As-salam..
Menu semalam yang tidak sempat nak update.
Seperti biasa sup buat adik, memang menu rutin untuk adik pada setiap hari. Cukup saja dengan sup yang dipelbagaikan, adik akan makan dengan seleranya berbanding dengan lauk-lauk yang lainnya.
Bahan-bahan..
6 ketul ayam - cuci bersih
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 batang serai - diketuk
1 biji bawang merah besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
3 biji buah keras* - *tumbuk lumat
1 sdk lada hitam - ditumbuk
4 cawan air
1 sup bunjut
1 kiub ayam
2 batang celeri - kerat kasar
6 biji tomato kecil
1 mangkuk kecil kobis bunga
1 mangkuk kecil broccoli
Garam dan perasa
1 genggam daun sup
1 genggam daun bawang
2 sdb bawang goreng
Cara-caranya..
1. Panaskan sedikit minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih dan serai.
2. Tumis pula bahan-bahan tumbuk bersama lada hitam sehingga naik bau.
3. Tambahkan air, biarkan sehingga mendidih.
4. Masukkan ayam, sup bunjut, kiub ayam dan biarkan ayam lembut.
5. Masuk pula celeri, tomato, kobis bunga, broccoli garam dan perasakan.
6. Renehkan dalam 3 minit, tutup api, taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng kemudian hidangkan ketika panas.
sedapnya sup....
ReplyDeletealhmdlh sis..
Delete