Assalamualaikum..
Bila sudah bermulanya sekolah memang kerapkali i akan memasak menu yang berkonsepkan sup. Ini kerana untuk menarik minat adik makan nasi, jika tidak, adik susah sangat nak menjamah nasi, badan pun dah susut, susah hati di buatnya.
Hanya dengan sup yang dipelbagaikan akan menambah selera adik untuk makan bersama nasi, selebihnya adik akan makan makanan yang ringan atau makanan lain daripada nasi.
Bahan-bahan..
1/2 kg daging - cuci bersih - rebus bersama 1 liter air sehingga empuk
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 batang serai - diketuk
1 biji bawang merah besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
3 biji buah keras* - *tumbuk lumat
1 sdk lada hitam - ditumbuk
2 cawan air
1 sup bunjut
1 sdb rempah sup
1 biji kentang - buang kulit - belah 6
2 batang celeri - kerat kasar
6 biji tomato kecil
1 mangkuk kecil broccoli
Garam dan perasa
1 genggam daun sup
1 genggam daun bawang
Cara-caranya..
1. Panaskan sedikit minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih dan serai.
2. Tumis pula bahan-bahan tumbuk bersama lada hitam sehingga naik bau.
3. Tambahkan daging yang telah direbus bersama air rebusan daging dan kentang, biarkan sehingga mendidih. Jika air kurang tambahkan air.
4. Masukkan sup bunjut, rempah sup dan biarkan direneh sehingga daging dan kentang betul-betul lembut.
5. Masuk pula celeri, tomato, broccoli, garam dan perasakan.
6. Renehkan dalam 3 minit, tutup api, taburkan daun sup, daun bawang dan hidangkan ketika panas.
sedapnya hirup sup camni time hujan2 ni...nyumnyum
ReplyDeleteuiiishhh mmg sodap sis..
Deletewslm wbt..
ReplyDeleteTerima kasih atas jemputannya ya..