Followers

Thursday 21 February 2013

PAVLOVA WREATH

Assalamualaikum dan selamat pagi sahabat semua..
Errrmm rasa lazatt.., ada rasa manis dan ada rasa masam. Lama sangat i tak buat pavlova nih, dulu i buat saiz mini aja kali nih i buat ala-ala macam bunga-bunga yang gantung kat pintu depan rumah tu hahahha..

Resepinya pula sama juga dengan resepi pavlova yang lain, cuma bentuk aja yang berbeza. Idea i dapat dari SINI. Sebenarnya nak buat bentuk apa pun boleh juga kan, asalkan kita kreatif, nak buat bentuk kucing..bentuk bunga..bentuk buah..aiissshh semua bentuk boleh la kan kan kan..

Apa lagi jom la kita turun ke bawah lagi..










Bahan-bahan..
150 ml telur putih (4 biji)
200 gm gula kastor
2 sdb tepung jagung
2 sdk cuka epal
1 sdk esen vanila
250 gm non-dairy whipping cream - pukul sehingga bertanduk
14 biji strawberry - belah 2 atau 4
100 gm blueberry
2 biji markisa - ambil isinya
1 biji kiwi - potong dadu

Cara-caranya..
1. Isikan telur putih dalam mangkuk mixer, pukul sehingga berbuih.
2. Masukkan gula secara sedikit-sedikit dan terus memukul sehingga bertanduk.
3. Tambahkan tepung jagung sambil terus dipukul lagi.


4. Akhir sekali masukkan cuka dan esen vanila dan pukul lagi sehingga adunan kesemuanya sebati dan rata.


5. Lukis di atas kertas minyak saiz loyang 10 inci dan di dalamnya bersaiz 5 inci, terbalikkan dan lapikkan kertas minyak dalam loyang bersaiz 12 x 12 inci atau loyang bulat bersaiz 12 inci, lenserkan sedikit mentega.




5. Masukkan adunan dalam piping bag bersama nozel pilihan dan paipkan mengikut kreativiti masing-masing.


6. Bakar dalam oven yang telah di panaskan dengan suhu 130C selama 1 1/2 jam.

7. Tutup suis oven, buka pintu sedikit dan biarkan pavlova di dalam oven selama 1 jam.
8. Biarkan pavlova benar-benar sejuk, baru di letakkan non-dairy whipping cream di atasnya bersama buah-buahan pilihan.
9. Sejukkan dalam peti sejuk, potong dan hidangkan.




buah markisa..


13 comments:

  1. Selamat pagi Shu...
    Dari jauh lg i da nampak pavlova....erm terliurnyaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat pagi juga sis rahel ku syg..
      buah2annya yg bersinar2 tu sis hihi..

      Delete
  2. sedapnyaaaaaaaaaaa!!!!!!!lagi2 ada markisa!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedapppp sisssss..mkn sampai x hingat doniya..

      Delete
  3. Akak...pavlova akak nampak sedapppp...aih..godaan...tapi cek hubby dia tak suka passion fruit. Dia kata macam telur katak huhu..tapi bagi saya ok je hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. in sha allah sedapp yggg..hihi..buat utk suami tp jgn letak passion fruit nih..kang takut suami terbayang2 katak pulak atas pavlova tu hihi..

      Delete
  4. Replies
    1. utk resepi nih akak dh kurangkan gula, kalu dimakan pavlova sahaja tanpa buah2an, mmg sedikit manis tp bila dh makan bersama buah2 lg2 dgn markisa, pavlova ini jd sedap sgt..

      Delete
  5. salam.
    Berapa rm kalu mcm ni? Kalu simpan dlm peti ais pavlova ni masih elok tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt..
      saiz 10 inci rm60, bule simpan dlm peti n rangup dlm masa 3 4 hri..

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. salam akak sy byk kali by pavlova tp mcm x cantik je kurg rangup dan kdg2 pav akan trun kenapa ye..

    ReplyDelete