Hari sabtu sememangnya hari berkumpul seisi keluarga, begitu juga dengan keluarga i disini, syukur Alhamdulillah anak-anak dan suami semua ada dirumah. Untuk minggu ini kami membuat keputusan tidak memasak menu-menu yang berat, cukup yang senang dan mudah sahaja.
Jadi, antara menu hari ini adalah buat adik, semestinya sup, setiap hari memang mesti ada menu sup, semalam i dah buat sup ayam bersayur jadi hari ini masih lagi bersup cuma ditambah telur sahaja. Jom lihat.
Bahan-bahan..
2 biji telur - ikuti cara-cara dibawah
1 biji bawang merah besar*
3 ulas bawang putih*
1 cm halia*
2 biji buah keras* - *tumbuk lumat
1 sdk lada hitam - ditumbuk
3 cawan air
1 sup bunjut
1 kiub ayam
1 batang lobak merah - potong kasar
10 batang kacang pea
2 batang celeri - kerat kasar
6 biji tomato kecil
Garam dan perasa
kacang pea manis..
Cara-caranya..
1. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan-bahan tumbuk bersama lada hitam sehingga naik bau.
2. Tambahkan air, biarkan sehingga mendidih.
3. Masukkan sup bunjut, kiub ayam, lobak merah dan biarkan sehingga lobak merah lembut.
4. Masuk pula telur yang telah direbus tadi, kacang pea, celeri, tomato, garam dan perasakan.
5. Renehkan dalam 3 minit, tutup api dan hidangkan ketika panas.
Cara-cara merebus telur ini i dapat tahu dari youtube tapi i dah tak ingat link yang mana satu, memang bagus gunakan kaedah ini, kebiasaannya dulu jika i buat sup telur i terus pecahkan telur kedalam sup tapi jika api terbesar telur akan pecah merata.
Jadi, kaedah ini memang amat berkesan untuk sup sayur, silakan mencuba ya.
letakkan plastik yang selalu kita balut sayur kedalam cawan seperti ini..
pecahkan telur..
balut dan pintalkan atau ikatkan plastik..
panaskan air terlebih dahulu, kemudian letakkan telur yang dibungkus dan telah diikat tadi..
biarkan telur masak sepenuhnya..jika sudah masak keluarkan, rendam dengan air biasa dalam 5 minit, buka plastik dan keluarkan telur dari plastik dengan perlahan.
selamat mencuba..
Musim hujan2 ni kalau makan sup telor mesti terangkat...letak sayur banyak2 lepas tu makan gitu je kan. Hemmm.......sedap......selalu kalau buat gulai telor ayam, saya akan panaskan air bersama sedikit cuka, bila didih letak telor. Tapi telor tu mesti letak dalam senduk gulai dulu baru tuang jangan pecahkan terus dalam air...
ReplyDeletebetul sis..musim hujan skrg nih hirup sup panas2 mmg sedap kan..
Delete