Followers

Sunday, 28 September 2014

PULUT KUNING

Assalamualaikum dan Salam Petang..
Berkali-kali i mencuba untuk buat Pulut Kuning tapi selalu tidak berpuas hati dengan hasilnya. Yerlaa..orang tak berapa pandai sangat kan..tapi i masih tidak berputus asa. Mencuba dan terus mencuba dan Alhamdulillah kali ini i dapat hasil yang boleh dikatakan memuaskan hati. Syukurr.

Sebenarnya..i tak boleh makan pulut..angin..tambahan lagi boleh buat i sesak nafas sebab i ada Ashtma..tapi hati meronta-ronta jugak nak makan dan cuba lagi. Alhamdulillah dapat la jugak merasa hasil dari air tangan sendiri..makan sikit jer tau..tak boleh makan banyak!

Resepi i lihat dari banyak blogger-blogger dan i cantum-cantumkan. I buat sedikit sahaja. Bagi yang memang tak mahu buat banyak boleh la cuba ya..




Bahan-bahan..
500 gm beras pulut - cuci - toskan
1 keping asam gelugor
1 sdk serbuk kunyit
Air secukupnya
250 gm santan
1 1/2 sdk garam
1 sdb minyak
Daun pandan secukupnya

Cara-caranya..
1. Dalam bekas sederhana besar, satukan beras pulut, asam gelugor, serbuk kunyit dan air yang penuh melebihi beras. Gaul bagi rata dan rendamkan semalaman atau sekurang-kurangnya 3-5 jam.
2. Cuci bersih beras dan toskan.
3. Sediakan loyang, susun daun pandan dan tuang beras, ratakan.
4. Masukkan dalam pengukus yang telah dipanaskan terdahulu dan kukus selama 15 minit.
5. Sementara itu, dalam periuk kecil masukkan santan, garam dan minyak, masak sehingga santan panas.
6. Keluarkan loyang pulut, tuangkan sedikit demi sedikit santan panas ke dalam pulut sambil digaul rata dan sebati.
7. Masukkan semula loyang pulut dalam pengukus dan kukus lagi selama 20 minit.
8. Keluarkan dan gaul bagi rata sekali lagi dan jika mahu berbentuk, masukkan dalam loyang pilihan. Sedia dihidangkan bersama lauk pilihan.


4 comments:

  1. nampak macam sedapppp je teringinlah nak buat tunggu ada waktu terluang mesti nak try

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya la kak noor..kita teringin itu yg buat juga tu hehe..

      Delete