Teh bunga..adoiiii..mengingatkan i masa buka pasar ramadhan dulu, seronok tauu..dulu bila bulan puasa JUICY CAFE kurang laku, al-maklum la bulan puasa kan..jadi i cari alternatif lain, buka pasar ramadhan di bandar saujana putra, adalah i buat 2 tahun kalu tak silap, sebelum i pindah johor nih, mula2 jual air nih, kedai2 lain semua tak jual, kedai i saja yang jual teh bunga nih, selepas 2 minggu puasa, semua kedai jual teh bunga..takpe..alhamdulillah, rizki masing2 kan..dah nak dekat ramadhan nih, macam2 i nak buat..kuih2 laa, air2 laa..apa2 pun teh bunga nih memang sedap bila diminum masa berbuka..jom cuba..
resepi nih i dapat dari aunty jiran rumah lama i di usj..
walaupun aunty maggie tak nampak, i tetap nak say thank you to her..
thank you auntyy for this lovely recipe..miss u..
minum panas atau sejuk memang sedapp..
penyejuk badan..
Bahan..
1.5 liter air
1 uncang bunga @ 1 genggam bunga
2 batang 'kamchou'
1 cawan gula batu @ gula tebu
Cara2nya..
1. Dalam periuk rebuskan air sehingga betul2 masak dan mendidih.
2. Masukkan gula batu @ gula tebu bersama 'kamchou', biarkan mendidih lagi atau sehingga gula hancur.
3. Tambahkan uncang bunga dan biar mendidih dalam 5 minit.
4. Angkat dan hidangkan ketika panas atau sejuk, bule tambah gula lagi jika kurang manis.
rebus..
paling atas bungkusan putih tu bunga dalam uncang..i beli kat kedai ubat cina 1 bungkus rm1.20..
sebelah kanan bunga tiada uncang..i beli kat bukit tinggi 1 bekas dalam rm9.90..
yang sebelah kiri tu orang cina panggil 'kamchou' dalam 15 batang kot rm1..
gula tebu..
No comments:
Post a Comment