Followers

Friday, 22 June 2012

CHOCOLATE CHEESE BALL

Assalamualaikum & salam sejahtera..
Hari ini genap la 1 minggu i tidak mem'baking'..lamakannn..tadi i merajinkan diri membuat kek coklat..nak kasik la anak2 makan, dah buat2..dah bakar2 sekali punah semuanyaa..ntah kenapa laa ya dah 2 kali i buat guna 'bundt pan' nih kek i melekat..adoii saborr jerla, dulu2 guna oke aje..haiizzz..takkan suruh i beli baru kot..hahhaha..gasak laa..pastu i buat ape tau..jom tengok..resepi nih pertama kali i cuba..pemberian dan atas izin seorang hamba ALLAH yang enggan namanya disiarkan hehhe..makasih beb atas resepinya..


akhirnyaaa..jadilah chocolate cheese ball..


occay x sis?? ok la kan hehhe..
teringat dulu masa tinggal di usj, selalu beli kek nih kat taipan..


sape2 keknya yang tak jadi tu..buat la macam nih yaa..

Bahan2..
2 biji telur
300 gm gula castor
200 gm susu cair IDEAL
200 gm tepung gandum*
1 sdk baking powder*
1 sdk baking soda*
50 gm serbuk koko* - *satukan dan ayak
160 gm minyak jagung
180 gm air panas

Cara2nya..
1. Dalam mangkuk mixer, pukul telur dan gula sehingga sebati, tambah susu cair dan terus pukul sehingga kembang.
2. Tambahkan bahan2 kering yang di ayak, pukul guna mixer dalam kelajuan paling rendah selama beberapa saat.
3. Tuang minyak dan gaul sebati.
4. Akhir sekali tambahkan air panas dan gaul bagi adunan rata.
5. Tuang adunan dalam loyang bersaiz 8 atau 9 inci yang telah digris dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170C selama 50 minit.
6. Keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai.
7. Dalam mangkuk besar, gaul2kan kek sehingga hancur dan tambahkan bahan2 frosting (resepi dibawah), pukul dalam mixer sehingga sebati.
8. Kepal2kan adunan sebanyak 50 gram, spraykan sedikit air masak ke kek (supaya chocolate chip boleh melekat pada kek), kemudian gaul2kan dalam chocolate chip.
9. Buat sehingga selesai dan susun dalam papercup yang sesuai. Adunan memperolehi sebanyak 29 biji.

Bahan2 frosting..
150 gm fresh cream
250 gm cream cheese
50 gm gula aising - ayakkan

Cara2nya..
1. Pukul fresh cream sehingga bertanduk.
2. Dalam bekas lain, pukul juga cream cheese bersama gula aising sehingga sebati.
3. Tambahkan freshcream dan pukul bersama sehingga sebati juga.

Bila buat 'rumble cake' nih teringat i kat chef peter lim dulu, masuk kelas dia, bila ada baki2 kek, dia buang tau..pastu i bagitau la 'chef, kenapa u buang kek2 tu sayang tau, boleh buat 'pop cake' hahahha..sebelum tu dia marah kami sebab buang kertas minyak yang tinggal sikit2 tu..katanya jangan membazir..sekali i tengok dia buang baki2 kek tu..i pulak bagitau dia 'jangan membazir' hehehhe..sekiannn..hehhe..

9 comments:

  1. JC...sedapnya yg nie...sure la menambah berat badan lagi nih...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh memang tertambah beratnya sis asyifa heheh..

      Delete
  2. oh... nmpk sgt sedap. choc cake mmg sedap kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah sedapp sis FnF..cuba laa..

      Delete
  3. nampak menarik n sedap..pasti anak2 suka ni sbb coklat..tq 4 sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol sis, anak2 mmg suka, mama pun suka nih heheh..

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sis rahel pun ade buat sis yanie..tp i x ikut resepi dia..

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete