis ucu..bule buat kasik anak2 kan..

      Delete
  4. AMboi Kak Shu... bukan main lagi nenas tu... Jambulnya pun ada lagi... very d tempting... Hubby suka nasi goreng nenas ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboiiii cyg ogyep..mmg kemain lg noneh nih kan, nerjambul2 hehehe..1st time mkn nih ygg..

      Delete
  5. Amboi sis... Menggiurkan jerk nasi goreng sis ni.. Naz ni dah lah peminat mknn2 yg ada letak nenas ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huuuiihhh terliur jugak la sis kalu lapar hehehe..

      Delete
  6. Basil tu sama ke dengan daun selasih? Sbb Kat google dia tulis Thai basil. Kalau daun selasih baunya kuat

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada yg panggil selasih..ade yg panggil kemangi sis ainee..

      Delete