Followers

Saturday, 23 June 2012

MASAK LEMAK DAUN TURI & KELEDEK

As-salam semuaa..
Satu lagi hidangan tengahari ini buat kami sekeluarga, lamanya tak masak daun turi nih, adalah lebih kurang 3 tahun, kelmarin en. suami belanja barang2 dapur beli sekali daun turi, semalam en. suami dah outstation, balik pula minggu depan, nanti layu pulak daun turi nih kalau nak tunggu balik, jadi i masaklah dulu, nanti en. suami balik i masak lain..antara lauk kegemaran en. suami..jom tengok cara i buat..





Bahan2..
1 cekak daun turi - ambil daunnya - cuci bersih - toskan
200 ml santan KARA
250 ml air
2 biji keledek - potong kasar
2 sdb udang kering - rendam air panas - toskan*
1 biji bawang merah kecil*
1 ulas bawang putih*
1 cm halia*
1 inci kunyit hidup*
2 biji cili api* - *tumbuk lumat
1 kiub pati ikan bilis

Cara2nya..
1. Tuang santan, air, keledek, bahan2 tumbuk dan kiub ikan bilis, renehkan sehingga keledek empuk.
2. Masukkan daun turi, perasakan jika tawar, reneh lagi selama 5 minit.
3. Siap dihidangkan bersama sambal belacan.


daun turi..yang nih i dah carik2kan dari batangnya..


10 comments:

  1. ogyep kan selalu mistake daun turi dengan pucuk manis... rupanya almost sama.. rasanya jauh berbeza kan.. dah lama x makan, ada ikan masin tak? baru ada kickkkkk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo x sama ya sis dgn pucuk manis..x xtau heheh..nih i makan dgn sambal belacan aje sis..

      Delete
  2. sedap ! mmg peberet syur nie masak lemak...mkn dgn ikan masin + sambal belacan + nasi mesti panas...air kosong jer pun x pe....leleh air liur lah...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhmdlhh sedapp sis lg2 mkn dgn sambal belacan..haiizz..lapar pulakk hehhe..

      Delete
  3. As salam JC. Daun turi ni sama ke dengan daun pucuk manis. Masa kat kampung tanam pokok pucuk manis belakang rumah. Nak masak, tinggal petik jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis azie..
      tu la sis..i pun xtau..sis ogyep (komen atas) bilang x sama, jauh bezanya..huhu..

      Delete
  4. Salam Shu.akk suka masak lemak gini...mkn pula dg ikan masin...confirm bertambah nasi...
    re; Shu, silakan mencuba nasi kerabu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt sis..
      yerla sis, ramai yg kata sedap kalu makan dengan ikan masin..i pulak kurang makan huhu..nti nk cuba la sis n nasi kerabu juga nak cuba insyaallah..

      Delete
  5. salam kak.. rasanya gambar yg atas ni pucuk manis.. daun turi kecil2 bersusun banyak, macam daun semalu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm sis hamnira..
      hehehe akak pun confuse mana 1 turi mana 1 pucuk manis..tp nih dh bedal dah hihi..

      Delete